October 04, 2005

Ramadhan Datang Lagi

Ramadhan Al-Mubarak datang lagi. Alhamdulillah aku masih ada hayat untuk menyambutnya sekali lagi. Tahun lepas masa begini kami baru kehilangan ayah. Arwah ayah kembali ke Rahmatullah pada 25 Rejab (10 Sept 2004) tahun lepas. Sebelum arwah ayah meninggal dia selalu tanya macam mana dia nak lalui Ramadhan tahun lepas. Mak tak berapa kuat nak sediakan makanan dah. Hubby selalu ajak dia duduk dengan kami saja. Kata hubby, ayah dan mak datang tinggal dengan kami, berbuka bersama, lepas sahur kalau ayah rasa nak balik rumah dia boleh jalan kaki saja. Ataupun boleh jugak jalan ke mesjid untuk solat subuh. Malam-malam lepas tarawih datang tidur rumah kami. Tapi, ayah tak sempat nak sambut Ramadhan tahun lepas.

Lepas tu, mak terus duduk dengan kami. Jadi tahun lepas kami berpuasa beramai2. Aku anak beranak, mak, dan 2 orang anak saudara (nieces) yang tinggal kat rumah mak. Seronok rasa berbuka beramai2 tu. Lepas berbuka anak2 saudara aku balik ke rumah mak balik.

Tahun ini, mak masih bersama kami. Walau dia dah ada menantu baru yang tinggal di rumah dia, rasanya dia akan lebih selesa berpuasa kat rumah kami. Shah dan keluarga dia berpuasa kat rumah mak. Anak saudara aku dah tinggal seorang sebab yang adik dah bertukar ke KL melanjutkan pelajaran kat UiTM. Semalam aku tanya Ina (the elder niece), dia kata tak apalah sebab dah ada makcik kat rumah mak. Boleh berpuasa bersama dengan makcik yang baru tu.

Anak2 dah mula berpuasa penuh dari darjah satu. Masa kecik tu ada lah dua tiga hari tinggal tapi diorang pun tak cerewet merengek nak buka puasa. Cuma yang tak tahan tu tak sampai 5 minit asyik tanya pukul berapa dah, lama lagi ke nak buka puasa, hehehe

Aku suka Ramadhan sebab, bila Ramadhan datang aku "terpaksa" bertarawih, solat tahajjud masa sahur dan lebih disiplin. Kalau hari2 lain benda-benda sunat memanglah liat sangat rasanya. Tapi yang slack sikit tahun ni, hehehe, aku dah pandai bertenet2. Takut nanti lepas sahur sepatutnya bertahajjud, aku ter ON PC dan bertenet pulak. Nauzubillah, harap2 aku boleh puasa jugak dari bertenet banyak2 dalam bulan yang mulia ni. Bukan langsung tak nak bertenet tapi nak cuba penuhi Ramadhan dengan mengejar pahala, usia pun dah senja nan merah ni hehehehe.

Tak payahlah aku nak berkhutbah kan. Karang jadi ceramah ugama pulak ni. Jadinya untuk semua Muslimin Muslimat seluruh dunia aku dan keluarga nak ucapkan,

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
SEMOGA IBADAH KITA DI BERKATI ILLAHI
SEMOGA KITA DAPAT MERASA/MENEMUI LAILATUL QADAR YANG MULIA
Amin....

16 comments:

ayu said...

Selamat berpuasa juga pada AuntyN dan keluarga serta pembaca blog AN yang lain.. semoga diberkati Allah selalu..aminnnnn....

suka baca auntyN buat karipap tu sebab saya pun penah kene mcm tu jugak hehehe buat byk2 pastu masuk dlm peti ais.. bila nak mkn, keluarkan dari peti ais terus goreng :)

PB said...

SELAMAT BERPUASA UNTUK AUNTY N AND THE FAMILY...

MOGA RAMADHAN INI, KITA DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK UNTUK MENUNAIKAN IBADAH PUASA.

MOGA RAMADHAN INI, KITA DIBERIKAN HATI YANG CEKAL DAN KAKI YANG KUAT UNTUK TERUS MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TERAWIH HINGGA KE HARI TERAKHIR PUASA.

MOGA SEMUA SETAN SETAN DIIKAT DAN DIRANTAI SUPAYA HATI KITA LEBIH KUSYUK ....

AMIN..

AuntyN said...

Ayu : Same to you and hubby OK. Bak mai sini resipi karipap tu..

PB : Same to you.. Thanks.

sempoii said...

Slamat berpuasa Aunty N. Semoga ibadah kita ditermaNya. Err bulan pose, jgn lupa apdet blog..hehehhe

bonzainal said...

Selamat menyambut puasa auntyn dan keluarga. Walau pun dibulan puasa saya dan keluarga menanti entry baru dari blog auntyn. Kami sekeluarga enjoy dgn your blog.

AuntyN said...

Poii dan Bonzainal : insyaallah, kalau terdaya dan ada idea, akan tetap updatekan blog ni. Jangan risau OK...

Ms.B said...

Happy berposa, AuntyN!! Cek selalu gak mai sini, tapi dok duduk sengap ja!! :)

AuntyN said...

Laaa Blab, awat cek duduk sengapp saja tu? Same to you and Mr D tu hehehe

Bilal said...

AN,

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg penuh dgn seribu Rahmat...semoga kita semua mendapat fadilat drp NYA..insyallah..... :-)

AuntyN said...

Insyaallah Bilal, semoga kita semua mendapat fadhilat Ramadhan kali ini

marlinda said...

Selamat menyambut Ramadhan buat Aunty N sekeluarga, dan juga buat semua pembaca blog Aunty N ini :)

AuntyN said...

Terimakasih Marlinda.

anggerik merah said...

Auntyn, tak sure dah ucap dah ke belum. Tak leh keep track dah... banyak kali ucap pun tak pa kan...


Selamat menyambut Ramadhan untuk auntyn dan keluarga. Semuga semua amalan diberkati onleh NYA.

RojakBuah said...

selamat meyambut ramadan kt AN & family..serta semua blog readers....salam dr Tehran...

AuntyN said...

Anggerik : Thanks Tak pe banyak kali pun. Same to u

JB : Take care kat luar negara tu.

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it buick open golf tournament Bulk email 4 7 Free+flash+cards+to+learn+to+speak+english Auto insurance rate charts bextra valdecoxib tablet Dodge neon electrical problems new york liposuction bingo online quotes insurance Mesotherapy arms Innocent anal teen phone tools Electric moped scooter toys home mortgages Management share time gambling