October 14, 2005

Yang Tu..........................Priceless

Dua tiga hari lepas berbuka kat rumah kami ramai sekali. Sebabnya, keluarga aku dah 6 orang anak beranak, mak, bibik, adik aku S, anak dia W dan anak sedara aku Ina. Jadi 11 orang semuanya. Seronok berbuka ramai2. Dah jadi kebiasaan hidangan campur-campur, ada yang beli ada yang dimasak. Yang tukang beli tu hubby lah. Kalau sapa2 datang antara pukul 5.30 petang sampai time berbuka tu riuh rendah dapur aku. Semua anak2 dara dan mak2 dara masuk dapur. Sorang bancuh air, sorang goreng sayur, sorang panaskan lauk, sendukkan nasi, hidang etc, etc. Sampai kadang2 tu tergesel bontot semasa lalu lalang dalam dapur tu. Tak pe semua sesama muhrim, tak batal puasa pun hehehe.....

Dah ramai2 tu, dengan harga makanan yang dah naik ni, sehari kami spend RM30 untuk beli makanan untuk berbuka. Anak2 aku memang "pandai" makan, si W tu besar orangnya selera pun besar, sekali makan 2 ketul ayam dia sorang saja. Tak kisah lah sebenarnya, kami kira sedekah je. Besar pahala kan menjamu orang buka puasa ni.

Dah 2 hari tengok hubby beli cucur udang, aku pun plan nak buat cucur udang lah petang semalam. Cucur udang yang hubby beli tu yang jenis diorang atur 2, 3 ekor udang kat atas tepung tu, jadi rasa tepung sajalah kalau kena kat tempat tak ada udang tu. Aku tak bagi tau pun plan aku tu kat hubby, sebab ingat on the 3rd day mungkin tak beli dah. Tengok, tengok dia beli jugak.

Sampai je rumah aku dah ayak tepung, potong bawang, daun bawang, campur taugeh etc, etc. Lepas tu suruh Syia tolong gorengkan. Syia pun kata dia lebih suka cucur udang yang mama dia buat dari yang beli. Dia kata yang mama buat sedap !!!. Kembang semangkuk aku yang dah memang kembang ni...

Masa berbuka, aku tengok memang lah cucur udang aku lebih mendapat sambutan dari yang di beli. Sekejap saja dah nak habis dah dari dalam bekas tu. Hubby then dok promote lah, sambil offer cucur udang yang dia beli tu kat adik aku, W dan Ina. Semua diorang tolak je.

Hubby : Ni cucur udang, chef dia orang Kelantan. Sedap ni....
Satu 5 kupang.

Sambil hulur kat S.

S : Tak pe, tak pe, yang ni ada. Lagi sedap.
(Sambil tunjuk yang aku gaul tu)

S : Yang ni chef........kat rumah ni. (sambil tengok kat aku)

Aku : Yang tu .............................priceless!!!!

Heheheh .................Ingat senang nak dapat pujian? Puji diri sendiri lah.

35 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

La... auntyN kena spam!

cikni

aNIe said...

AuntyN...abih saper lagi nak puji kalau bukan anak2 kita...hubby ni kadang sajer2 tak nak puji...nanti dia kata takut kita kembang...

Anonymous said...

AuntyN...sonok eks... rasa terbayar segala penat lelah.. :)

Anonymous said...

saya dok baca pun sengih sensorg. heh. tahniah cucuq udang aunty lebih laku nmpk gayanya.

Anonymous said...

auntyn, cucuq udang tu bole pos mai sini dak? ;)

Bergen said...

A friend of mine, used to be a chef at Sri Carcosa, introduced me to dip cucur udang dalam asam pedas semalam. She served this as appetizer at her cafe (at that time in Taman Tun) and it was a hit. She placed the nicely cut cucur udang dalam medium sized piring, the asam pedas she placed it dalam nice, cute bowl. The presentation is biasa but the taste, heavenly. I understand this is normal Johorean breakfast.

AuntyN said...

CikNi : Spam lah yg tak sabar2 nak komen sbb dia tak posa hehehe.

Kak Lady : Tepat sekali, anak2 puji sbb nak suruh mak dia masak selalu tu.

ayu : memang seronok, rasa la, la tu jugak nak pi goreng lagi tu hehehe.

fatihah : Alhamdullilah, laku semuanya. Terimakasih...:-)

noha : nak post pi mana tu ? bak mai address, tapi kalau dah berkulat tak jamin dah OK?

AuntyN said...

bergen : apa nama Cafe tu, nanti nak pi try. Sounds yummy tu...

Anonymous said...

Cucur udang,kari siput sedut, mee udang.. semua masuk senarai.Nanti jumpa AuntieN, saya nak rasa!Mybe bulan 12 saya p Penang, ada konferens, nak jumpa AuntieN boleh tak? Kalau boleh lah..

EM

Anonymous said...

Heehehehhe.... diorang dah sangkut ngan air tangan Kak N tu sebab yang puji bukannya orang selalu puji kan? Sebab tu la priceless.

Takut lepas ni jangan pulak hubby Kak N takmo beli cucur udang Chef Kelate tu dah.. dia dok hari hari suh Kak N buat.. hmm boleh bukak kedai lepas tu Kak N! ;)

Bergen said...

The cafe dah pindah to some where in Kampong Baru, now it's called Orange Cafe dulu masa kat Taman Tun was Mitasha.

Mas said...

Auntyn, ada apa2 ke Uncle Z suka mkn cucur udang tu? Kena siasat betul2 siapa yang jual tu.Bahaya ni.

Anonymous said...

Actually, kalau pandai buat kuah asam pedas, boleh dip dengan cucur udang (this is not new in my family), roti, atau biskut lemak, or campur dalam bubur nasi (yang bubuh santan tu), takpun makan ngan nasi la kan.. ;) And lagi satu, grill ikan pari or kembung or cencaru or apa apa ikan la, dalam aluminium foil dengan kuah asam pedas ni, bubuh la kacang bendi ke kacang botol ke, pehhh.. terangkat!

MA said...

wah..sedapnyer, bergoyang iman tgh posa ni.

pasal cecah asam pedas, org Johor memang kalau boleh seme benda nak cecah asam pedas. Serupa macam org Penang semua benda nak cicah kari.

I makan macaroni dgn asam pedas.

Best tahu...

Bergen said...

Should serve this in Milan or Rome. I bet you, Mak Andeh, will start a pasta revival that will see your name in history of famous chefs. Tabor sikit parmesan cheese and tarok daun2 sikit mesti sempoy. Kalu bayar lebih sikit boleh bagi roti prata sapu garlic butter. I'm dizzy already.

Kak Teh said...

dah baca ni nak buat cucork jagung lah! udang susah nak pi cari pulak!

Nazrah Leopolis said...

alamak lapaq cucorq la pulak.

how to make cucorq jagung ?

i am guessing, flour, egg, santan, sweet corn, salt and sugar. betul?

cucor udang ala aunty N terangkat seh...

AuntyN said...

EM : Bulan 12 berapa haribulan, cakap cepat sikit takut tak de kat Penang tu. Please come, orang penang semua peramah. Nak try semua? Insyaallah kita cuba bagi OK?

pb : cucur udang memang kegemaran sekeluarga tu.

Audra : Hehehe, betul tu dah dok hint banyak kali dah tu...

bergen : nanti try pi cari.

Audra : isyy terliur dah ni..

MA : Betui lah, hehehe

bergen : good idea business idea ni, foccacia + cheese with asam pedas, hummpp yummy no. Tapi asam pedas kena bubuh basil leave, oregano and banyakkan tomatoes, baru jadi Asam pedas Italiano style no...

Kak Teh : Buat cucuq jagung dgn kobis kak teh terangkat tau sedap. Just tukar taugeh dgn kobis yg di hiris nipis2 dan halus2. Semalam anak sedara I buat sedap lah...

Mas : hehehe, nakkena pi tengok ni no...

Anonymous said...

ingat lagi masa kecik2, makan lempeng cecah asam pedas semalam yg diperangatkan, sampai pekat kuah dia...iiskk...sedap betul!

auntyn, nanti ajar camne nak buat cucr udang yek, nak dapat tang lembut tu camne nak buat?

AuntyN said...

Nazrah : masukkan jagung ke dalam tapung bancuhan cucur udang tu jadilah cucur udang berjagung, Sedap tau.

Noha : Pi korek archive AuntyN's recipes kat situ ada tu

Anonymous said...

noha, sampai skarang la family saya mcm tu, lempeng cicah asam pedas ... yummmm!!!

AN, sampai sahur ke cucur udang chef kelantan tuh?

AuntyN said...

azfa : betul tu masa sahur ada lagi belen cucur udang chef kelantan tu hehehe

uDA said...

mak aii meleleh air liur dok sembang pasal makan makan masa bulan posa nih.

hasben-hasben ni tak tau..pujian depa buleh bikin para isteri makin bersemangat untuk memasak. hehe. ini..sendiri masak, sendiri puji dalam hati. ekeke

AuntyN said...

Uda : teramatlah betul.

Jin : Siuman nye komen hari ni hehehe, ni mesti pasal puasa hari ni kan hehehe.

Kerana kesudian Jin untuk memberikan pujian itu, saya amatlah berasa senang hati. Lain kali akan saya pinta pujian2 lain dari kamu Jin.

Anonymous said...

Konferens pd 12- 13 December. Saya sedang tunggu approval penaja samada boleh balik ke tidak. Macamana nak contact AuntyN ya? Kalau AuntyN busy,it's ok. Pasal makanan tu, saya mengusik aje.

EM

AuntyN said...

JB : Boleh, tapi kalau tak sampai jgn marah ekk? Sbb orang DHL dah bedal semua tu hehehe

Anonymous said...

alamak, terliur lah pulak.. immediately keroncong tunes bergema dlm perut :)

anggerik merah said...

Petang nie boleh buat cucuq udang gak lah

Ely said...

oooh bestnyer cucur udang! mesti sedap auntyN punya cucur udang!

Anonymous said...

AuntyN,

Ni pukul 4:27, hari ahad. Baca terus terliorq. Nak swoh Maam buat udah tak sempat nii.. Belilaa.

MA, Macaroni ngan Asam Pedas.. Whoa !! fusion tuu. Bley try nanti..

AuntyN said...

cyberdad, sorry lah kalau sampai berkeroncong perut, :-)

Anggerik : cubalah, nak resipi pergi blog resipi tu ada kat sana dalam archive.

Ely : senang je nak buat tu

Tj, 4.27 ptg? apa pulak tak sempat, I reached home pukul 6.00 ptg, masih sempat buat lah untuk berbuka tu..

Nor Razi said...

AN

Saya kalau cakap sedap tuh pasal nak suruh my wife buat lagi....kekekeke

AuntyN said...

Budak : yang priceless tu pasal wife lah yang buat, sedaappp tu.

Anonymous said...

What a great site Filtron coffee makers Neoprene seat covers car Home circuit breakers Levitra actress tv commercial zyban drug information Adipex ptabs Hotels in old towne new mexico Bookkeeping loan and mortgage table peugeot electric pepper mill Instrukcja peugeot 405 combining neurontine and ultracet 2001 oldsmobile alero+exhaust pipes Gmc 1995 sierra z71 Keyword celexa zoloft baikalguide Zocor order cheap best price ink cartridge Cubase vst payday loans http://www.video-keno.info/Refinance-cheap-additional-refinancing-resources.html Free hardcore asian sex movies