October 27, 2005

Duit Raya Ke?

Musim raya ni budak-budak yang paling seronok. Ada yang siap mengatur rancangan macam mana nak kutip duit raya lebih setiap tahun. Kalau kat kampung ni siap berjalan berduyun-duyun lagi dari satu rumah ke satu rumah kutip duit raya. Selalunya depa tak singgah makan kuih raya pun, cuma beri salam dan ambik duit raya.

Kat sini, pagi-pagi, selepas solat hari raya, mulalah loceng pagar rumah berbunyi, aku selalu dah sediakan duit syiling RM1 setiap tahun untuk diorang ni. Tahun ni kena pakai duit kertas lah. Masa ekonomi merosot sedikit tu RM0.50 je lah. Mesti ada yang nak kata aku ni BIG TIME KEDEKUT ni hehehe. Tak kisah lah, asalkan ikhlas.

Lepas tu duit raya untuk anak2 sedara pulak. Yang ni kena lebih sedikit. Tahun ni tak lah teruk sangat sebab dah ramai anak-anak sedara yang dah bekerja. Jadi tak payah bagi duit raya dah. Tapi tak pulak ada yang nak hulur duit raya untuk mak sedara depa ni kan, huhuhu, balasan dari yang dulu-dulu dok bagi duit raya dulu tu.Berharap jugak makcik ni no? Hehehe. Apa taknya depa ni walau dah kerja setengah tu makan pun tak lepas jugak. Baru nak menapak. Dah tu ada pulak yang dok plan nak kawin dan start family. Tapi ada jugaklah yang anak-anak sedara sebelah hubby yang dah kawin dan dah ada anak, jadi pada cucu sedara ni lah kami kena bagi duit raya. Mak bapa diorang masih lagi bagi duit raya pada anak2 aku.

Pada anak2 sendiri aku jarang sangat bagi duit raya. Diorang selalu merungut kata mama dengan baba tak pernah bagi duit raya hehehe. Bukan apa kami kata, hari lain dah bagi dah, raya tak payah bagi dah. (Again read : kedekut big time ke? hehehe). Tak kisah lah apa-apa pun asalkan, kami tak ambik duit raya diorang buat belanja dapur kan? Lepas raya macam-macam plan budak-budak tu nak beli itu ini, adalah sedikit kut masukkan dalam bank.

Semalam aku terima duit jugak. Aku dapat dari Joe dari USA sana tu. Dia hantar duit raya kat aku ke? Hehehehe, best lah kalau dapat duit raya kan dalam USD lagi kan? Sebenarnya tak. Duit ni sebenarnya Joe nak buat amal jariah. Joe dah buat skim yang dia panggil Tabung Ayam. Setiap kali ada orang masuk blog dia, dia akan dermakan RM 1 sen. Jadi bila di kumpulkan semua hits tu dia hantarkan kepada seseorang. Sapa-sapa nak tolong Joe jadi dermawan tu silalah jenguk-jenguk kat blog dia tu. Buat tabung yang pertama ni dia hantar kat aku. Tabung tu dah berjalan dari 18 Sept lagi. Joe dah hantarkan USD100 pada aku. Aku dah pun ambik semalam di bank. Dia transfer pakai Western Union.

Kat mana nak dermakan duit Joe ni? Sebenarnya dia dah buat keutusan nak join rancangan Badrul. Ni lagi sorang yang nak buat amal jariah. Badrul buat scheme Pledge Your Donation. Lepas Joe bagi tahu aku dia dah nak hantar duit tu, aku pun contact Badrul sembang dengan dia pasal tu. Untuk scheme pledge your donation tu, kita cuma pledge berapa banyak kita nak dermakan. Duit kita simpan sendiri sampai ke akhir masa pledge tu. Untuk kali ni hingga Januari 2006 (6 bulan). Nanti Badrul akan publishkan nama tempat yang dah di pilih untuk didermakan dan wish list apa yang perlu di beli untuk tepat yang terpilih tu. Dari duit yang di pledge tadi tu, semua yang telah pledge duit tu di minta memilih salah satu barangan tersebut, beli dan hantarkan kepada Badrul. Katanya dia nak cuba arrange dengan salah satu hypermarket supaya dapat ramai yang pledge tu pergi shopping sama2, lepas tu makan2 sama. Macam bershopping sambil beramal lah ni kan. Seronok dengarnya tu. Tapi aku yang duduk jauh dari KL ni entah boleh ke turun sama2 tu tak tentu lagi lah.

Jadinya duit yang Joe hantar aku kena pegang sampai Januari 2006. Ada lah lagi 3 bulan. Leceh jugak ni, takut nanti aku terbeli baju raya pulak. Kalau ikut value dah lepas 2 pasang baju kurung tu. Mungkin aku boleh beli sijil simpanan premium dulu kut. Adalah kut dividen sekupang dua. Mana tahu berkat duit titik peluh si Joe ni, dapat pulak hadiah masa end year cabutan sijil tu kan. Buatnya dapat Mercedes sebiji tak ke syok tu? Joe, kalau dapat Mercedes, aunty pakai dulu sampai Joe balik Malaysia OK ke? By the time you came home, Mercedes agaknya dah jadi besi buruk dah kan hehehe. Berangan pulak dah aku ni, hehehe. Tapi amanah tetap amanah.

Apa-apa pun nanti tiba masa aku hantarkan barangan yang perlu tu menggunakan duit Joe + duit aku pada Badrul. Mana tahu kut-kut ada rezeki lebih sikit (bonus ke apa ke?) InsyaAllah aku round up jadi 4 digit. Badrul kata sekarang ni pun jumlah yang pledge tu ada mencapai 5 digit dah tu, Alhamdulillah. Namun begitu harap2 sapa2 yang pledge tu tak lah mungkir janji kan. InsyaAllah segala niat yang murni akan dapat balasan dari Allah. Murah rezeki korang ni nanti kan...

18 comments:

Nor Razi said...

AN

Kalau la dapat kete Merc tu apa kata kita buat keta sewa......bertambah duit tu nanti kekekeke

Amzira said...

best gak derma2 ni
tp kurang paham pasal pledge tu
i bole jugak kalau nak menyumbang mana yg ada.nnt beritau jelah

Anonymous said...

kalau bab2 promotion ni bagi kat AuntyN je lah..gerenti msg mesti sampai hehe

pergh Joe hantar guna western union!! mahal tuh.. :)

tapi mmg betul...kita sebagai parents sepatutnya tak perlu bagi anak duit raya... lagipun siapa lagi nak didik anak sendiri supaya tak jadi mata duitan...memberi tu lebih baik dari menerima kan?...dgn kata lain..AuntyN pun kena berilah duit raya hehe..

but then kalau tak bagi pun takpe...nanti bila diaorg dah keja...diaorg plak bagi duit kat parents...tapi tak tak leh la tunggu sampai raya baru bagi duit...sbb parents pun tak pernah nak tunggu sampai raya baru nak bagi..

Anonymous said...

Bila tiba bab duit raya, belum lagi dibudayakan.. tapi apa nak buat.. my siblings lain dah budayakan duit raya ni.. sampaikan anak2 buah before raya dah siap buat kira2 pasal "income" yang diorang akan dapat..

And selalunya diorang akan kata Auntie dia yang seorang ni kedekut sebab takmo bagi duit raya.. whatever lah... until next year, saya try test.. bagi RM10 sorang.. pun ada gak yang komplen "RM10 aje?" so saya cakap ler "banyak komplen, bak sini balik!" terus senyap.

Risau mengenangkan perkara ni lepas bagi tu, sebab skang ni tengok bebudak dah tak pedulik makna Hari Raya dan Puasa.. mata dah dok nampak $$$$ aje macam mesin jackpot.. adehh...

Tahun ni, jangan harapler nak dapat duit raya.. sorry.. no more!

NANI SHAHABUDIN said...

like Audra, saya tak wajibkan diri saya kasi duit raya. bila saya nak kasi saya kasi lah. kalau rasa tak nak kasi, saya tak kasi. ikut rasa saya lah. ni pun belum tukar duit lagi nih. tapi kalau kat anak2 sedara (anak2 sepupu) tu saya bagila. fun kan kasi duit raya ni kat anak2 sedara yang cute2 tu.

amboi AN, dan lagi tuh berangan naik mercedes.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN KEPADA AUNTY N DAN YANG MENGENALI SAYA DISINI.

MA said...

Kalau AN kedekut, saya ni tahap taik hidung masin. Mana budak2 dtg Raya, I suruh masuk dan minum. Tak der nak bagi2 duit Raya. Kalau ada yg minta, I akan berkhutbah panjang ttg erti Hari Raya. Heheh.....sure tahun depan tak dtg dah rumah aku.

My kids pun I tak "budaya-kan" to expect duit Raya.

My anak sedara ada 35 org - my side alone, tak masuk anak sedara sepupu, sepapat. Boleh file for bancruptcy tetiap2 raya.

Anonymous said...

hahaha betul MA..saya tetiap raya sure kopak heheh..tp sejak ada anak, ada gak pulangannyerr.. err...

pasal budak2 beraya semata2 nk duit raya, so far saya lom ada experience mcm tuh. Tapi sy mmg takmo lah ajar anak saya mcm tu .. Insya Allah...

Ni said...

tak tahulah tapi aku bagi gak duit raya, nak kasi bebudak suka. bagi rm1 je sorang. lepas tu duit anak2 aku simpan masuk tabung haji, cakap ngan anak simpan duit bebanyak, nanti besar boleh gi mekah

AuntyN said...

budak ; hehehe kereta sewa Merc canggih tu, baik aunty bawak pergi kerja, baru nampak bergaya makcik ni hehehe.

pb : terimakasih untuk puisi tu. betul tu walau tak kenal terasa macam sedara.

amzira : cuba contact Badrul kalau nak tahu lebih lanjut. Link dia ada kat entry tu OK?

tasya : PR is my speciality hehehe.

audra : RM10 sikit? nakkena lepuk budak2 tu.

anne : tak bagi tak boleh jugak, anak2 dapat duit raya kita kena hulur jugak lah.
Biasalah anne kan aunty kuat berangan ni hehehe.

MA : kalau nak kira anak2 sedara memang bankrupt pun. Tapi budak2 anak2 jirang sekampung masa ni lah nak ambik kesempatan nak sedekah sikit2.

azfa : I tak bagi anak2 duit raya, diorang dapat dari sedara yg datang tu lah.

JB : raya haji kena double lah tu...

cikni : itu amalan yg baik.

OOD said...

elok idea amal joe tu. sat gi i singgah spot dia.

kereta merc, duit USD ni semua DONIA je auntie. Bagi kat saya.

Anonymous said...

AN,

Saya kalau salam...sambil cium tangan...cium pipi..dpt duit raya lebih tak? :-)

Insyallah..kita jumpa di Penang nanti ye AN...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.... :-)

Anonymous said...

suka baca blog ni. Tak merepek merapu meraban asyik kutuk laki sendiri macam blog2 lain. Kalau ye pun bergaduh ngan suami teruk2, i dont think u should write that in a blog. Macam buka pekong di dada. Ada benda boleh cerita dan ada benda sepatutnya menjadi rahsia rumahtangga kita. Suka blog auntyn, aunty Yan dan mak andeh. Ceritanya semua yg positif. walaupun saya tahu setiap dari mereka mempunya cerita yg negatif tapi tak pernah mereka siarkan. salute also to mak andeh. Tak pernah sekali dia mengutuk ex hubby dia.

Ni said...

agak-agaknya my blog tu kira blog merapu gak ke? aiseh, lenkali x leh baca ahbeng punya blog la, terikut merapu kat blog kita jugak

Anonymous said...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI FROM ROJAK & FAMILY TO YOU AN & FAMILY
MAAF ZAHIR BATIN..SELAMAT TINGGAL RAMADHAN MOGA KITA DPT BERSUA KEMBALI & SELAMAT MENJELMA SYAWAL MOGA KITA SEMUA MENCAPAI KEMENANGAN & KERAHMATAN ALLAH S.W.T..

coklat~vanilla said...

aunty N, hana mintak mahap zahir n batin kalo ada buat salah
selamat ari ghaya...kalo xdak aral, joinla gath raya utagha kat caveman, sg petani noo.

Elf said...

Selamat Hari Raya Aunty N, kalau kita datang umah agak2 mak budak ni boleh lagi ke dapat duit raya?Hehe..

Maaf kalau ada tersilap kata sepanjang perkenalan blog kita yek..:-)

shidah said...

selamat hari raya AN. bila niat nak menderma tu, inshaallah adalah jalan dapat rezeki....

AuntyN said...

OOD : Amboi teringin juga kereta merc tu, takpa nanti aunty bawak pusing2 kotaraya OK.

Bilal : dapat cium je lah, hehehe

anon : terimakasih atas pujian tu. Kami Makcik2 ni amalkan POSITIVE blogging.

CikNi : Kurangkan merapu bulan2 posa ni. Lepas raya merapu balik OK, hehehe

Rojak : sama2

cempaka : Bila gathering tu? Terimakasih kerana sudi menjemput.

elf : duit raya untuk budak kecil je? ma budak kalau tak malu mintak kat anak2, hehehe

Shidah : Insyaallah makbul doa shidah