Cukup lah sampai situ cerita sedih kisah adik aku tu.
Adoi, mesti ada yang dah gelak tengok title ni pun. Apa yang yang korang imagine tu ? Ada yang nak gelak guling-guling macam icon YM tu ? Hehehe
Ini bukan adegan lucah tau.
Malam kelmarin, macam biasa aku dok berchatting, dan surf tenet sana sini. Ni pun dah lewat lepas dah siap segala-galanya lah. Biasalah, ada sorang tu yang rajin melayan (read: tak de kerja) aku ni. Hubby dah tido. Malam tu pulak hari hujan, connection pun tak berapa baik. Sekejap-sekejap asyik terputus je tu.
Dah tengah malam aku mintak diri nak keluar sebab nanti nak kena bangun bersahur pukul 4.00 pagi. Mana nak panaskan lauk pauk, nak tambah semata dua bagi tak boring tu. Aku tengok kat katil dah ada dua penghuni tengah sedap melayan mimpi. Hubby dan Syia, anak bongsu aku.
Sebagai anak bongsu Syia memang manja, walaupun dia tak tido sebilik dengan kami sekali sekala dia akan datang tido sama kami. Tapi bila time aku nak tido aku kejutkan dia dan dia bangun pergi tido kat bilik dia tu. Malam kelmarin tu dia dok tengok newspaper lepas tu terus tertidor sebelah baba dia tu. Bila aku kejut tak nak pulak bangun budak bertuah tu.
Aku pun move dia sikit buat ruang bagi aku dapat tidor sebelah dia. Jadinya hubby, Syia dan aku tidor sekatil. Dia ni tinggi dah nak sampai paras telinga aku, berat badan 50 kg walaupun baru 11 tahun. Bukan slim macam anak Makandeh yang sama baya dia dia tu. Belajar taekwando pulak tu. Jenis yang tak reti duduk diam, active kemain kalau masa jaga dia tu. Nak tidor kat bawah, sejuk pulak. Aku pun tidor tepi Syia sajalah malam tu.
Dia ni tidor dah lah lasak, entah-entah dia mimpi step taekwando dia agaknya tu. Aku pun tak sedar apa dia buat, tapi hampir aku tergolek jatuh katil malam tu. Nasib baik katil tak tinggi, kalau jenis katil besi antik macam arwah datuk-nenek aku dulu mau retak lengan sekurang-kurangnya tu. Aku tak sempat lah tergolek langsung masih boleh tampan dengan kaki. Masa bangun sahur, cerita kat hubby dia pun kata Syia tolak dia jugak, nasib tak jatuh jugak. Lepas sahur Syia tidor kat bilik dia saja. Tapi masa tu aku cuma baring saja menunggu subuh. Mana dan nak tidor semula. Datang kerja teruk menahan mengantuk bukan main lagi.
Suspens ke?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
34 comments:
alah...siannya AuntyN...baik sempat tampan ngan kaki tu...kalau tak mau macam keledek rebus...hehehh...kak lady ni kadang tido sekatil 3 orang ngan yang kecit (4thn) tu pun kadang cam nak terkucil....dpt tido sket je...ni dah 11 tahun...dah sah ler tak leh tahan pengangan taekwando dia tu...hahah.<--geli ati betul ni...tgh golek2 cam icon ym tu...
Kak Lady : Betul sangat tu, mau lah labam kat sana sini. Nasib baik terjaga.
Jin : HAHAHAHA. Kalau pasal dengan uncle, sumpah tak cerita sini lah...
Kalau bab mimpi you Jin, bangun kena Istigafar,lepas tu ambik wudhu solat tolak bala hehehe.
I always wondered by young kids (young i.e. below 15 lah) tidur SO lasak! Must have theory one kan?
Ada blue-black bruises tak masa jatuh tu? Kesian AuntyN!!
I have a feeling dia mimpi buat tageuk untuk test talipinggang hitam Taekwondo kot.
Blab : Nasib baik tak sempat tergolek. Jadi tak lah blue-black. :-)
Usually if they are the active type masa jaga, masa tidur tu lasak jugak lah. Amongst all 4 girls, cik adik ni memang lasak siang dan malam tu.
bergen : agaknya lah hehehe
Nasib baik takder apa2. Kalu katil mcm kat umah nenek2 dulu, alamat kena berurut le Auntyn.Ntah-ntah ader mimpi best tak malam tadi?(muahahaha...gelak ganas)Mana lah tau kan.
AN : hahaha..can imagine jatuh berdebuk. Itu baru anak pompuan, kalau kena dgn anak lelaki -sure patah tulang rusuk punya !
My son Abang pun jenis lasak. One time masa tidur double decker yang katil single kat atas and katil double kat bwh tu, dia boleh terjulur sebelah badan ke bawah. Nasib baik tersedar, kalau tak sure kena hempap, masuk sepital lah alamatnya.
Mas : Haah, kalau katil besi yang tinggi tusure dah masuk spital.
MA : Anak lelaki tak tidur dgn parents dah besar tu. Hehehe.
tingat citer zaman kecik2 dulu.kalo balik kampung tido sebelah arwah nenek. pastu memalam tetiba je rasa kene cubit..sakitnya... rupa2nya kaki dah naik ke bdn arwah nenek :)
Kak N,
eheheh budak budak camtu laa.. tidur memang tak ingatnya..
Saya dah banyak kali kena kalau anak buah tidur sekatil.. bukan setakat selimut je ilang, bantal segala.. masa memula tu ye la 50-50, bila dah siang jadik 90-10, yang 10 tu saya punya space la tu.. dengan kaki melintang atas peha saya, posing tak kasi can sampai payah nak bangun takut dia terjaga sama..
Tapi kang kalau tak bagi, merajuk la plak.. kata tak sayang dia la, tak bagi dia nak bermanja la... adehhh..
hehehehe...sama la tu...kaki diorang, tangan diorang, kekadang tu perut diorang naik atas muka...macam-macam...:)
sure ke dia mimpi step taekwando AN? ke dia mimpi tampau muka boypren ke...hahaha panik?
Haha.Biasalah AuntyN.Saya pun kena juga dengan anak-anak. Kadang-kadang ayahnya mengigau bergaduh dengan hantu, saya pun nyaris-nyaris kena sepak!!
EM
Assalamualaikum Mak Cik Auntyn...
Salam kenal ya. Saya masuk dari blognya Zar.
Katil itu sama dengan tempat tidur kah?
Kalau saya yang jatuh dari tempat tidur adalah anak saya si 5 tahun. Habis isya tapi belum taraweh ngantuuuuk sekali dan anak minta ditemai tidur. Akhirnya tertidur berdua dan saya terbangun karena ada bunyi benda jatuh. Ooooh ternyata anakku! Kejadiannya baru 3 hari yang lalu...
selalu kes budak2 jatuh katil. Ini kes mak ayah jatuh ditendang dek budak2. ekeke..mujur tak apa2 ya auntie. anak2 uda pun tak tido sama ibu dgn abahnya. dua2 tido tempat diorang. kalau hantar diorang kelas taekwando sok lagi la kena pk 2 kali nak tido sama. hehehe
Mesti beli katil Extra-King size.
auntyn, laaa nasib baik tak apa2 no..
betul macam kata lydia teh kena beli extra king size bad kalau ada extra kat atas katil...hehehe
Nasib baik tak runtuh katil tu kena taekwando heheheh Nasib baik sorang je yang bertaekwando......
bak kata pepatah "yang bulat datang bergolek"
yang bergolek? jatuh katil!
sabar ajelah AuntyN! :)
nasib baik AN tak apa apa.
Itu baru anaknya yg bersilat bertaekwando..
Kalau bapaknya...entah ler macam manalah pulak kesudahannya.
Ayu : tu masa kecik kena cubit tak pe lah, sekarang tak kan abang nak cubit lagi :-)
Audra : Tak pe tahan lah sikit asal diorang tak terasa tersinggung.
Alex : dulu masa diorang kecik macam tu lah, masa semua anak2 tido sekali dgn we all tu, kaki tangan semua naik muka.
Ailin : ynag tu tak boleh nak tolong dah tu, he he he.
JB : Biasalah no...
Shidah : 11 tahun dah ada boyfre tu dah susah lah mak dia nak control lepas ni hehehe
EM : ni kes sama macam Ailin ni tak leh nak nolong ni hehehe
Rahmi : selamat datang ke blog aunty. :-)
uda : hehehe baik beringat sebelum kena.
Lydia : Betul tu kena tukar katil besar agaknya tu hehehe
anggerik : alhamdulillah.
Cikni : nasib baik yg kecik taekwando bukan yg besar tu hehehe
cyberdad : ishhhh, ni nak kena naik mesin penimbang ni...tengok cermin... "bulat ke?"
pb : kalau bapak dia bersilat ku bukak langkah seribu hehehe
baca comment EM teringat pada my fren, dia mimpi hantu, tepuk bantal nak halau hantu tu kononnya, rupanya yg ditepuk perut wife dia yg pregnant 8 bulan, apa lagi, meraung la kawan tu. esok terus pi buat check up, kelakar pun ada, kesian pun ada...
nasib baik auntyn tak apa-apa..
alahai, kesiannya!! biasalah AUnty N..kalau anak dah share katil tu, memanglah "pregolekan" tu tak boleh dielakkan, kan? Nasib baik tak de apa-apa! :)
Baca komen nohachomel kelakar la pulok.. hahaha...
AuntyN.... ingatkan jatuh sungguh dah tadi.. heheheh. Saya plak, sejak ada anak kecik, dah empat orang satu katil tak muat, tambah katil pun tidor buas sangat jatuh jugak, last last semua tidor bawah... katil bukak... pakai tilam saja...
noha : kelakar lah si mamat tu hehe
anedra : Syia dah besar tak tidor dah dgn kami, saja nak manja, sbb baba dia selalu ajak dia tido dgn kami.
wani : Dulu2 semua tidor kat bawah je, berderet 6 orang kami ata tilam tu. Sekarang dah besar dah anak dara tak lah nak tido dgn baba dan mama lagi.
Case anak tumpang katil ni ..... agaknya kat mana-mana pun sama. Sometimes sampai mak bapak lari tidur kat bilik budak-budak :)
QOTH : Betul tu. Selalu tu hubby dok ajak Syia tido dgn kami, bila dah kena tendang tu dia tido kat sofa lah....:-)
i memang tak boleh tidur dgn my anak dara or bujang, last last i pun yang kena tendang!
janganlah jatuh katil. Gegarannya nanti bisa merosakkan mukabumi. Baik2 tidur ya? Cakap kat anak, baca satu Quran sebelum tidoq! ;o)
Jin : Amboi ! Pantang dengar anak dara.
Ely : Dulu kita pun sama kut.
OOD : Nanti jadi gempa bumi macam kat Pakistan ke?
Enjoyed a lot! Pill vault com didrex overnight yoga and pilates reno nevada Benzocaine pdf dental wax Prescription meridia pills Knockoff cartier eyewear Individual dental insurance in connecticut Dentists in ronkonkoma ny new york bodysolid fitness equipment lawndale swim and tennis greensboro 1973 hurst oldsmobile parts
Post a Comment