October 26, 2005

Beraya Kat Mana Tahun Ni?

Rasanya setiap kali raya menjelang, setiap kali soalan tu akan bermain dibibir kita kan? Nak beraya kat kampung ke kat bandar? Nak beraya kat rumah emak sendiri ke atau rumah mak mentua? Ni bagi yang dah berumah tangga lah tu kan. Yang single tak payah fikir panjang nak beraya di mana selalunya mesti nak balik kampung halaman. Yang tak ada kampung tu beraya kat bandar lah kan. Tak kurang jugak lah kan yang berkelahi laki bini sebab dua2 tak mau mengalah nak balik rumah mak masing masing.

Nak tergelak jugak tadi pagi kat radio Era, bila ada sorang kakak tu kata dia, setiap tahun dia akan hantar suami dia balik kampung suami dia untuk beraya kemudian dia akan balik ke kampung dia sendiri. Siap tanya lagi "berapa lama abang nak tinggal kat kampung, nanti saya ambik" Kakak ni kata sebab suami dia tak boleh drive jadi dia yang drive tu yang dia hantar tu. Macam-macam kerenah manusia sekarang ni kan?

Dari dulu kami sekeluarga tak pernah pun berkelahi nak beraya kat mana. Setiap tahun kami beraya di kampung. Mana tak nya kan kami duduk di kampung hehehe. Jadi tak susah susah nak plan nak balik kampung. Kampung hubby pun dekat saja, dalam 30 minit drive saja dari kampung aku ni. Dulu masa duduk dengan mak mertua, pagi raya kami kat rumah mak mertua, tengah hari kami akan datang ke rumah mak aku.

Lepas tu bila dah tinggal sendiri, masa mak mertua masih hidup, lepas solat raya, kami visit mak-bapak aku yang dekat dengan rumah aku ni dulu, lepas tu the whole day kat rumah mak mertua. Raya kedua, dan ketiga pun kat rumah mertua jugak. Kadang2 tidor sana saja walau rumah dekat sebab ramai adik beradik hubby balik berkumpul di sana. Lagi satu, dah jadi macam tradisi keluarga hubby, salah satu hari dalam minggu raya tu kami semua pergi piknik. Tak kiralah kat pantai atau kat sungai. Masak banyak2 di rumah kemudian bawak pi makan kat tepi pantai, mandi laut, mandi sungai. Best sangat. Setiap tahun anak2 akan tanya tahun ni nak piknik kat mana? Kalau tak bawak mula lah semua cakap tak best, boring lah asyik duduk kat rumah.

Sekarang MIL dah lama meninggal dunia. Dah 5 tahun dah, sekarang rumah kami yang jadi tumpuan tempat perhimpunan saudara mara kedua2 belah pihak. Adik beradik aku dan adik beradik hubby. Piknik pun kami tak sempat nak buat dah, masing2 dah bawak diri masing2, kadang kala balik pun sekejap saja. Yang dulu kecil sekarang dah berumah tangga, yang muda dah beransur tua. Nak organise tu masih boleh tapi susah nak capai kata sepakat. Lagipun bila ada adik beradik aku kat rumah tak kan aku nak tinggalkan diorang, mak pun bukan suka sangat nak pi piknik. MIL tu lain sikit dia suka keluar2 macam tu.

Raya pertama lah akan menjadi gamat kat mana2 rumah pun, kalau dulu kat rumah mak mertua aku, atau kat rumah mak aku, tetapi sekarang kegamatan tu dah berpindah ke rumah aku. Aku dari malam raya sampai pagi kerjanya memasak sajalah. Tidur pun dua tiga jam saja dah. Esoknya nak melayan tetamu memang lah penat semacam.

Kat mana nak raya tahun ni?

35 comments:

Ely said...

hai auntyN, raya kat SF jer lah tahun nih. budak2 sekolah jadi tak boleh ponteng balik raya mcm tahun lepas. insyaAllah, kalau ramadan tahun akan dtg di musim panas, bolehlah kits beraya di Singapore
:(

Anonymous said...

he he he 3rd commentor yg beraya di perantauan, no choice lah. after sembahyang raya, pi bertapa kat opis. hm tak rasa cam raya pun. cuma nak lepaskan stress, tahun ni i beli baju raya you he he he

Ni said...

kat rumah MIL biasanya pagi raya ada 'drama' (bersalam raya ter-over menangis-nangis, padahal semua dok kat situ jugak, tiap2 hari nak jumpa pun boleh, tiap2 hari nak berkelahi pun boleh, tiap2 hari nak bersalam pun boleh)

me tak campur lor, lepas salam duduk jauh-jauh sikit, anak sedara 40+... byk tu duit raya nak bagi....

Mas said...

Raya kat kg sendiri kat Melaka. sebelum tu p umah MIL kat Taiping 5 hari sebelum raya. Ni baru 1st time. Tahun depan raya umah MIL lak. huwaa...

Anonymous said...

Last year ME raya kat Makkah ngan Hubby, gi 18 hari from 18 ramadhan till 5 syawal baru balik...anak teruna sorang tu beraya kat kampung....Depa kata sunyi gak ME tak de, sedara mare bertanya...x meriah ME tak de...'cos my parents & MaPaIL pun dah tak de...ME anak p'puan sulung...yg pikul t/jawab melayan waris2 beraya...best wo posa & raya kat Makkah...relax....kat Masjidil Haram jer...Tahun ni telunjuk ME dan memainkan peranan mengoder semekut2...otak dah plan nak masak ape raya nnt.....huk..huk...rasa nak lari gi Makkah...(dah terbayang betapa sibuknye raya nnt!!!..)Tapi seonok gak...
Jmpt dtg ghumah....kat Hulu Yam...

Ety

Anonymous said...

sebelum deepavali balik umah MIL dulu, pastu baru balik umah mak sendiri..

walau pun senegeri, nak kena plan betul2, kang ada yg nangis di pagi raya...heheh

Jo Kontan said...

AuntyN,

Jokontan raya kat mana lagi, Kat Kontan laa. I'm blessed. Maam pun orang Kontan. Jo kat Batu 8, Maam Batu 5. Lepas kat umah In law, gi rumah medad. Hiway baru pun udah ada. Hopefully No Jam.

Lepas tuu raya umah my siblings and Maam's and sesedara di persekitaran, Pekan and InderaMahkota. Konvoi.. Best!!.

Anonymous said...

syok laa raya kat umah mak bapak kita..tapi sejak2 dah kawin..kena laa tolak ansur. Kat umah mentua pun kena raya jugak. Ikut giliran la. So this year memang turn saya raya kat kampung la Kak N. Best. Ramai budak2 yg dok mai mintak duit tuh..jenuh cari duit syiling.
Kalau raya kat umah mak sendiri di bandar ni..tak laa semeriah di kampung.

Anonymous said...

auntieN
insyaallah tahun ni i raya kat Mekah, jumaat ni nak berangkat ke sana..
doakan i selamat dan dipermudahkan urusan, amiiinn...

JoeBangla said...

tahun nih Raya kat depan laptop :-(

Mutiara said...

Joe..mai lah raya kat rumah saya..Kan dah ada ID tu...

Anonymous said...

teringat one of our family friends nih, single lagi.. she told us "kalau aku nak cari bakal suami, nak cari yg sebatang kara. No issue nak balik kg mana for raya."

and she is still searching for that Mr. Right.

Selamat Hari Raya AuntyN. Maaf zahir batin.

Nor Razi said...

AN

Budak punya term lain pulak. Pagi raya sembahyang kat mana. Pasal rumah MIL dan mak pun 20minit dari rumah budak.

Apa2 hal pun lepas solat eid mesti kena ziarah pusara arwah sama mak.

Tahun ni giliran solat kat mana dulu erkkk....mesti *** ingat

Selamat Hari Raya Eid Fitri Maaf Zahir dan Batin

Anonymous said...

AN,

Lahhh...raya punya hal pun mau gaduh ke...yenadei depa ni...yg penting raya bersama2 satu keluarga...

Mcm Cek yg tk de kampung ni..melanggut lah kat KL...raya hindu kat sini...

Kat mana..di mana..Yg penting Berhari Raya..betul tak...

SELAMAT HARI RAYA UNTUK AN SEKELUARGA...MAAF ZAHIR BATIN...:-)

Anonymous said...

Assalamualaikum AuntyN. Saya beraya kat KL jer. Mak Abah + MIL kat KL. So no issue pasal raya kat maner.Pagi kat umah, tengahari gi umah MIL.Selamat berhari raya.

ibuVouge said...

AN
tahun ni tukar soalan, bukan raya kat mana, bsalin kat mana..
susah tul wat decision..dua dua hati kena jaga..
ikut hati mmg nak umah MAk, tapi MIL dah beria sakan.. tapi syarat je..cukup 10 ari mmg balik Perlis..

aNIe said...

Untungnya Lady ni...sebab dua2 orang melaka..so tiap2 tahun balik melaka...& tiap2 tahun umah mertua..balik umah ayah cuma tgh raya pertama...petang dah balik umah mertua balik..dok lah sana sampai seminggu....uwaaaahhhhh

Bergen said...

Wishing you and your family Selamat Hari Raya ma'af zahir batin. Have a good one, ma'am.

From
Bergen

NANI SHAHABUDIN said...

so far tak pernah la pulak berebut nak balik raya kat mana.
my husband, bila saya kata tahun ni biarlah beraya kat singapore dulu, dia selalu dua tiga kali tanya "u betulka nak raya sini. kalau nak balik decide cepat2, boleh beli tiket awal" tapi selalunya saya tukar fikiran, last last, beraya kat alor setar jugak. hehe...sayang hubby.

NANI SHAHABUDIN said...
This comment has been removed by a blog administrator.
MA said...

AN : cuti dah ambik. Raya kat mana tu belum plan. Silap-silap hari bulan, Raya kat tepi laut ler....:-)

Anonymous said...

Hi Aunty N.. Saya beraya kat kepala batas. Kalau mai belah sini, singgah la umah naa.. STFOGA utara tak buat gathering raya ka?

oren said...

Tahun nih balik umah MIL (Pahang), sama macam Auntie Yan, saja bagi can kat hubby..menantu mithali nih..

Anonymous said...

Belum lagi time nak tanya soalan cenggitu.. heheeh.. so buat masa sekarang, by default kat rumah mak..

AuntyN said...

JB, Ely dan atn : Merasalah cara beraya kta rantauan tu, lain kali boleh cerita kat anak cucu camna rasa beraya di tempat orang.

CIkNi : patutnya tiap2 hari bersalaman dan bermaafan bukan tunggu sampai raya dak?

Jin : Masih sempat nak posa tu sebelum raya, lepas tu boleh raya sakan sebab dah berjaya melakukannya.

mas : maufakat membawa berkat kan?

AuntyN said...

Ety : syoknya dengar dapat merasa beraya kat Mekah tu, entah bila nak rasa pun tak tau lah.

noha : plan awal2 tau jangan nanti berendam air mata di pagi syawal.

cekpah : Selamat beraya dan beribadah, semoga mendapat umrah yg mabrur.

AuntyN said...

Joe : Jangan sedih lah, pi lah beraya rumah AM tu.

cyberdad : Masih blum ada jodoh kut?

budak dan ***: Solat raya kat mana this year?

Bilal : kalau dah mak bapak dan keluarga kat KL, kat situ lah beraya tu kan?

AuntyN said...

babydiana : waalaikumusalam. kat mana pun tak pa kan asalkan bersama keluarga.

IV : Bila nak bersalin tu? InsyaAllah selamat.

kak lady : haah betul senang lah.

bergen : same to u

AuntyN said...

anne : dah duduk serumah dgn MIL tak kan nak brebut lagi? At least he is considerate kan?

MA : apasal sampai beraya kat tepi laut tu?

syida : raya aunty tak leh nak keluar rumah, thanks lah, STFOGA gathering, entah tak tahu pulak lah.

oren : bagus, bagus, jadilah menantu mithali yg disayangi parents in law OK.

audra : enjoy it while it last...

AuntyN said...

shah : dok tang mana, kalau tau mai lah, hehehe. tapi duit raya tak dak lah...

anggerik merah said...

AuntyN,

Dah 3 tahun raya berjauhan. Insyaallah tahun depan raya kat Msia...

Minggu ni langsung tak dak mood nak buat kerja lagi bila baca semua orang sibuk buat persediaan raya..

Untuk AuntyN dan keluarga, selamat hari raya dan ampun maaf kalau ada terkasar bahasa..

AuntyN said...

Anggerik : Sama2 bermaafan ya

Anonymous said...

dari mula kahwin cm beraya kat rumah mil aje (dlm hati sabar aje dan member opis pun heran camna everyyear boleh raya kat rumah mil..isteri mithali ke tu?)...raya ke 3/4 baru balik rumah mak....now bila dah jauh ni rindu sgt kat mak, dah hint kat hubby bila balik malaysia nanti nak buat giliran...alasan sbb mak cm pun dah tua nak jugak rasa first raya dgn mak...harap hubby bulleh terima.

AuntyN said...

cm harap2 macam tulah. Pujuk lah pelan2 bagi dia faham, sebab perkahwinan kan sharing, family and all. Dia pun kena sayang dgn mertua macam family dia sendiri tu.

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! Discount gate openers Leather jacket james dean Bad side effects wellbutrin