October 06, 2005

Yang Di Rancang Tak Menjadi

Hari ni hujan pulak. Aku pun tak tau sejak pukul berapa hujan tu. Yang aku tahu masa azan subuh berkumandang dari mesjid belum lagi hujan. Dah bangun masa hubby nak hantar anak2 ke sekolah tengok hujan pulak.
Hujan ni sejuklah sikit, tapi dah campur dengan puasa ni jadi mengantuk yang teramat. Nak tidur tak boleh lah pulak. Nanti habis semua se kilang tidur dah tengok aku tidur kat ofis aku ni, hehehe. Kena tunjuk tauladan yang baiklah kannn......

Nak update dan baca blog pun tak boleh jugak. Entah berapa lama blogspot nak down pun aku tak tau. Jadinya untuk mengelakkan aku langsung tertidur ni, aku type dulu entry ni kat hard disc aku. Bila dah boleh masuk nanti aku copy dan paste sajalah.

Kemarin hari pertama berpuasa bagi semua umat Muslimin kat Malaysia ni. Aku cuti, hubby pun ambik cuti jugak. Malam tu aku tak ke mesjid untuk bersolat tarawih. Alasan aku nak masak untuk sahur (psst: Ada orang tu alasan dia nak masak BLOG!!!) Tahun ni hubby bersemangat pulak, dia pulak yang rasa seronok nak pergi tarawih. Tahun lepas dia dia sakit kaki, jadi dia tak pergi pun. Jadi malam semalam lah mula aku berterawih di mesjid. Syia pun ikut jugak.

Aku bangun sahur pukul 4.00 pagi. Malam tu aku dah masak dah untuk sahur pertama tu. Jadi masa bangun tak lah kalut sangat nak masak, panaskan saja. Habis bersahur aku tunggu sampai subuh, baru aku tidur semula. Hubby bangun hantar anak2 ke seolah pun aku tak bangun. Sampai 10.00 pagi hubby dah mula dok kacau, suruh bangun. Dia kata dia nak buat kerja sikit, aku bangun lah jugak. Sambil baca paper tanya hubby nak masak apa untuk berbuka. Dia kata buatlah kanji gandum (ada yang tak tahu apa dia kanji ni kan?). Kanji ni macam bubur lambuk jugak lah, boleh dibuat dari beras atau gandum. Aku suka buat pakai gandum. Nantilah aku bubuh resipi kat blog tu nanti. Aku ingat nak buat karipap sekali lagi sebab hari tu buat sikit saja. Plan nak buat banyak sikit masukkan dalam fridge bila nak makan goreng saja tu.

Sebelum zuhur aku pun bertenet lah kejap. Sekejap pun dalam 1 jam lebih jugaklah. Dah ramai pulak yang tegur aku kat YM. Pada satu masa tu aku melayan 3 orang sekali, hehehe. Lepas zuhur, aku keluar nak ke kedai, hubby suruh aku beli magazine, jadinya aku ke Carrefour sajalah beli barang2 tu. Dah plan dah apa nak masak tu. Semua dah ada dalam kepala dah. Balik sampai rumah, solat asar, tukar t-shirt boleh lah nak beronggeng dengan periuk belanga.

Sampai rumah, memang dah bunyi azan asar. Tiba-tiba mak kata nak ajak ke klinik. Perut dia sakit kata dia, asyik ke bilik air saja dari semalam, cuma lambat pulak dia cakap nak pergi klinik. Aku cakap kat hubby kalau aku bawak mak ke klinik, nanti tak sempat balik nak masak tu. Dia suruh pergi jugak, takut jadi apa2 pulak. Habis dah plan aku nak masak macam2 tu. Kena tukar contigency plan lah jadinya. Masa kat klinik aku telefon hubby, nak beli apa2 untuk berbuka, dia kata lauk semalam ada lagi, jadi dia nak beli lauk daging yang setiap Ramadhan dia beli tu. Aku cakap aku akan beli sikit kuih dekat dengan klinik tu. Kan sekarang berlambak dah pasar Ramadhan tu.

Balik rumah hanya sempat masak sayur lemak taugeh dengan tahu. Hubby pulak balik dengan tangan kosong, kata dia terlalu susah nak parking, lagipun banyak gerai dah nak tutup, jualan dah habis masa tu. Ia lah dah pukul 6,30 ptg. Kanji tu aku sempat rebus gandum saja, bahan lain tak sempat nak masukkan lagi. Akhirnya, malam semalam kami berbuka dengan hidangan yang ringkas. Lauk ayam goreng dan Sambal Tumis Udang yang kami buat sahur dengan sayur lemak taugeh. Alhamdullillah rezeki jugak tu kan..

Lepas balik tarawih, aku terus saja tidur sebab nak kena bangun lebih awal nak masak untuk sahur pulak. Hari ni bertambah dengan cuaca yang sejuk ni aku kenalah melawan nafsu nak tidur ni…….

26 comments:

cm said...

cm posa kat sini ehmm alahai takde le excited gumbira nak tunggu buka sbb nothing spesel menu pun limited asyik yg itu je, nak creative pun susah bahan takde. lucunya sesi berbuka tu kami dok citer bab makanan yg lazat-lazat..dok berangan le tu tahun depan dpt makan yg best...tak sedar habis jugak sepinggan nasi.

Jiwa Rasa said...

AN,

Selamat berpuasa utk AN sekeluarga. Kalau berbuka ringkas macam tu baru betul-betul puasa namanya.. :)

Kat sini banyak betul Pasar Ramadan..Kelabu mata dibuatnya..

Pnut said...

bulan posa ni dengar sayoq lemak togeh ngan tokua pun sedap ni, makan panas-panas lagi best ni..
alahai rindunya kat mak kita...

dan teringat laksa....laksa oh laksa..

AuntyN said...

cm : sabar lah OK. Yang dok berangan makanan lazat2 tu jadikan motivasi untuk balik kan?

Jiwa : betul tu. I prefer like that. Ringkas saja, tak payah nak masak teruk2.
Pasar ramadhan kat sini merata ceruk tapi yg paling best so far kat Seberang Jaya tu.

Ely said...

Selamat berpuasa AuntyN and family!

bestnye cuti time puasa nih eh.

masak nasi dgn ayam goreng dgn sambal tumis pun dah sedap tuh!

kalau kat sini, suami nak ringkas, masak baked chicken jer ler. teringat pulak si ayam goreng :(

AuntyN said...

Pnut : sayur togeh tu dah hubby mintak since last week. dah masa kurang tu yg tu senang nak buat itu lah jadinya. :-)

Ely : ringkas tu best. I prefer that way, but hubby nak yang elaborate sikit everytime berbuka tu.

budak said...

Masa kecik makan pelahap sampai kembong perut. Nak bernafas pun payah.

Skarang nih konon2 nak simple la kan, kena pulak berbuka kat surau, tapi bila balik rumah, makan macam dulu gak..........semua anak2 yg mintak.....tapi bapak tumpang sekaki......aduh....boroi lagi perut gendut nih

OneEE said...

auntyN,

nanti postkan ya camana nak masak bubur gandum tu. Hubby pernah cerita, lepas tu pernah sekali beli kat gerai tepi jalan - sedap!

Semalam sempat masak lemak ikan dan sotong goreng celup tepung berempah..ermm, kuih husband beli tepung pelita dan sekeping murtabak..hari ni ingat nak sup ayam dan sambal ikan kembung.

onde

AuntyN said...

Budak : Boroi pun kalau ada yang sayang OK tu hehe

Onde2 : Boleh nanti sat aunty post kat blog resipi OK. Dah bersawang jugak dah tu tak de update tu. hehehe

Audra said...

Dulu dulu masa mula kerja, time bulan puasa, sakan memasak sakan membeli... habis jugak la..

Sekarang ni, tengok mood la... membeli tu kuih je... kalau rajin, masak, kalau tak, tv-dinner food la jawabnya...

Hmm.. menarik kanji gandum ni... kena experiment ni... ;)

EM&EM said...

AuntyN

Teringat pada pasar Ramadhan. Tapi kena berhati-hati sebab takut membazir, sebab semuanya nampak lazat.Selamat berbuka!

AuntyN said...

Audra : dulu2 memang sakan dengan pasar Ramadhan. Tukang beli tu hubby. I jarang dah pi sekarang ni sebab takut tergoda, lepas tu takut jadi double pulak, I beli hubby beli.
Kanji gandum, nanti I post the recipe.

EM : Selalunya membazir sebab nafsu kuat. So now I won't go to the Pasar unless hubby is not around.

Queen Of The House said...

Auntyn ... dok tunggu recipe kanji gandum. Dulu arwah Tok selalu buat tak ambik recipe dia pulak .... sedapnya. Bagi cepat ye jangan sampai habis Ramadhan :)

oren said...

alaaa...napa citer pasai makanan plak nihhh.....

AuntyN said...

QOTH :Go to my recipe blog it's there already. Click kat link AuntyN's recipe tu OK.

Oren : laaaaa, COBAAAAN...

AdieJin said...

Jin makan roti cicah kari ikan jer.

AuntyN said...

Sian Jin...

shidah said...

tak pe auntyn. lapar2 lapar semua pun sedap :)

RojakBuah said...

bestnyer..sibuk2 nk beli lauk bukak posa, sibuk2 nk bukak ramai2, sibuk2 nk g terwih..sibuk2 nk bgn sahur...kt sini tk der semua tu...sedihh...

CikNi said...

awal bulan ni banyak gerai yang belum bukak (tokeh geraipun nak sambut 1st ramadhan dengan family), manusia yang nak beli pulak ramai, cuba tengok hujung bulan nanti- terbalik

anggerik merah said...

Bubur gandum..I like it...posa-posa nie semua sedap..

Mutiara said...

Bulan puasa ni bulan berjimat...hehe kami berbuka first day ayam goreng dan soup ayam saja hari ni Pak Bill buat bean soup and later i will make corn bread...itu saja. banyak mata/jenis sangat pun nanti tak habis.

AuntyN said...

Shidah : Haah, kalau lapar habis semua telan, tak mambazir.

JB : sabar lah OK? Lebih pahala tu Insyaallah. Lagipun ada jugak peluang tengok orang kat sana sambut puasa kan?

cikni : nanti dekat raya depa juai kueh raya pulak, lauk pauk dah tak banyak dah.

anggerik : hehehe

Kak M : Sat gi depa kata awat sambut christmas awai tu..

nurdia said...

salam auntyN...

salam ramadhan...lama x menjengah ke sini... selamat berpose

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... http://www.canada-life-insurance-co.info/Lifeinsurance12.html term life ins for retired buspar www reyno insurance leads long term care in scotland About blank free shareware virus protection how to clean + whirlpool bathtub + germs propecia loss effexor used as an alternative to premarin Plotters baltimore Cisco kid movie Boating clifton springs new york Charter boat business insurance what are protonix

Anonymous said...

Keep up the good work »