August 09, 2005

Adab Berdoa

Kita banyak berdoa, tetapi adakah Allah menerimanya? Sudah kah kita fikirkan kenapa doa kita tidak di terima? Kalau tidak di terima kecewa kah kita? Sudah kita berbuat sesuatu untuk doa kita diterima Allah. Adakah kita telah mengikut adab-adab berdoa sebaik mungkin supaya doa kita diterima Allah?

Hubby beli kaset ini dan aku dah dengar berulang kali. Aku nak share dengan semua sedikit sebanyak yang ada dalam kaset ini supaya kita sama-sama boleh memperbaiki diri. Sebabnya kita selalu berdoa, tetapi kadang2 tak nampak macam termakbul doa kita tu kan. Aku bukan lah nak tunjuk pandai cuma rasa nak kongsi sedikit sebanyak yang aku dapat tu. Insyaallah dapat memberi manafaat kepada kita semua, termasuk aku sekali lah ni.

Menurut Ustazah Siti Bahyah Mahmood (yang popularkan urut cakar harimau tu lah) ada 19 adab untuk berdoa untuk kita praktikkan supaya Doa kita di terima Allah. Apa yang aku paparkan kat sini hanyalah summary saja ni. Kalau nak dengar pergi lah cari sendiri.

1. Pastikan makanan, minuman dan pakaian, adalah dari sumber yang Halal

2. Ikhlas dengan Allah semasa berdoa. Ikhlas ni maksudnya, buat apa yang
Allah suruh dan tinggalkan laranganNya. Ikhlas bukan sahaja untuk berdoa sebenarnya dalam segala ibadah dan perlakuan kita.

3. Seeloknya didahulukan dengan wudhuk. Sekiranya kita tidak boleh berwudhuk masih juga boleh berdoa.

4. Digalakkan solat sunnat 2 rakaat dahulu sebelum berdoa.

5. Mengadap kiblat semasa berdoa.

6. Membuka telapak tangan dan angkat paras bahu semasa berdoa.

7. Berdoa dengan suara yang perlahan dan lembut. Kita bukan menyeru pada yang tuli atau yang jauh, Allah mendengar apa yang kita pinta. Berlemah-lembutlah dengan Allah semasa berdoa tu. Suara tidak terlalu keras dan tak terlalu perlahan.

8. Jangan terburu-buru dengan Allah. Kita meminta dengan berdoa, kita mesti bersangka baik dengan Allah bahawa doa kita sentiasa di dengari dan dimakbulkan. Ada 3 cara Allah makbulkan doa kita.
a) Dengan serta merta
b) Ditangguhkan untuk di makbulkan di hari akhirat
c) Dijauhi kita dari mara bahaya dan bala bencana.

9. Dahulukan meminta doa untuk diri kita sebelum kita mendoakan orang lain.


10. Meminta doa dengan bersungguh-sungguh. Jangan berdoa seperti ini Ya Allah, berikan lah aku petunjuk jika Engkau suka" Sebab Allah boleh buat apa yang Dia mahu, kalau kita berkehendakkan sesuatu mesti bersungguh-sungguh meminta dengan Allah.

11. Jangan sombong dengan Allah semasa berdoa. Kita banyak berdosa, jadi digalakkan kita menyebut kesalahan kita semasa berdoa. Seperti Nabi Adam semasa berdoa, baginda berkata "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diri aku....."

12. Ulangi hajat kita sebaiknya sebanyak 3 kali ketika berdoa.

13. Jangan berdoa tentang perkara yang haram (seperti nak minum arak, nak menang judi) atau untuk memutuskan silatur-rahim. Selagi kita tidak berdoa ke arah ini, Insyaallah doa kita akan di makbulkan dengan salah satu cara macam dalam no 8.

15. Berdoalah untuk hajat yang dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya. Setiap apa yang kita pinta pastikan kita pinta dari Allah. (e.g nak cepat dapat jodoh atau nak naik pangkat dll)

16. Jangan berdoa kepada perkara yang mustahil (e.g ketul emas di bawah bantal apabila bangun tidur). Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.

17. Seorang imam, tidak boleh hanya meminta doa untuk dirinya sahaja. Mesti menggunakan perkataan yang merangkupi semua jemaahnya.

18. Berdoa dengan bertawassul (perantaraan) dengan orang alim. Dahulu, sahabat nabi bertawasul dengan saidina Abbas (bapa saudara Rasulallah). Selepas Abbas meninggal dunia, sahabat2 bertawasul dengan Rasulallah sahaja.

19. Bertawassul dengan perbuatan baik kita apabila berdoa. Misalnya jika kita dalam kesusahan yang teramat kita boleh berdoa sambil bertawassul dengan perbuatan baik yang pernah kita buat dahulu. Seperti, mendahului memberi makan kepada ibu bapa sebelum mamberi anak-anak dan keluarga makan.

Adab-adab di atas tu bukanlah in any particular order of importance. Aku rasa ramai jugak yang dah tahu cuma aku ingin mengingatkan diri aku, anak-anak aku dan sekelian yang membaca akan adab-adab berdoa. Semoga segala doa kita akan Allah dengar dan makbulkan. Amin.

8 comments:

Anonymous said...

9) Dahulukan meminta doa untuk diri kita sebelum kita mendoakan orang lain.

ooopsss.. yg ini is new to me. i usually doakan myself last skalik. hhmmm... tak apa la kan. ini semua adlh tertib berdoa. adlh elok klu dpt diikuti kan? =)

AuntyN said...

lilheaven, betul tu, cuma yang tu takut kita terlupa berdoa untuk diri kita, asyik dok doa untuk orang lain.

Nazrah Leopolis said...

ya lah, must tell my Mom this, she prays for seklain makhluk sejagat detail2 sekali, last2 penat nak doa untuk diri sendiri.

i wanna learn more about tawwasul, please.what is it? how do u do it?

superunknown said...

tima kasih atas perkongsian ilmu ini auntyN. sgt berguna kepada saya ni. akan dipraktikkan insyaAllah.

Anonymous said...

baik jugak Aunty dapat share ilmu nih..memang byk yang dah tau, tapi tak salah sebagai ingatan kan??

ada satu citer nih, mamat nih berdoa la kat Tuhan..so, bila dah lama2, dia baca simple jer..nak tau apa dia baca? he just said "Ya Tuhanku, macam biasa laaa..."

musti jenis spesis yg maleh nak berdoa, so that he assume Tuhan tau apa yg dia nak..

kiranya, konsep dia mcm bilamana kita pi kedai mamak, bila depa mai tanya order, kita jawap "macam biasaaa..."

Anonymous said...

hahaaa.. tumpang gelak aunty. that's really funny oren.

n kak nazrah, this is a lil sharing

http://www.alinaam.org.za/dhadith/qna/tawassul.htm

http://www.calgaryislam.com/imembers/pdf/manhaj/15.pdf#search='tawassul'

http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic82_2001.htm

and the suggested doa'

http://www.duas.org/tawasul.htm

cuba nak clarify ngan ustzh td, tp unreachable. =)

AuntyN said...

nazrah : lumrah manusia, selalu ingat pada yang tersayang dulu. Nanti I will update sikit on tawassul.

wan :sama kita ingat mengingati, sama berkongsi ilmu yang sedikit ini.

oren: Entah2 Allah pun kata "Mamat,macam biasa je lah" jugak kat dia, sama je keadaan dari dulu sampai ke mati. :-)

lillheaven : thanks for the links.

Anonymous said...

Best regards from NY! » »