October 28, 2005

Ketupat, Biskut dan Kek

Tension sebenarnya aku ni. Aku dah siap type entry ni kat dalam diskett di office tadi tu, masa aku terkulat2 punya mengantuk. Balik ingat nak copy dan paste saja, dah problem pulak dengan disket tu. Jadi kena type sekali lagi nampaknya. Tak pe lah sabaq lah kan bulan puasa ni kan...

****************************

Hari raya dah pun dekat. Tinggal kurang dari seminggu saja lagi ni. Aku rasa semua orang dah di persiapan terakhir dah. Dah beli baju raya, atau pun dah pergi ambik yang di tempah kat tailor, dah beli kuih raya (yang beli lah) atau pun dah buat bertin-tin dah kuih raya tu. Yang nak tukar langsir ke apa ke rasanya pun mesti dah gantung dah kan.. Ni dah jumaat, kebanyakan dah mula bertolak balik kampung dah ni. Berhati-hati di Jalan Raya tu, Ingat pada yang tersayang. Jangan biarkan tragedi menghantui hidup kita OK.... Pesanan penaja blog auntyN....


Biskut raya, aku tak pernah buat pun. Setiap tahun, hubby yang pesan dari officemate dia. Dia lah pilih, order, dan bayar. Tiap tahun macam tu. Sayang sungguh dia kat bini dia yang sorang ni kan hehehe. Sebenarnya dia tahu bini dia ni tak pandai buat biskut. Kalau buat pun belum tentu lagi sedapnya pun. Hubby ni dia nak jugak sebenarnya tengok aku pandai buat kuih, pandai masak lauk pauk, macam perempuan Melayu yang lady like tu lah. Kadang2 dia cakap jugak dengan aku buatlah kuih itu ini, sekurang-kurangnya kuih2 Melayu tradisional ka. Kalau dah boleh buat kuih Melayu tardisional macam kuih talam, serimuka, lopes dan lain-lain tu kira terrer lah kan. Aku ni bukan saja tak reti malas pun sama.

Ada sekali tu masa MIL aku masih ada, aku adalah sekali nak try untuk buat biskut raya. Arwah MIL memang terrer orangnya bab masak ni. Kuih muih, lauk pauk semua dia terrer. Jadi aku pun kata aku nak try. Yang nak gelak tu aku bancuh adunan biskut macam buat kek, kacau gula dengan telur sampai kembang, jadi leper lah biskut aku tu. Dah tu, aku bukannya jenis yang sabar nak tunggu depan oven. Nak masukkan adunan dalam acuan, kemudian, bakar dalam oven, tunggu sampai masak, keluarkan dan ulang lagi. Kalau tak tunggu nanti yang sepatutnya kaler coklat jadi kaler hitam. Makan rasa arang bukan rasa biskut. Dah tak menjadi tu, dah kena kena gelak pulak, jadi aku cakap dekat MIL, ini kali pertama dan terakhir aku buat biskut. Dia kata cepat sangat aku mengalah. Dah tak minat mana nak datang kemahuan tu kan.

Dulu2 kalau masak pakai oven yang kaler hitam tu yang letak atas dapur tu. Aku pernah jugak buat kek Marble kek kalau tak salah aku nama dia. Masa menjadi tu dapatlah pujian dari hubby, kalau tak jadi hubby tanya ni kek ka cucuq kodok. Tersentap lagi aku, sampai la ni tak buat kek lagi. Tahun lepas hubby beriya-iya nak beli dapur yang ada oven. Aku tahu trick dia tu, nak suruh aku buat kek. Dia dah sound dah masa awal puasa tu, "tahun ni try buat kek sebiji OK. Dah tu siap habaq nak cheese kek lagi". Aku pernah dah buat cheese cake sekali dulu, tengok lah kalau aku rajin esok lusa aku buat. Tapi kek yang lain tu entahlah tak tahu macam mana nak bagi elok jadinya. Agaknya bakat terpendam aku dalam membuat biskut dan kek raya ni masih terpendam lagi. Belum masanya dikeluarkan lagi bakat tu, hehehe. Sampai dah tua gini pun masih tak reti nak buat ni, habih camna?

Setiap raya, sebelah utara ni, ketupat pulut daun palas adalah menjadi jenis ketupat yang popular. Kebanyakan rumah akan ada ketupat ni. Kalau dulu MIL dia balut sendiri ketupat tu. Mak aku dia pun tak pandai balut ketupat, jadi semasa arwah nenek ada, mak akan kacau pulut dengan santan, dan nenek aku yang balut. Kat rumah MIL, malam raya MIL akan sibuk masak2 itu ini, kadang2 sampai lewat malam baru nak balut ketupat. Aku pernah jugak tolong tapi tak menjadi pun. Jadi ketupat betina kut kata MIL. Jadi sekarang ni tempah saja ketupat tu selalu. Tunjuk lagi lah jugak.

Kalau dulu kat rumah mak ketupat nasi dibuat dalam anyaman daun kelapa. Mak tak pernah buat nasi impit sebab, anak2 mak yang lelaki (abang long, abang ngah dan adik bongsu aku) pandai menganyam daun kelapa. Macam2 bentuk, ketupat satay yang empat segi biasa tu, ketupat bawang, dan jantung yang selalu diaornag buat. Aku tau yang basic ketupat satay tu je lah. Yang lain tak menjadi jugak lah. Tugas aku selalu masukkan beras ke dalam anyaman dan rebus selama 12 jam.

Sekarang kat rumah aku beli nasi impit segera jenama ADABI atau NONA dari supermarket. Rebus elok2, esok potong saja. Dah siap tak payah nak susah2. Cuma rasanya tak serupa dengan yang dalam sarung daun kelapa. Kuah kacang bikin sendiri lah.

Agaknya nanti zaman anak2 aku esok semua main tunjuk sajalah. Sekarang nak training pun aku dah tak pandai, jadi macam mana nak ajar. Cuma tahun lepas ada jugak angah try buat biskut 2, 3 jenis. Dia belajar dari my niece. Boleh lah jugak dia buat tu.

Berapa jenis kuih raya yang terdapat kat rumah korang tu? Apa fevret kuih? Dua tiga tahun ni tart nenas nampaknya mendapat sambutan ramai.. Cerita sini sikit tu...

18 comments:

Amzira said...

aiseh...jd org 1st utk mengomen
hehe...bestnya
sy tak kahwin lg so citer pasal family sebelah abah n mak.skang ni kalau blk beraya mesti balik belah mak dulu.mmg masak sakan.tgk pg raya tu mkn apa.tp lemang n rendang mesti ada.sebelah mak mmg family memasak.so tak main tunjuk2. lemang pun buat sendiri.siap jual lg tu.
sebelah abah pulak dulu masa nenek ada mmg sakan gak masak.tp sejak dia takde ni masak sendiri2.

Ni said...

auntyN, terbalik pulak kita. cikni kalau mask memang payahhhh sebulan sekali belum tentu tapi kalau bab-bab buat kuih raya ke-- memang suke sangat tapi taklah bermakna mesti buat. Tahun ini x buat kuih raya lagi sbb byk dah order/beli. Tahun yg lepas2 cuma beli jem tat, biskut2 lain buat sendiri

dulu masa sekolah, bila raya cikni buat (sdn. bhd.)kuih putu beras dan kek untuk jual masa raya

Anonymous said...

Kak N,

Saya memang jenis minat masak.. so tahun ni experiment buat biskut sebab dah banyak kali buat kek jadik macam biskut jek. So far okay.. and ada gak tempah.. ehheeheh ;) Tapi pineapple tart belum sempat graduate menuntut ilmu ari tu.. malas nak buat jem!

Bab raya ni - memang ler.. my BIL orang Kedah, so ketupat daun palas tu memang request wajib tu. I learned from him la buat ketupat daun palas tu. But the rest memang I buat. My sis lain - ye la dah sibuk ngan anak semua, tolong prepare bahan, i tukang instruct apa nak masuk, and my bro tukang kacau sampai habis.. hehe.. abis cerita.. and every year jugak i kena pajak soft drink berkarton karton.. tahun ni i think nak beli kordial cukup la.. budget kureng sikit tahun ni..

Anonymous said...

my da very first comment dlm blog makcik N nih...hehehhee..

1. baju raya sendiri - siap 1st day poser tapi tudung lom beli
2. baju raya kanak2 ribena - beli redi made
3. biskut raya - ada tempah, ada 'kwn dlm komputer' kasi
4. kek raya - esok buat satu,lusa lepas keja buat lagi satu
5. duit raya - dah siap seratus keping RM1 yg fresh from oven
6. ketupat? lemang? rendang? satay?
- aahh..itu ada satu platun buat kat kpg
7. raya kita balik kpg...yeeaahuuuu!!!

Anonymous said...

AuntyN, baca entry nih tengah hari Sabtu yg panas terik.. mencabar iman betul..

bila baca pasal makanan yg di describe, imagination punyalah power.. rasa cam ada kat depan monitor nih.. tensen, tensen.. :)

anyway, selamat hari raya aidilfitri kat AuntyN sekeluarga. mohon maaf zahir dan batin.

Jo Kontan said...

AuntyN,

Blah Maam for sure makan Laksa Pahang. Kuah lemak kuning /orangy, with Burnt Belacan and cili tumbuk seperated. Kaun kadok, kacang panjang, and timuun, as side ulam. Waduuh..

Blah My family since my mom dah takder nii, still buat rendang and kuah lodeh. Soo Powerful, end result, sure somebody kena cika. Cika ? nanti bley blog. Lately seme selected lauk tunjuk.

Nasi dagang Tanjung Lumpur.
Satey jiran.

Adooi,, stil posa nih..Kuih manis nii, Jo kureeng sketla.

Anonymous said...

macam aunty, kitaorg pun beli jer..paling kena ada ialah almond london..yang lain2 tu, kira sunat jer..kuih tu plak selalunya kitaorg makan..hahaha..maklumla, beraya umah org kan, jadik tuan rumah tu le kena buat kuih..

Lepas raya, siap angkut lagi kuih kat rumah org ke rumah sendiri..hihihi..teruk sungguh la perangai..

saya pernah la buat kek ceklat yg biasa2 tu jer..senang nak buat tapi sejak2 dah kawin nih, tak buat dah sebab takde mesin nak pukul telur dan tepung, pas tu takde oven nak bakar..

badrul said...

auntie n...

selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin untuk auntie, uncle dan keluarga...

semoga semuanya diberkati sempena bulan yang mulia nih...

AuntyN said...

Thanks for all the comment and wishes.

Ruby M. said...

auntyn!!! samalah kita!!! alamak, i can also foresee more rayas without the ketupats and kuehs because tak pandai buat jugak! at least u tau the basic ketupat, i tak tau langsung!!! kueh pun memang tak favret buat, hari tu kawan2 buat, i tolong buat shape je, itupun bosan nyaa amat! hahaha.. oh no, ur right, macamana nak turunkan ilmu nih? hmmm...selamat hari raya auntyn! mohon maaf zahir dan batin

Arena said...

AuntyN
Semalam, Arena drag my anak buah dua orang tolong buat biskut cornflakes. Kekeke, kesian diorang sampai ngantuk2 dibuatnya. Tapi Okaylah, sebab siap jugak semuanya. It will be the one and only kuih raya yang akan arena buat..kekkeke letih la buat kuih raya terbongkok-bongkok..

Jokontan,
The laksa tuh sebijik yang my mom selalu buat. Yumm..

Anonymous said...

mula2 ingat nak buat tart..tapi malas ya rabbi! so maybe kuih tunjuk2 jugak le gamaknya..

Selamat Hari Raya Aunty..Maaf kalau ada terkasar bahasa :)

Anonymous said...

alahaii..rindunyer nak makan ketupat palas..lastnyer raya kat kedah, hubby teringin nak makan ketupat nasik, sanggup la dia panjat pokok nyok amik daun (rendah jer pun), dalam la dalam seploh bijik, puasla dia makan..

Leyla Shuri said...

Orang melayu kawin si-jepun,
Jarang balik melihat saudara,
Terkasar bahasa minta diampun,
Makan lemang ingatlah saya.

Queen Of The House said...

AUNTYN, Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin. Semoga semua amalan di bulan Ramadhan diterima dan diberkati Allah SWT.

Anonymous said...

cm also kureng bab kek/biskut, nampak cam senang aje bila terai x menjadi plak sesedap yg tunjuk-tunjuk...tu yg asyik nak tunjuk aje. kadang hubby cakap beli ajela senang gerenti sedap dan x penat. sib baik beraya di rantau so x kisah sgt bab kuih raya, masak pun ikut suka.

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! 1971 porsche 911 targa Ny+search+engine+optimization Houston ppc campaign management 401k articles Exotic short stories porn Argosoft mail server bulk email http://www.rhinoplasty-surgeons-in-michigan.info 1993 smoker craft 14 big fisherman back pain relief stretching video Hp psc2105 cartridge Zocor dextromethorphan pain relief tramadol

pay per click management firm said...

I don't think you can do that since google is a search engine pay per click management firm