Dua tiga minggu ni anak-anak aku asyik ponteng sekolah. Bukan pasal apa, sekolah pun selepas habis periksa dah tak banyak aktiviti, lepas tu kena pulak pergi sekolah pada hari sabtu nak ganti yang lepas raya tu. Jadinya budak-budak dah naik malas.
Hari isnin Syia tak ke sekolah, kalau tanya dia kata tak larat sajalah alasan dia. Bila petang dia boleh pulak pergi sekolah ugama. Akal nak ponteng sebenarnya. Selasa dan seterusnya pergi pulak dia ke sekolah tu. Isnin dia ke sekolah ugama sebab ada ujian Fardhu Ain. Semalam dia ingat dia dah lepas ujian tu jadi ingat nak ponteng jugak tu. Tapi nasib tak baik, ustaz dah telefon rumah suruh dia datang cepat sikit ke sekolah. Kata Kak Long, ustaz siap hantar "bodygaurds" (2 boys) suruh Syia ke sekolah Ugama petang semalam. Dia agak dah habis ujian tu tapi ada lagi rupanya. Alhamdulillah ustaz dia prihatin.
Ujian ni kalau lulus boleh melayakkan dia masuk ke Sekolah Menegah Ugama seperti Al-Irshad. Kalau dia tak mendapat tawaram sekolah asrama penuh tahun depan atau kami nak tolak sekolah asrama, boleh dia masuk sekolah Agama tu. Itupun kalau result UPSR dia bagus lah.
Angah pulak dari hari Selasa dah tak ke sekolah. Ponteng jugaklah ni. Belum sempat aku tanya Angah dah siap nak bercerita.
Angah : "Mama, tadi kawan angah telefon"
Aku : "Dia cakap apa?"
Angah : "Dia cakap "woi angah, rugi hang tak pi sekolah hari ni"
Angah : "Awat rugi, cikgu buat apa? "
Kawan angah : "Tak buat apa pun, belajaq pun dak, duduk saja, cikgu pun tak masuk"
Angah : "Kalau duduk saja baik aku duduk rumah banyak kerja boleh buat"
Aku dah gelak dah, angah pun gelak jugak dia tahu kenapa aku gelakkan dia.
Aku : "Buat apa banyak sangat kerja duduk di rumah?" Saja nak menyakat.
Angah : "Tidoq, tengok TV, tulis kad raya"
Aku : "Banyak lah kerja tu, ingatkan, sapu laman, basuh baju, siram pokok ka"
Lepas tu angah sambung lagi. Dia ni kalau time bersembang sikit punya teruja untuk bercakap. Banyak sembang dia tu.
Angah : " Mama, lepaih Raya nak kerja boleh dak?"
Aku : "Kerja mana?"
Angah : "Kerja kilang. Pak Cik Omar ( Van driver) dia nak cari 7 orang untuk kerja 1 bulan"
Aku : "Satni kena ngorat dengan Bangla ka, dak pun dok ngorat Bangla pulak"
Habis semua yang lain dok gelak.
Angah : "Dak aih"
Aku : "Nanti lah dulu"
Bab ponteng Ayin tak berani ponteng tanpa sebab. Sekolah dia strict kata dia, kalau tak ada surat nanti kena lari keliling padang. Cuma hari ni dia ponteng jugak sebab dia demam. Dari semalam dah komplen sakit kepala dan segala, sahur bangun pun tak lalu makan. Aku cakap kalau tak larat tak payah puasa lah.
Sejak sahur semalam aku pun ponteng jugak. Aku ponteng puasa. Tapi tak apa sebab ponteng ni ponteng syarie. Kalau tak ponteng berdosa. Aku ingat dulu-dulu masa anak-anak masih kecil aku kalau nak makan atau minum aku sembunyi-sembunyi, sorok-sorok makan/minum. Sebabnya masa tu nanti diorang buat excuse mama pun tak puasa langsung tak nak puasa. Sekarang semua dah besar jadi dah tak kisah dah. Dah faham dah. Yang puasa penuh pun mak dengan Syia saja lah. Yang lain semua ponteng jugak nanti tu. hehehe.
Aku ingat masa aku study kat USM, masa tu aku tinggal kat rumah cousin hubby. Cousin hubby yang tinggal situ 2 beradik sorang lelaki sorang perempuan. Yang lelaki kami panggil Pak Teh walaupun dia sama baya dengan hubby. Satu hari di bulan Ramadhan masa aku ponteng puasa tu aku pun buat mee maggie. Tup tup Pak Teh balik kerja (dia kerja shift pagi hari tu, hehehe). Aku langsung termalu, masuk bilik senyap2. Pak Teh dok senyum semacam je kat aku sepanjang hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
"Satni kena ngorat dengan Bangla ka, dak pun dok ngorat Bangla pulak"
amboi amboi amboi
hahah...Aunty N pun dah ponteng posa dah..masa kak lady dulu tak posa pun tak boleh makan depan bebudak...kene sorok2..sebab nanti explain kat diorang tu..diorang bukan paham pon..nanti diorang buat excuse mcm Auntyn cakap tu...
masa study dulu duduk rumah sewa..apartment rumah yg ed sewa first floor, ground floor rumah budak bujang...one day tu ed x puasa (atas sebab2 kewanitaan) so masaklah time tengah hari tu..pastu kene jerit dgn rumah bawahh...malu x ingat baetul..sib baik depa tak tahu sapa yg x puasa...
Joe : Laaaa, terasa pulak dia tu... ke seronok nak kena ngorat hehehe.
Kak Lady : sekarang dah OK dah, depa dah faham dah..
ed : hehehe
aunty N
i dulu sekolah Irshad. masa tuh sekolah tuh x glamer lagi, klu org tanya sekolah mana i segan nak habarq... he he he la nie irshad glamer i tumpang banggaaaa :)
cekpah : Betui Al-Irsyad dah femes la ni. It is a good school. Ayin, my 3rd doter sekolah situ la ni. Dia komplen memanjang tapi OK lah jugak tu hehehe.
E : Sebab tu dulu2 tak leh nak makan depan depa, satgi depa kata, "mama pun tak posa" Habih modai dah...hehehe
Mas tahun ni insyaallah dapat pose penuh. Tak ponteng pun.
Onde2 : Tu lah kan dah kantaoi dengan adik hehehe. That's why dari dulu kalau tak posa pun masih dok "act" macam posa jugak. La ni punmasih tak makan atau minuk di depan khalayak ramai walaupun tak posa.
Mas : Apasal boleh puasa penuh hehehe, kena penyakit buatan orang ke? hehehe
hariz tanya 'ibu makan ke?' Aku geleng-geleng kepala sambil menahan mulut yang penuh... teruknya mak....
Saya dulu kalau tak posa, bubuh nasik dlm tupperware, boh ikan, kuah-kuah belen depa sahur pagi tu, peh tu bungkus dengan kain baju, kononnya baru angkat kain dari penyidailah...pi masuk bilik makan, kalau tak boleh posa, nampak dek mak dok makan, mampuih kena 'tala'...se das dua
CikNi : Baik2 kut tersembuq kat muka Hariz tu hehehe
Pnut : Rajin lah no ambik baju di penyidai, kalau hari lain, dua tiga kali sound tak pi lagi no... :-)
auntyN
wah anak bulan dah nampak ye aunty..
ini bulan insyaALLAH full..
suka kalau posa penuh sbb x yah ganti
ibuVogue : Best lah dapat puasa penuh. Bulan mengambang nampak cahaya penuh lah IV oi...
ailin : camna boleh puasa penuh ni musykil lah. I suka kalau boleh puasa penuh. Ni malam terlopong tak boleh nak buat apa2 berfaedah, rasa rugi sangat..
Kak N,
Masa sekolah rendah and menengah, tak penah ponteng sekolah (nak kena belasah, berani la buat).. tapi bila dah masuk U, pandai pulak tuang lecture.. tengok mood.. eheheh tapi takde la buat selalu and buat masa time lab session je..
Auntyn - teringat time student days in US dulu, bila puasa time summer - ponteng juga! From 3 am sampai almost 9 pm sometimes. Mahunya 'terlepek'.
The only time I puasa penuh one month was when I was pregnant with my 3rd child. Seronoknya!
Yesteday my 8 yr old son ponteng puasa, bila tanya kenapa, dia kata dia dah akil baligh & uzur ! (refer my entry on male version of akil baligh).
Audra : Ponteng lecture? Biasalah kan, lecturer tak best or tak hensem lagi rasa nak ponteng kan, kan?
JB : memanglah anak2 panggil MAMA to me...
QOTH : Ye ke? Nanti nak gi baca, hehehe.
Kak N,
Dulu I ponteng kelas Finance sebab I don't like Math. Lecturer dia good looking tapi dia cakap macam robot.. tension betul! heheheheeh...
for now, my daughter kalau tak posa, pun sama, mesti mkn sorok2 sebab kesian abang dia tgk...mcm tak respect pulak tuh kan?
i pun dudlu tgh makan maggi time tak posa kena ambush...org datang nak jumpa mak hehehe. malu!!!!!!
slalu dok meneka2 Kak N ni dok di mana? Bukit Mertajam? Telok ayag tawag? Kubang Semang? Berapit? Sg. Dua? entah laa..tak reti nak teka.
Tapi the way Kak N dok cerita pasal keadaan sekeliling rumah tu best la. Dengan ada pokok buah la..pokok ulam la. Mesti syok kan.
Audra : :-)
Wahai sapa2 yg perasan nak jadi bakal menantu (khas buat AJ dan JB)
Panggil apa pun OK, mak atau mama, atau ibu atau ummi. Itu satu penghormatan pada seorang ibu.
Nota penting pi baca kriteria nak jadi anak menantu tu... amboi, amboi, sedar lah diri masing2 sikit hehehehe.
JB : Nak dating? bagi lah YM nick nak add, kalau tahan kena tarik telinga dgn wifey you tu....
Ely : Good for her, at leastbiar dia respect Matt as the brother tu.
Nora : Tak payah dok teka lah, I duduk kat rumah di kampung itu sajalah. hehehe
Enjoyed a lot!
»
Post a Comment