October 21, 2005

It's weekend again.

Esok dah Sabtu lagi. Rasa cepat sangat masa berlalu. Dah 17 hari dah kita berada di dalam bulan Ramadhan. Kalau ikut takwim Islam hari ni birthday angah. Aku bersalinkan angah pada pagi 17 Ramadhan, jenuh lepas tu nak qadha puasa yang tertinggal. Tapi angah tak pandai pun membaca Quran, walaupun lahir di hari Nuzul Quran ni.

Dah nak dekat dah raya pun, aku dan keluarga masih belum beli baju raya lagi. Anak2 dah sibuk bertanya macam-macam,

Q : 1) Bila nak pergi shopping baju raya?
Aku : Nanti lah
Anak2 : Alah mama ni, nanti lambat2 semua yang tinggal dah tak elok
Aku : Tu pun nasib ada baju raya
Anak2 : (Mengeluh panjang)

Q 2) Berapa pasang baju raya tahun ini?
Aku : Macam selalu saja lah

Q 3) Nak beli lebih dari se pasang boleh ke?
Aku : Tak boleh, yang tahun lepas elok lagi. Boleh pakai.

Q 4) Baju kurung sepasang, seluar jeans sepasang, T-shirt 2 helai boleh ke mama?
Aku :Jeans boleh beli masa tak raya, T-shirt dah banyak dah nak buat apa lagi.

Q 5) Tak nak pergi beli tempat tahun lepas boleh ke?
Aku : OK, tahun ni tak nak pi Alor Star dah, beli sini saja lah
Anak2 : Kat MegaMall OK ke ma?
Aku : Tengok lah dulu
Adik S ada ajak aku ke Sungai Petani weekend lepas, aku tolak. Aku cakap nak shopping dengan keluarga aku nanti. Kata dia tempat tu banyak baju raya di jual. AKu masih tak plan nak shopping kat mana lagi.

Q 6) : Tak nak bubuh pelita ke mama?
Aku : Pi tanya baba.

Q 7) : Mama kueh raya tak nak buat ke tahun ni?
Aku : Tiap tahun kan baba dah beli
Anak2 : Kita buat conflake macam selalu OK ke ma?
Aku : OK (Sebab aku cuma masakkan conrflake + madu etc aje, yg lain diorang yang buat).

Macam2 lah anak2 dara aku ni dok fikir untuk raya tu. Tu tak masuk lauk pauk raya lagi. Dekat nak raya nanti siap lah sorang nak rendang, sorang nak kuah kacang dengan nasi himpit, sorang nak make sure ketupat pulut tak nak yang ada kacang, baba nak yang berkacang jadi selalu veto power lah. Kalau shopping groceries, satu trolley tu diorang dah tahu apa nak di penuhkan. Siap duit saja lah. Itu kelebihan anak2 perempuan, hehehe.

Nasib baik tahun ni tak payah tukar curtain sebab masih elok baru je tukar tahun lepas. Tak lah aku nak teruk dok jahit malam2 nak sudahkan curtain semua. Aku jahit sendiri sebab design yang senang2 saja. Hubby tak berapa suka yang beropol sana sini, jadi tak lah susah nak buat.

Dah boring semalam tu aku buat je lah kuiz yang aku jumpa kat blok CikNi. Entah betul entah tidak result tu mengenai aku. Yang pasti kalau aku boleh ceria selalu aku suka. Sebab life is too short to mop around.

Your Blog Should Be Yellow

You're a cheerful, upbeat blogger who tends to make everyone laugh.
You are a great storyteller, and the first to post the latest funny link.
You're also friendly and welcoming to everyone who comments on your blog.


Dan lagi, walau aku tak buat tribute kepada Datin Sri Endon, aku sedih jugak dengan kembalinya Beliau ke Rahmatullah. Adalah sedikit Alfatehah aku hadiahkan kepada rohnya. InsyaAllah di tempatkan bersama orang2 yang Solehah. Amin...

HAVE A GOOD WEEKEND EVERYONE.

15 comments:

Mas said...

wah, mcm2 budak tu nak mkn. Dapat mak yg pandai masak ok ler kan.untung gak ada anak2 pompuan kan, esok senang ajak ke dapur.

anggerik merah said...

AuntyN, kalau buat open hse for raya..lega.. sebab ramai assistant..tu yg untungnya..

Anonymous said...

baju selalunya kami tak kisah sangat berbanding dengan menu raya ;)

tahun ni alhamdulillah dapatlah beraya dengan keluarga.

Ely said...

haaah, anak dara kecik yang kat rumah tuh kata tahun nih duit raya hanya $20 jer lah compared tuh beratus time kita balik singapore tahun lepas. aper nak buat, nasib org merantau!

atiza said...

rasa2nya result quiz aunty tu betul la..

Ni said...

baju raya cikni 4 psg tapi 2 dah terpakai hari tu heheheh

sebenarnya baju kurung kena banyak sebab orang pergi opis hari2 pakai baju kurung, maklumlah keje gomen. Lepas tu kena beli batik, tp fulus takdak, kenalah beli batik tipu (corak je batik tapi kain biasa)

baju raya auntyN berapa pasang? melaram habih lah kot no... baju warna kuning sempena warna blog ka?

Anonymous said...

untung auntyN ada byk assistant :)

Jo Kontan said...

AN,

Lepas weent thru Cikni punya post pun kita go thru the test

Kita pun sama Yellow jugak.?

Anonymous said...

u know what AuntyN? i know u will definitely miss their gelagat when all of them grow up and have their own family in the future hehe

Anonymous said...

adik beradik pompuan ramai syiok hehehe.. mcm saya skangni.. sbb kak long kan hehehe..keje dahkurang sket sbb adik2 yg buat byk hehehe..tapi dedulu masa dorang kecik2 ..kene la tolong mak kan.. :)

aNIe said...

Aunty N...heheh...macam2 kerenahkan bebudak ni bila nak raya...anak lady pun beli baju tak banyak..cuma beli lebih untuk sikecik tu..sebab nanti kalau balik kg...nenek dia nak cucu-cucu dok umah pun pakai baju baru...so kene lah beli lebih sikit...sebab memang jarang beli baju dia..kuih pun lady beli je...hubby kata buat leceh...& langsir...sama lah kita ..jahit sendiri...buat yang simple ropol2 ni menyemak je...kalau umah besar tak pe lah jugak....

Anonymous said...

Kak N,

Biasa la tu... raya tinggal tak sampai 2 minggu lagi kan. ;)

Weekend baru ni sempat pegi shopping bahan nak buat kuih - dah siap pun 2 jenis semalam. Then nak buat serunding ikan bilis pulak.. nak siapkan order orang sebelum sendiri punya order.. hehehe..

Dah melepek dah ni.. adeh!

Pnut said...

wahh terrer aahh jahit langsir sendiri...

kita tempah je langsir, tak reti..memasak rasanya boleh lagik, tapi kalau jahit menjahit ni, fail betullah, tu ler dulu tak belajar amik SRT...

shidah said...

takpe AN, last minute shopping lagi excited kan?

AuntyN said...

Mas dan Anggerik : Penuh dapur dgn asst. semua tu. Sampai berlanggar bontot.

crimson : Alhamdulillah dapat beraya dgn keluarga.

Ely : at least ada duit raya tu walaupun cuma $20 je kan?

Jin : amboi offer kat kak long je ke? Untuk Ibu tak de ke? hehehe

Atiz : Mungkin lah kut hehehe

CikNi : 4 pasang? fuyooo meriah tu. I ni belum lagi plan nak beli ke tak.

Tj : Sama lah kita sama2 menjadi penghibur di alam maya ye?

atasya : I sure WILL miss them when they are no longer with me..

ayu : best ada anak pompuan ramai tapi kesian uncle tak de geng.

kak lady : betul tu, senang hidup sikit bila beli je kueh tu kan? (read : malas nak buat tu hehehe)

audra : hantar sini sikit serunding tu OK ke?

Pnut : alah yang jahit straight je bukan ada apa2 patern yg susah atau beropol sana sini tu. Yg complicated kena hantar kedai lah

Shidah : setiap tahun last minute pun. Excited pun ada, panic pun ada sbb rush bershopping tu heheh