April 08, 2005

Nasib Baik Tak Merajuk!!

Semalam aku sibuk giler. Aku ambik cuti sebab nak bereskan application Kak Long tu. So bangun pagi, hubby lepas dia pergi hantar Angah, Ayin dan Sya ke sekolah aku masih tido lagi (cuti lah kata kan, bukan cuti kerja je, yang lain pun cuti). Tapi tak boleh nak tido sampai tengah hari pun, so bangun lah then, kemas bilik, tukar cadar, bersih kipas siling kat bilik tu ( dah berabuk dah) then sapu-sapu sikit. Aku cakap kat hubby aku bersihkan fan, dia tanya aku Aircond tak bersihkan ke? Bertuah betul hubby aku ni, aku kata yang tu dia belum ajar camna nak bersihkan so, belum buat lagi lah.

Dah mandi, ajak Kak Long keluar pergi bank, then Post Office, dah selesai baru nak cari makan. Aku ni dah dua hari rasa sakit gigi nak makan pun tak berapa boleh, so makan bun saja lah. I told her I want to go to the dentist. Tanya dia nak ikut ke nak balik dulu, dia kata ikut aje lah. So, lepas ke dentist, jam dah pun pukul 12.00 tengahari. Aku kata, lauk nak masak belum lagi beli ni, pasar dah tutup kebanyakanya. Cuma pasar BM saja yang mungkin masih ada jual ikan dan sayur. Jadi aku pun drive ke BM lah. Sampai sana tu kebanyakan penjual dah tutup kedai, ada satu dua je yang masih buka itu pun dah dok kemas dah tu. Beli je lah apa yang patut.
Apa lagi balik terus sampai rumah tukar baju masuk dapur. Sya dah telefon suruh ambik dia dari ofis Abang Long yang depan sekolah dia tu. Nak manja lah hari ni tak nak balik sekolah jalan kaki, kata dia bukan selalu pun. Lepas tu, kata dia tolong hantar pergi kelas fardhu ain pulak. Dia cakap basikal handle goyang lah, macam2. Tak pe lah satu hari je. Bukan selalu jadi oblige jugak lah jadinye.

Jadinya mula masak tu dah dekat pukul dua petang dah. Maid memang dah masak sikit jadi budak2 balik adalah yang dah siap boleh dimakan. Yang aku nak masak ni untuk hubby nak makan & anak2 jugaklah. Dia pun dah 3 hari cuti, dah komplain aku tak masak apa2 masa dia ada rumah tu. So kena lah buat kari ikan yang aku beli tu hari ni. Ikan yang lain aku goreng, setengah aku masak lemak bercili, setengah lagi jadi ikan goreng je. Masa tengah goreng ikan (dah pukul 3.30 ptg, ada kawan aku call, dia dengar bunyi akau masukkan ikan ke dalam kuali, dia tanya bunyi apa tu N? Aku kata bunyi ikan goreng, ni kat dapur ni (multitasking lah aku ni, sambil sembang sambil masak, kah, kah, kah). Kata dia pukul berapa baru dok goreng ikan tu? Ni dah gaharu cendana pulak dia ni. Kami gelak je lah.
Untuk sayur aku buat sayur lemak bayam, aku tumbuk sambal belacan dan campurkan dengan buah bacang yang hubby beli kemarin. Entah apa pulak hari ni, kari ikan dah jadi terlalu pekat macam masak lemak cili padi pulak tu. Tak menarik langsung. Tambah air pun nampak tak elok jugak. Belum siap sepenuhnya, hubby dah masuk dapur, dah lapar lah tu. Aku pun hidang apa yang ada, dia pergi ambik pucuk putat nak buat ulam kat luar rumah tu. Duduk nak makan dah tengok gulai yang tak menjadi tu. Siap tanya lah, awat gulai pekat sangat ni? (Oh Oh). Aku kata terlebih santan tu, dah tambah air pun nampak pekat jugak tu. Muka dah merajuk sikit tu, dia bangun dan cakap, nasi masih panas ni, nanti je lah makan. Adoi, macam mana ni, aku dah naik gelabah dah ni. Susah kalau dia merajuk ni, nanti dah lah dia tak makan, membebel lagi, bukan senang nak pujuk ni. Then, aku tengok dia pergi tido kat sofa kat hall depan bilik tido kami tu.
Aku pun siap apa yang patut, berhenti sekejap pergi mandi, solat dan masuk tengok tag si Joe tu. Satu hari aku tak ON PC, rindu pulak dengan kawan2 yang selalu dok chat dengan aku tu. Agaknya hairan diorang apasal aku tak ada, sebab selalu aku akan cakap kalau aku sibuk dan tak boleh nak masuk chat dengan diorang, atau aku cuba celah jugak, kalau boleh. Tapi semalam memang tak boleh nak celah. Blog aku pun aku tak masuk.

Petang sikit ingat nak siram pokok, tapi dah hujan, save air aku lah, Alhamdulillah. Then aku ingat macam mana nak bagi hubby tak merajuk ni, so aku pun masuk dapur balik, masak kari parpu telur kegemaran dia. Panaskan lauk2 yang lain, hidang kat meja elok2, then bancuh air, dah siap aku masuk bilik nak solat maghrib, hubby dah siap nak tengok Berita. Aku cakap nasi dah siap semua, kari parpu pun ada (nak ambik hati lah ni...), lauk lain pun semua masakan yang dia suka. Then, aku kata pergi makan dulu lah aku nak solat sat. Nasib dia pun cakap baik dengan aku, kata dia, sat lagi pi makan. Jadi tak lah dia merajuk nampaknya, lega aku....
Dah selesai solat, Ayin masuk tanya nak makan ke, aku cakap aku dah tak nak makan tapi baba pi makan dengan Ayin je lah. Aku menyusul temankan hubby dan Ayin makan walaupun aku tak makan. Kena buat macam tu nanti dia kata kita tak peduli dia pulak. Sanggup ke korang buat camtu dengan husband tu?. Mesti kena sangguplah kalau nak mencium bau syurga kan. Tu yang ada suami lah. Yang tak ada tu, ambil pengajaran je lah. Lagipun hubby aku ni sorang ni je lah, kalau tak layan dia, nak suruh siapa layan pulak kan?
Dah habis makan, masuk sambung tengok berita, aku apa lagi tekan PC lah, hubby dah boleh nak complain sebab dah memenuhi semua syarat. Kak Long datang dok tengok aku baca blog2 orang, then YM sat dengan Delinn, then pass PC kat Kak Long. Lepas habis Berita, hubby dok ambik angin kat luar rumah, sedap dan nyaman udara selepas hujan, aku join sat lah dok sembang pasal pokok2 yang dia baru beli tu.
Entah apa instinct aku, bila handphone bunyi pukul 10.00 malam, aku macam dah tahu siapa nak call. Walaupun no phone tak keluar tapi, bila aku kata Hello je, dia terus tanya "AuntyN ke?" Lalu aku dah tahu itu panggilan dari yang terlalu jauh (tapi dekat kat hati tu, hehehe, perasan ke ko ?) That was the first time he called me. Sembang kami punya lah lama dan aku berubah tempat 4 kali. (Dari dalam bedroom, ke luar rumah, then masuk balik, then bilik tido angah sebab cari charger) Pukul 11.30 malam, dia kata, dah 11.30 ni aunty tak nak tido ke? Aku kata aku jarang tido awal lah. Dia sampai kata gi tido lah. Mungkin dah terlalu lama dan agaknya dia pun dah penat nak layan aku, makan pun dia belum, kata nya tak ada apa2 food kat rumah. Kesian aku dengar, rasanya kalau sebelah rumah je, aku dah ajak datang rumah makan malam sama kami. Bunyi suara pun macam selsema. Lupa aku nak tanya sihat ke tidak tu.
Joe, terimakasih kerana sudi anggap aunty kawan dan sudi telefon jauh2, dah tu sebelum makan, sambil buat laundry lagi. Walau apa pun orang kata, kuatkan semangat, you are the only one who can decide what is best for you dengan doa dan tawakal kepada Allah.

Lepas dah habis, sembang dengan si dia tu (bunyi macam boyfriend lah pulak, hahaha) Aku masuk bilik solat Isyak dan tidor. Mata tu dah susah nak lelap pulak dah dok ingat convesation tadi tu. Bukan apa pun lah, memang aku macam tu, bila my mind is active I have problem sleeping. Kalau aku baca blog ke, update blog tengah2 malam gitu memang susah nak tido. Selain dari tu kalau aku ada important meeting esoknya, then my mind would be planning for the next day,lagi aku tak boleh nak tidor. Last2, dekat pukul satu baru aku tertidor.

Itulah untuk semua suri rumah setengah masa ni, kalau duduk rumah lebih sibuk dari di pejabat kan. Lebih teruk kalau dua2 tempat tu pun sibuk memanjang. Boleh naik tekanan darah agaknya kalau gitu ek?

21 comments:

AuntyN said...

SB, jangan jeles no.
Eleh, dia saja kata cam tu, tak kan dengan aunty pun nak rasa camtu. lain lah kalau dengan anak2 dara kut. He feels safe with me that's all.

alia said...

apa kes nih nak jeles2..

*terus tgk h/phone sendiri..ada org nak tepon ka*

ermmm itulah namanya Ibu..kalau cuti lagilah sbok yaamatz...

NANI SHAHABUDIN said...

husband u mcm abah anne. mak i masak tak sedap pun boleh merajok...ish. kalau merajok lama pulak tu..

Anonymous said...

Orang lelaki pun ada juga merajuk dia AuntyN ya tak?? (Joe ni kena ambik kursus lagi ni - tak semestinya semua org merajuk to pompuan atau bapok [kan ke tiap kali bila AuntyN ato org lain kata Joe tu merajuk dia akan lawan balik kata "ingat aku ni bapok ke" ). Bertuah husband ada orang rumah macam AuntyN ni .. :).

I'm glad that AuntyN had a chance to finally talk with Joe.

Om

AuntyN said...

Bat, selalunya camtu lah kan? Sibuk memanjang. Nasib jugak hubby ni dia faham kalau I'm busy at work dia OK je kalau tak leh nak ambik cuti.

Anne, la ni dah kurang banyak dah tu. Maybe sebab, my cooking has improoved kut.

Om, eleh, awak tu tak pernah merajuk ke? Nanti bila ada yang dah sayang tu mesti nak merajuk selalu tu, sbb kata org merajuk pada yang sayang. Terimakasih for the compliment. I'm glad he calls I hope it was good for him to talk to someone.

Anonymous said...

Hehe AuntyN,...motherly instinct ya AyntyN..I'll remember the words "Merajuk Pada Yg Sayang"..tu AuntyN,..it'll make more sense again someday..

Om

AuntyN said...

Om, merajuk pada yang tak sayang, bukan dia nak pujuk, dia kata lantak engkau lah, aku peduli apa kau nak merajuk tu...Pasal sayang lah yg pujuk macam tu tuh.

atiza said...

aunty..nih scandal besar nih..kena mintak kak teh buat coverage kat berita harian nih ;)

gurau jer yek..

AuntyN said...

Atiz, scandal apa pulak ni, jumpa pun tak pernah. Kan dia kata motherly instinct tu....faham je lah.

MA said...

Nasib baik henpon tak kena goreng sekali !

JoeBangla said...

amboi amboi amboi :-)

AuntyN said...

Puteri, :-)

Mak Andeh , jadi handphone gorenglah tu.

Joe, ko amboi kat sapa tu?

Anonymous said...

Tuuu...dia aeihhhhh...! Joe memang banyak cerita.Kat tag-board dia kutuk kita macam-macam....kat phone...hi..hi...dia manja!..maklum kita dah macam mak dia....:)
Auntie Yan.

AuntyN said...

Sinar, terimakasih atas kunjungan, emak umur berapa?

Kak Yan, dia tak berani nak kutuk dah sebab semua rahsia dah dalam tangan ni :-)

NANI SHAHABUDIN said...

merajuk pada yang sayang ...
huhu..merajuk banyak-banyak pun orang marah pulak.

Anonymous said...

AuntyN, hubby Acik pun sama jugak kuat merajuk.. kalau acik merajuk dia pun sama2 merajuk! cam mana tuh... nie siapa yg nak pujuk siapa nie??

Anonymous said...

Thanx sebab datang menjengok kat modblog kita dan memuji (puji lah lagi..he..he). Sorry lah ingatkan ayin to your son, tak palah ramai anak pompuan banyak pahala. Kita pun 3 orang anak pompuan. You a re just like me, kalau sebelum tido tu active, mesti terbayang2 last activity tu..susah nak tido lepas tu...

Anonymous said...

Thanx sebab datang menjengok kat modblog kita dan memuji (puji lah lagi..he..he). Sorry lah ingatkan ayin to your son, tak palah ramai anak pompuan banyak pahala. Kita pun 3 orang anak pompuan. You a re just like me, kalau sebelum tido tu active, mesti terbayang2 last activity tu..susah nak tido lepas tu...

Anonymous said...

Thanx sebab datang menjengok kat modblog kita dan memuji (puji lah lagi..he..he). Sorry lah ingatkan ayin to your son, tak palah ramai anak pompuan banyak pahala. Kita pun 3 orang anak pompuan. You a re just like me, kalau sebelum tido tu active, mesti terbayang2 last activity tu..susah nak tido lepas tu...

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! The leopold leather chair Eminent domain should be legal cartoon porn videos to watch Create a free website hosting R undelete activation code medication for hyperhidrosis chinese traditional treatment for hair loss cheap domain registration Dedicated servers forum renault clio 16v mercedes benz s 500 lwb piston Memory foam bed and mattresses north carolina licenced heating and cooling Continuous inkjet printer Tampa registrar

Anonymous said...

Best regards from NY! »