March 13, 2005

Hari-Hari Yang Ku Lalui

Sabtu dan ahad adalah merupakan hari-hari yang sibuk bagi ku setiap minggu. Pada hari-hari ini aku adalah isteri, anak dan ibu sepenuh masa. Jadi rutin ku menjadi seperti suri rumah yang lain-lain jugalah.
Selepas solat subuh, kalau ianya hari sabtu bekerja, aku akan sediakan minum pagi untuk suami. Dia minum nescafe O je pagi-pagi tu. Kalau tak kerja then full breakfast lah. Lepas dah hantar hubby pi kerja, nak kena hantar yang bongsu, Sya, pergi kelas mental arithmatic bermula pukul 8.00 pagi pulak. Kemudian terus ke pasar beli barang2 yang nak di masak untuk lunch & dinner nanti. Oleh kerana emak ku tinggal bersama kami selepas ayah pulang ke Rahmatullah, kami mesti mempunyai makanan tambahan just in case ada tetamu. Sebab week-end selalu lah ada sedara yang datang melawat emak.
Balik dari pasar, elok-elok pergi ambik sya dari kelasnya. Pukul 10.30 pagi kawan2 sya akan datang untuk tuisyen English sampai pukul 12.00 tgh.
Lepas tu barulah mula nak masak. Masak je lah apa yang patut.
Hari ni lain sedikit. Sebabnya aku nak ke KL esok sehingga hari selasa. Jadi aku siap-siap beli barang-barang dapur kat pasar malam Jumaat. Tak payah lagi dah aku nak pergi pasar pagi tadi. Boleh lah masak awal sikit pagi tadi tu. Dekat pukul 1.00 ptg aku fikir nak pergi basuh kereta sebab nak travel esok tak lah teruk Cik abang sayang aku kena basuh kereta esok. Dia memang macam tu, kalau aku nak travel outstation dia akan pastikan kereta aku diservis dan di cuci dengan elok. Sehinggakan ada sekali, staff aku tanya kat aku, "Cik N, tukar tayar baru ke?" "Tak lah, my hubby cuci tadi tu". Aku tahu dia buat macam tu sebab dia nak pastikan keselamatan aku, kerana dia sayang kat aku.
Hari ni pulak ada kenduri kawin so lepas dia balik kerja kami pun pergi lah majlis tu. Anak cousin hubby yang kawin tu. Hubby kata bawak kereta akulah boleh pergi servis sekali.
Dah balik aku pun ambik hos getah siram pokok sekeliling rumah. My hubby memang suka pokok so banyak lah pokok kat kawasan rumah. Pokok durian dah berputik tapi ada la yang jatuh. Tak tahulah banyak mana nak lekat nanti. Pokok rambutan pun kebanyakkan dah berbunga. Beberapa tahun ni kami dah tak payah beli buah rambutan dah. Malah banyak juga yang di beri kepada saudara mara. Kalau nak makan rambutan datang lah rumah.
Petang pukul 5.00, sya akan ke kelas tae-kwan-do. Selalunya aku yang hantar hari ni dia kena jalan kaki sebab kami tak ada kat rumah. Balik pukul 6.30 aku ambik dia macam selalu.
Malam, dah nak sediakan dinner pulak. Since nak tinggalkan dua hari ni, kena lah masak masakan kegemaran dia. Hari ni masak kari parpu dengan telur, sayur buncis dengan karot, ikan goreng, ikan masin, sambal belacan dengan ulam pucuk putat. Kalau ada siapa2 yang nak try resepi kat bawah. Lepas tu gosok baju untuk hubby pergi kerje pada hari isnin dan selasa. Dah siap aku packlah barang2 aku untuk esok. Dah tu barulah aku mengadap PC.
Sunday, lepas brunch, tengok dulu lah apa program. Budak2 yang akan mintak bawak keluar, macam-macam excuse nak keluar rumah. Nak beli itu nak beli ini. Esok ada 3 orang anak2 aku akan ikut ke KL, cuma sya saja yang tak boleh ikut sebab dia ada kelas mental arithmetik ganti untuk hari ini. Hari ini dia ke sekolah kerana program motivasi pengawas sekolah. Dia sendiri yang tak nak ikut, kalau tidak kenalah aku drive MPV hubby ke KL. Walaupun boleh tapi rasa besar sangat susah nak parking lah dan macam2 lagi. Kereta senang lah sikit.
Tidak pun my mom will want to go visit someone. Adik beradik dia tinggal dia dan adik dia saja lagi. Yang lain dah meninggal 3 darinya tahun lepas.
Hari2 lain selepas balik kerja, selalunya aku tanya hubby apa dia nak makan. Dia tak berapa suka makan nasi so buat benda lain lah, salad ke, bihun goreng ke, mee bandung ke, apa2 yang ringan je. Semua aku kena masak sendiri sebab dia tak makan apa yang maid masak. Jadi kalau ada lauk yang terhidang aku kena cakap yang mana yang aku masak. Cerewet kan? Tak kisah lah dah biasa dah, lagipun kata orang air tangan isteri tu lah yang mengikat kasih sayang suami. Betul lah gamak nya. Kalau tak tak kan nak bertahan sampai 19 tahun dah ni. Tapi ini suami yang jenis macam suami aku lah. Dia memang cerewet tentang makan dari segala segi. Selalu dia komplain masakan aku tak sedap, walaupun orang lain dah kata sedap. He is my biggest critic in everything be it food, the dresses I wear, the way I speak, etc. Tak ada berlapik2nye kritik dia ni. Kalau tak betul apa2 mesti akan merajuk. Tak makan pujuk pulak tu, jadi kenalah selalu berhati2.
Tak adalah apa yang interesting dengan hidup aku kat kampung ni, cuma aku dan keluarga je yang menyambung rutin harian dari hari ke hari.

Sapa nak resepi?
Dah tengah malam dah, nantilah balik dari KL aku tulis lah resepi tu.

15 comments:

atenah said...

wow 19 years together and 4 kids, girls pulak tu, you are so blessed. ha nanti balik penang nak pekena mee bandung or sambal belacan aunty N, boleh?

JoeBangla said...

:-)

Kak Teh said...

auntyN, tu semua tu kritik sayang, tak apa. Ya, kalau ada resipi yang baguih-baguih hantarklah.

Anonymous said...

dah 19 tahun auntyN kawin..saya rasa auntyN pangkat Mak ngan saya.. :P

alia said...

aisehhhh... auntyn sowi sbab x mengizinkan lagi bertemu jodoh ngan aunty.. takpa len kali k..

NANI SHAHABUDIN said...

fuh! ikan kering, sambal belacan, ulam putat, raja, kadok, petai...tu semua buat anne makan nasi tambah 3 kali...kunyit hidup pun anne bedal. hantu ulam.
susah nak dpt isteri mcm u di zaman sekarang ni...

atiza said...

saya setuju ngan aunty..
H sometimes can be the worst critic..tapi best merajuk2 nih, nanti dia pujuk ;)

Traveler said...

Memanglah isteri Mithali Aunty N nih. Bertuahlah suami dapat isteri macam aunty yang mahu membahagia dan dibahagiakan.

I'm blessed to get to know my "Aunty Mithali" (terbayang laksa, nasi lemak, rendang, ulam & sambal belacan bila satu hari nanti ku dapat melawat Penang)..

Hope u made it home safe .. Om.

AuntyN said...

Tenah : boleh sangat, insyaallah kalau dah balik jangan lupa drop by. Kan dah tahu alamatnya kan.

Joe : thanks for the smile. Ko rindu kat mak ko ke?

Kak Teh : Kak Teh kita tukar2 resepi lah, kak teh bagi yang dari London, saya bagi yang kampung punya. Mesti best tu kan?

AuntyN said...

Hazwah : Nama pun aunty kan dah sahlah pangkat mak dgn cek tu.

Bat : Belum ada jodoh kan. Insyaallah lain kali.

Anne75 : Patutlah muka tu berseri2 rupanya suka makan ulam2. Terimakasih atas pujian tu. Semua isteri boleh jadi macam tu kalau dapat suami yang baik

AuntyN said...

Atiz : My hubby tak makan pujuk, so kena biar dia baik sendiri. Kalau dah merajuk susah sebab langsung tak makan atau minum apa yang aunty saji.

Om : Dah duduk sebumbung tidur sekatil kena lah give and take. Jangan memuji sangatlah (walaupun aunty tahu apa motifnye...) Yang ditulis tu from my perspective je kalau tanya hubby mesti banyak yang kurang lagi. Aunty doakan Om dapat isteri mithali jugak.

Anonymous said...

AN... nice meeting U... u so kind n friendly... :)

~xmen~

Anonymous said...

AN... nice meeting U... u so kind n friendly... :)

~xmen~

Lollies said...

19 years...wow!

AuntyN said...

Yes Lol, will be "celebrating" our 20th annivesary at the end of this year. Alhamdullillah