April 30, 2005

Down Memory Lane - USM

Lepas dah dapat Diploma (dan steady boyfriend) from ITM, aku apply nak masuk Universiti untuk buat degree. Aku memang plan tak nak kerja lagi nak sambung belajar takut nanti terus tak sambung dah bila dah dapat merasa duit kat dalam tangan tu. Tu yang aku tak nak kawin muda-muda tu, pun takut jugak nanti tak terkejar ijazah dah sebab dah sibuk dengan rumahtangga, suami dan anak-anak. Sampai hari ni pun aku langsung tak menyesal dengan keputusan aku tu.

Oleh kerana aku nak balik duduk Penang, dah lama dok merantau belajar ni, JB, kemudian Shah Alam, aku bubuh, the first 4 choices di USM saja lah. Tapi bila dapat surat tawaran, aku di tawarkan BSc & Pendidikan. Adoi, aku ni tak nak pulak jadi cikgu, walaupun ayah aku seorang guru dan di katakan sebagai profession yang mulia tu. Tak boleh aku imagine aku jadi cikgu tu. Yang aku ingat aku tak pun mintak course tu, BSc ada lah tak pun bubuh Pendidikan kat situ tu. Dek kerana dah tak dapat tawaran lain (satu je lah dari UPU tu), aku pun masuk je dulu daftar BSc, (Pendidikan). Aku dah plan, bila masuk je aku mintak lah tukar ke BSc. (Pure Science), kalau dapat tukar lah, kalau tak dapat, memang rezeki aku nak jadi cikgu lah nampaknya. Masa tu Tan Sri Dr Koh Tsu Koon adalah timbalan dekan fakulti pendidikan. Dia ada bagi taklimat kat pelajar baru masa kami baru masuk tu.

Alhamdulillah permohonan aku nak tukar kursus diterima, sebab ramai nak tukar dari Science ke Pendidikan, orang nak jadi cikgu aku tak mau. Manalah elok aku ni yang asyik dok mengorat orang ni jadi cikgu ni kan. Habih haru biru pulak sekolah jadi skandal pulak kut, sebab tu agaknya Tuhan tunaikan permintaan aku tu. Tapi bila aku dah masuk USM tu aku dah tak mengorat orang sangat dah, (boyfriend aku masuk USM jugaklah itu sebabnya, kena jadi bersopan dan berhemah lah tu, hehehehe). Dah tukar course tu, dah pulak kena tarik biasiswa, JPA tariklah sebab biasiswa tu untuk pendidikan. Dah tak de biasiswa, macam mana nak mengaji ni, ayah aku bukan orang senang dia cikgu saja, dah pencen dok struggle dengan business dia tu, adik beradik pun ramai jugak. Kena apply MARA loan lah nampaknya, nasib baik dapat tu.

Sebab aku orang Penang, aku tak dapat duduk asrama (walaupun aku ni sebenarnya orang Seberang), masa tu belum ada jambatan, kalau nak berulang dari rumah aku, penat di jalanan sajalah tu, duit bas pun teruk jadinya. Aku kena cari rumah sewa pulak tu. Nasib baik boyfriend aku ada cousin di Gelugor. Cousin dia ni 2 beradik (Kak Hanim dia ni dah arwah, breast cancer 10 tahun lepas, dan adik dia kami panggil Pak Teh). Pak Teh ni beza umur cuma 1 hari dari my hubby tu, cuma adik beradik dia panggil dia Pak Teh sebab dia sorang anak lelaki dalam keluarga dia yang putih yang lain semua kulit mamak. sebab memang diorang keturunan tu. Dia anak bongsu dan masih eligible lagi sehingga sekarang (ada orang nak tackle?).

Kat rumah diorang ni semua orang bujang yang duduk, sebab mak bapak diorang ni dah lama meninggal. Kak Hanim kerja kat bank, Kak Lang kerja kilang, aku, Pak Teh, kawan Pak Teh, boyfriend aku (hubby la ni) pun asyik bertenggek juga lah kat situ (rumah dia pun kat seberang jugak) kalau dia ada lecture awal pagi atau lambat sangat tu. (Atau mungkin dia takut depa tackle aku pulak tu hehehe). Pak Teh ni memang kaki mengusik. Kak Lang lah yang selalu jadi mangsa dia tu, masa orang tu kat bilik air malam, dia kat luar main ketuk2. Terjerit2 lah Kak Lang ni. Dekat2 nak raya atau April Fool ke dia ikatlah mercun lidi yang kecik kat pintu bilik air, almari, pintu bilik. Bila tertarik tu meletup lah, melatah lagi Kak Lang. Dia buat jugak kat aku sekali masa mula aku duduk situ , tapi aku buat tak tau je so dia dah tak boleh nak usik. Ada sekali blackout, semua orang tak ade kat rumah, Pak Teh, kawan dia keluar makan, Kak Lang kerja shif malam, Kak Hanim belum balik kerja, aku tinggal sorang kat rumah, jadi aku tidur dalam gelap saja, lilin pun aku tak pasang sebab takut aku tertidor nanti kebakaran ka apa. Aku make sure semua pintu terkunci dan kunci pintu bilik sekali. Bila diorang balik Pak Teh dok ketuk2 tingkap aku, mengusik lagi lah tu tapi aku buat derk je lah. Lepas tu dia tak pernah lagi usik aku, dia cakap kat hubby aku dia respect aku boleh duduk sorang2 dalam gelap tak takut tu.

Walaupun kami sama kampus, hubby dan aku ambik lain2 course. Adalah yang sama macam kuliah2 minor gitu, tapi bila kat kelas kami tak duduk sama, jadi dia duduk dengan boys aku duduk dengan the girls lah, jumpa kat luar bilik kuliah pun macam kawan biasa saja tu. Jadi hanya kawan2 terdekat saja yang tahu kami ni couple. Aku dah tak menackle orang lagi dah masa tu. Dah jadi orang baik dah tu, selamat teruna-teruna USM masa tu.

Third year and final year aku pun dah tak tahan nak duduk kat luar dah, lagipun Kak Lang dah nak bertukar kerjaya menjadi suri rumah sepenuh masa, Kak Hanim dah kena tukar ke KL, takkan aku nak duduk dengan anak-anak teruna pulak kan, skandal, skandal jadinya nanti. Tup tup salah haribulan kena cekup dengan Majlis Ugama, tak nak lah malukan muka mak bapak dan muka sendiri ni. Nanti terfemes pulak muka masuk newspaper. Aku apply masuk duduk hostel, aku dapat duduk kat asrama kayu, Asrama Aman (block yang dua tingkat tu). Dah tak ada dah block2 kayu ni dah ditukar ke batu semuanya. Budak-budak yang baru masuk sekarang ni dah tak tau dah yang dulu ada asrama papan tu.

Masa 4th year, abang aku yang tinggal kat Shah Alam dia kata nak jual kereta Honda Civic dia, aku kata jangan bak sini aku pakai, apalagi lagi panjanglah kaki aku tu. Weekend, kalau tak balik rumah aku, aku dengan beberapa kawan pompuan akan ronda-ronda lah, kami selalu pi Batu Feringghi lepak-lepak kat beach hotel (beachnye saja) mana ada duit nak gi disco ke, club ke, coffee house ke. Dak pun kami dah letih round tu bila rasa nak ke guna toilet tu , Hotel Rasa Sayang tu lah jadi tempat singgahan kami tu. Kami buat derk je lah bila orang yang masuk keluar hotel yang well dressed tu tengok kami yang berpakaian selekeh ni. Segala-gala expenses kami share ramai2 lah. Sekali kami bercadang nak pi celebrate new year kat Gurney Drive, start kereta tak boleh, tolak pun tak nak start jugak. Jadi kenalah abandon plan, tetapi sebenarnya Allah lebih mengetahui, kerana pada tahun tu banyak kereta yang kena pecah cermin masa celebration tu. Alhandulillah kami syukur sangat bila tau berita tu.

Entah2, you all mesti ingat, aku ni asyik main je, tak graduate in time agaknya. Kat USM tu you can be there doing your first for 7 years. Sekarang tak tau pulak lah dia punya rules dah tukar ke belum. Ramai jugak yang senior-senior aku yang grad sama atau selepas aku. Aku graduate in 4 years, seperti yang ditetapkan. Main-main jugak, belajar tu tak tinggal. Bila graduate, ada senior bagi tau kata Chemistry School nak pakai tutor. So aku pun pi jumpa dekan, dia ni orangnya kecik aje, semua orang takut sebab tak pernah senyum, tapi punya lah baik masa aku jumpa dia tu. Dia siap kata kat aku aku boleh start straight away the followingMonday and to take that as a stepping stone. So aku jadi tutor sambil aku mencari kerja-kerja lain, pi interview balik interview, macam tu lah sampai aku dapat kerja pertama aku. Ada lah satu time tu aku ingat masa Chem School buat gathering, lecturer and students, ada lah sorang lecturer ni, Dr H, tanya kat aku, awat aku tak kawin lagi. Soalan ni timbul sebab ada sorang kawan aku dia baru kawin, masa dia final year sama dengan aku tu. Husband dia dah grad dan dah keja so OK lah, aku sama-sama baru nak grad masa tu nak makan apa, takkan nak suruh mak bapak tanggung lagi kut. Aku ni ingat dia tau kata aku ni ada boyfriend (sebab dah low profile sangat dengan boyfriend, ada jugak yang tak tau kata aku dah "berpunya"). Aku ni, jawab lah, "dah orang lelaki tak mai pinang aku macamana nak kawin". Betui lah aku cakap tu sebenarnya, Dr H ingat aku tak ada boyfriend. Esoknya, ada lah sorang lagi lecturer, mai bilik aku, aku naik suspense sebab dia masuk mintak permission nak tutup pintu, dia ni lelaki dah kawin pulak tu. Aku tau dia ni baik tapi, tau sajalahkan....... dah berduaan tu yang ketiga tu....... Dia ni sebenarnya nak promote aku dengan sorang lecturer yang baru balik overseas tu Dr Wan S. Ni lah orang kata sebab pulut santan binasa ni. Aku terus teranglah kata aku ni dah ada boyfriend, baru lah dia keluar. Bila la ni kalau aku jumpa Dr Wan S tu aku senyum sendiri je lah. Aku pun tak tau dia tau ke tidak ada kawan-kawan dia yang nak tolong dia cari jodoh tu.

La ni da banyak building-building yang baru tumbuh kat USM tu. Basic structure masih macam lama jugaklah, Library dah 2, Canselori dah berubah tempat dan lain2. Tapi pada aku USM masih posh lagi sebab dia tak mendatar, berbukit-bukit, cantik permandangan dari VC rock ke laut tu. Kenangan di USM ni di "trigger" oleh kerana aku jumpa Puteri hari selasa hari tu. Aku ada appointment di Penang so aku ambik the oppportunity untuk jumpa dia lah. Aku kenal dia melalui blogging jugak lah. Dia banyak jugak tolong aku pasal blog-blog ni, maklum lah nak jadi pensyarah kan. Dia masa chat kat tag si Joe tu nampak macam kasar orangnya, tapi bila jumpa personally tu baik sebenarnya, rasanya dia ni jenis yang tegas gitu. Sesuailah dia ni jadi lecturer tu. Nampak dia dalam gambar kat blog tu gelap sikit dari kat luar. Kecoh kami dua orang sembang kat Pizza Hut, dah lah tu di selangi oleh phone calls dari Iza dan Delinn tu.

20 comments:

alia said...

wahahahha suspen la gini kalau nak jumpa AuntyN...

"kasar ajer...tapi biler dah jumper"..

kalau saya apa aa????

atiza said...

semlm terasa2 nak call aunty n masa kat penang tapi manader phone number aunty..

*tepok kepala* appara..

AuntieYan said...

N,seronok baca cerita macam ni...
Kenangan macam ni memang susah nak dilupakan. N, rupanya hang ni pun boleh tahan jugak dok ngorat orang sana-sini....!

atenah said...

chewaaaaaah, puteri kena promote lagiiiii. AuntyN ni mmg boleh tahan :)

AppleB said...

aiyoohhh...tgh syok baca flash back pasal AN dulu-dulu. tetiba tang bawah menyelit lak nama 2 anak gadis yg terbz body nih.

nama yg dipamerkan tu utk promosi mencari jodoh ke AN?? ehheehhe

AuntyN said...

Bat, suspens jgn tak suspens, mesti ada lah tu, hahaha.

Atiz, awat tak habaq nak mai, nak habaq camna no?

Kak Yan, susah nak buang tabiat lama tu, la ni pun kalau ada peluang boleh lagi tu, especially depa kata sora macam anak dara ni, hahaha.

Atenah, balik nanti mai jumpa aunty and nak promote tang mana habaq mai. My marketing skill is superb tau, hehehe

AuntyN said...

Applepie, tunggu entry akan datang, Ok?

Orgkampung said...

aunty...ari tuh pi penang memang lalu kat usm..memang cantik..so buleh relate la ngan citer aunty nih..elehhh...konon cover line la tak duk sama2 masa lecture ya..hehehe..aunty punya crite memang best....

AppleB said...

Uihsshs!! nak kena tunggu entry akan datang ke? Suspen nih *mengigil lak kepala lutut* :D

Anonymous said...

Betul ke puteri lembut orangnya AuntyN?? :)

Nice story...

Om

coklat~vanilla said...

emm..tingat lak kenangan ngan kengkawan kat usm (utk student yg amik exam besaq, kami akan dihantar ke usm utk Program Cemerlang Akademik).VC rock tu mmg tempat peberet lepak coz pemandangan cantik selain pot deting couple2 USM ni..(cuci mata jer)hehehe

AuntyN said...

Orgkampong, USM memang cantik.

Apple, tunggu tau.

Om, :-) Trust my word on this. Don't be fooled by her words at the tag.

Cempakabiru, USM jugak ke?

JoeBangla said...

"Tapi bila aku dah masuk USM tu aku dah tak mengorat orang sangat dah,....." itu kena elaborate sikit tu tuh :-)

AuntyN said...

Joe, nak elaborate camna tu? :-)

Puteri, :-)

Anonymous said...

I am wiser on this subject now that I've read your blog.shopping online san diego More info here shopping online san diego

Anonymous said...

Nice site!
[url=http://mbrfmplg.com/hyhk/qdqi.html]My homepage[/url] | [url=http://miwswzpu.com/xfbr/okzq.html]Cool site[/url]

Anonymous said...

Great work!
http://mbrfmplg.com/hyhk/qdqi.html | http://rnqqzjwh.com/lska/xojz.html

Anonymous said...

classmate math

Anonymous said...

Best regards from NY! » »

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Online black jack poker Blackjack zasady gry Kitchen table wisdom Chiminea patio heaters celebrex clinical trial Play+free+keno license plate frames whorses Cash accounting software play black jack online 20 Blackjack hentai south dakota lesterville laser tatoo removal Narcotic pain relief no prescription leahbracessmall tits leah luv cutetiny sweet Mtv movie awards 2002 jack black video Richmond kia dealer Venlafaxine stories Toyota truck service publications Gay saunas massage in shropshire Blackjack casino show California lotery winning numbers