October 03, 2005

Karipap

Balik dari kedai semalam (lepas maghrib) Syia tanya aku...

Syia : Mama esok kerja ka?
Aku : Kerja. Awat pulak?
Syia : Isyyy, tak best lah.
Aku : Pasai apa tak best.
Syia : Duduk rumah lah tok sah pi kerja.
Aku : Awat pulak? Syia sekolah dak?
Syia : Sekolah.
Aku : Dah tu suruh mama tok sah pi kerja, syia pi sekolah mama nak buat apa?
Syia : Hehehe, masak.
Aku : Masak? Awat makcik (bibik) masak tak sedap ka?
Syia : Tak lah, saja ja....

Aku tahu kenapa dia suruh aku masak tu. Sebab kalau aku masak week-end selalu banyak lauk dan fevret dia kebanyakannya. Week-end baru ni aku masak kari siput sedut kegemaran dia. Dua tiga hari lepas dia pesan suruh hubby beli siput lauk siput sedut tu dari restoran dekat dengan ofis hubby.

Masuk rumah, aku buat air untuk hubby, dia tanya....

Hubby : Ayaq saja ka?
Aku : Tadi dok tanya nak apa, kata tak nak apa.
Hubby : Kreatif lah sikit, buatlah karipap ka. Duduk depan PC berjam jam boleh, tak kan nak buat karipap tak boleh.
Aku : OK lah, nanti sat nak pi buat karipap.

Haru, haru, mesti lah haghu ni. Sebab dah kena tempelak macam tu kena buat lah jugak. Yang aku ni bukan pandai buat kuih, aku kurang minat buat kuih muih ni semua. Aku suka masak lauk saja. Never mind, kreatif lah kata kan... Sat nak ingat cara nak buat pastry masa belajaq home science kat sekolah dulu.

Dah ambik tepung dengan margerin Ayin mai tanya
Ayin : Mama nak buat apa?
Aku : Nak buat karipap.
Ayin : Awat dah malam baru nak buat karipap?
Aku : Dah baba nak makan karipap malam ni (Isteri mithali aku ni kan hehehe)
Ayin : Pukui berapa nak boleh makan karipap ni satgi pukui 11 baru siap kut. Tak pa mai Ayin tolong.
Aku : Ayin esok exam kan?
Ayin : Tak pa esok exam seni dengan KH (Kemahiran hidup) senang saja.
Aku : Ok lah kupaih ubi lah kalau macam tu.

Jadi Ayin dengan Syia kupas dan potong ubi kentang sambil aku buat pastry tu. Dah siap aku uli pastry tu, masukkan dalam fridge, mula nak buat inti pulak. Aku main campak sajalah bawang besar, daun kari, daging ayam kisar RamlY (nasib baik ada ni cepat sikit lah), rempah kari, lada hitam, lada putih, garam. Daun bawang dan daun sadri pun aku masukkan jugak. Ye lah, nanti bubuh kat blog resipi OK?

Dah siap inti kami 4 orang (Aku, Ayin, Syia dan bibik) mula menggentel karipap. The first production yang dihasilkan dah goreng bagi hubby dulu. Tapi dia yang last sekali makan sebab dia makan bila dah sejuk sikit. Ayin dengan Syia dah makan cakap nak simpan bawak bekal ke sekolah hari ni. Best jugak lah menjadi pulak karipap experiment aku ni.

Hubby kata pastry dah OK, tapi inti kurang masin sikit. Tadi Ayin rasa dia kata dah OK dah. Baba makan masin kuat sikit dari kami semua tu.

Yeay, best lah dah boleh dapat buat karipap ni. Tapinya, lepas ni dah tak ada modal nak ngelat tak mau buat karipap lagi dah. :-(. :-(. Kesian kat aku no?.....

29 comments:

Queen Of The House said...

Auntyn, terrer lah buat karipap mengejut macam tu. I'll usually just keep some spare packets of instant karipap/cucuq badak dalam freezer - yang beli kat Giant tu. Lagi instant - goreng aje dah siap. Tapi bila buat sendiri ni kan, lagi puas hati kan?

Anonymous said...

Aunty N,

"Duduk depan PC berjam jam boleh, tak kan nak buat karipap tak boleh." ayat power tuh yg tak tahan tuh

arc

ailin...in aalborg said...

Aunty, mintak resipi pastry karipap tu? Hantar ke e-mail ye--maizura_ailin@yahoo.com

AuntyN said...

QOTH : sebab semalam tak de instant punya lah tu. Tu yang kena buat secara mengejut tu hehehe

arc : lepas ni habis lah semua suami2 buat modal nak mengayat isteri2 mereka. Sorry to all you ladies.

Ailin : senang je tu, actually I used 1/2 fat to flour. Macam orang buat pastry sardin roll tu.
Gaul buat yg pakai finger tips tu, the masukkan air sejuk from fridge sikit2 sampai licin the mixing bowl tu je lah. Tapi lepas ni kena cari yang elok sikit kut. OK ka tu?

MA said...

KN : I pun mcm QOTH - simpan supply brg instant.Tapi dok KL ni no problem, boleh lari ke 7-11 anytime kalau nak karipap instant.

AuntyN said...

MA : If I go to Carrefour tu yang instant2 tu lah yang penuh trolley. Tapi semalam nak jadikan jodoh I nak buat karipap agaknya tu hehehe. I just came back from anyway, memang boleh beli yg instant masa tu. Tak leh jadi kena stock up balik ni hehehe

Anonymous said...

AuntyN,
Ni Yusmi. Ala yg hari tu mintak contact no Pak Ya. Dah p dah urut kaki, dengan kawan dan mak dia. Sakit sungguh. Yelah banyak penyakit... :). Ramai no otang p urut ngan dia. Thanks for the contact number.

AuntyN said...

Yusmi : Urut jugak ka? Sakit sikit tak pa lepas tu baik lah. Haah selalu ramai tu.

budak said...

hehehehehe....mintak cikit

ibuVouge said...

auntyN
kita dah bagi lah..
macaroni goreng..dgn karipap
ingat aunty dah dapat
dah lama rasanya..tak pa nt bagi lain..
aunty..dah lama tak buat karipap pastu simpan dlm peti ais..bila nak makan baru goreng..
dah sarat ni malasla..nak mkn org buat pula

AuntyN said...

budak : suruh orang rumah buat lah hehehe

ibuVogue : I didn't get them. Sebab tu tak bubuh kat blog. Tolong forwardkan sekali lagi boleh tak? Sorry lah kacau ni hah, Take care OK

CikNi said...

anutyN ni memang dasat betoi, tabik spring la 3 kali

(ini tabik dari orang yang dah berbulan-bulan tak masak)

anedra said...

sebab sedap kot Uncle mintak! sekali sekala depa nak manja kot!! but sounds like fun..especially sebab banyak assistants kat dapur!

CikNi said...

sori itu salah eja lah pulak anutyN=auntyN

AuntyN said...

CikNi : Bila senang masaklah OK. Tapi kalau nak masak kena ada orang nak makan tak ke gitu.
No prob for the spelling tu.

Anedra : first time makan tu, nasib baik sedap tu hehehe.
Pasai asst kat dapur, memang ramai, sampai tak cukup ruang kadang2 tu hehehe.

anggerik merah said...

auntyn...yummi..sedapnya..kalau dekat2 boleh gak buat muka tak malu tumpang makan sekaki..

AdieJin said...

AM..betul betul..Jin bangun tdo tadi terus baca pasal karipap ni..berdenyut perut..meleleh ayaq lioq.. Aunty oi, inti apa ? ayam ka daging ? Sya suka karipap inti arnab.

EM&EM said...

AuntyN

Kari siput sedut, karipap..
AuntyN, AuntyN..

AuntyN said...

Anggerik : Nasib baik duduk jauh ni hehehe...

Jin : Dah bangun ke ni? Inti daging ayam dengan ubi kentang? Sian lapar, suruh Sameah buat lah karipap tu OK :-)

EM : Nape teruk sangat mengeluh tu EM?....

AdieJin said...

AuntyN..bangkit dah..baru lepas pekena mee mamak..ni..cepatler lah hantaq mai ID YM..ish..kalau segan nak post kat sini..email mai.. putera8867@yahoo.co.uk

EM&EM said...

Terliurlah sungguh AuntyN.. Lagilah pulak nak puasa-puasa ni...
Mee Udang, Kari Siput Sedut.. boleh pos tak??

AuntyN, makhlus halus akan dikurung dibulan puasa kan AuntyN?Tak dapatlah kita baca blog dari makhluk-makhluk yang sewaktu dengannya.

Ely said...

wah memang betul lah isteri mithali tuh!

teringat time bapak bilang mak 'air jer? kueh takder?' dah mak bikin lah kueh lapis, best tuh!

AuntyN said...

Jin : apalah kau ni membuta sampai tengah hari ni..
YM? ni kau baru mintak tu, camna nak bagi. Nanti I'll email u OK.

EM : Mee udang, siput sedut tak boleh nak pos lah sayang. Hehehe. Memanglah terlebih rasa terliur tu sebab duduk jauh. Balik nanti datang cari aunty lah.

Ely : Tu masa mood nak jadi isteri mithali tu hehehe. Lepas ni belum janji lagi...entah2 yang segera je lah yang dihidangkan tu hehehe.

CEKPAH said...

aunty N
suomi zaman la nie memang demanding..
yg sorang kat ghumah i tu pun "lagu" tuhh...banyak akai nak tuh nak ni... geramm jugakkk
** sabarq..... posa dah dekat**

AuntyN said...

CekPah oiiii, kat sapa lagi depa nak manja, Biaq pi lah sekali sekala ikut lah. Satgi depapi manja kat oghang lain lagi kita naik sasau noooo..

JoKontan said...

AuntyN & Arc,

Tenkiu , tenkiu , ...

ada la cara baru nak mangayat Maam.

Tapi Maam tak bertenet plak..Hmmm kena modify sket laa

AuntyN said...

Tj : Ko cari peluang ekkk? hehehe

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read Saturn sky convertible Dvd pilates review Barcode scanner programming cheap blackberry enterprise warez Diamond wedding stationery 1999 pontiac grand am window regulator Osullivan bookcases Galoob game genie Vessel filler faucets Diazepam ictericia neonatal ncaa basketball tournament dates 2006 interior designer showrooms

Anonymous said...

This is very interesting site... Fat and ugly porn Asian man http://www.nissan-skyline-video.info/jeep-carb-main-jet.html pemela babe Trick of trade of payday loan business free no money texas holdem Steve rayman chrysler http://www.pea-coats.info/aniceconvertible.html Pod filter for nissan pulsar n13 http://www.penis-pumps-6.info/Babes1.html Hardcore asia Teens panties bras Comparison venlafaxine 26 htp Camping luxemburg Fat wemon having nasty sex