March 18, 2005

Jom Masak-Masak Dengan AuntyN

Hari tu kata nak bagi resepi, ini lah dia resepi yang aku masak hari sabtu dan ahad sebelum ke KL tu. memang resepi orang kampung je. Kalau nak try sila lah. Kalau nak mai makan kena habaq awai, kut sat ni tak dak kat rumah ka, atau tak dak bahan2 nak masak ka.

1. Resepi Gulai Parpu Dengan Telur

100 g kacang parpu ( direndam sampai kembang)
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 biji ubi kentang di kupas dan di potong 2 atau 4 (ikut sizenya)
3 biji telur
2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
1/2 inci halia
2 biji bawang putih
2 tangkai daun kari (karapule kata orang utara)
Sedikit jintan manis
Garam secukup rasa

Cara memasak
1. Toskan parpu yang di rendam tadi.
2. Masukkan ke dalam periuk, campurkan serbuk kari ke dalam parpu.
3. Masukkan air ke dalam periuk (2 cawan) dan rebuskan parpu bercampur serbuk kari sehingga parpu betul-betul kembang
4. Masukkan setangkai daun kari ke dalam periuk rebusan. Masukkan garam dan serbuk perasa (jika suka).
5. Apabila parpu sudah agak kembang masukkan ubi kentang ke dalam rebusan parpu tadi.
6. Potong atau cincang bawang besar dan "campakkan" ke dalam periuk.
7. Apabila parpu sudah kembang (dah nampak pecah-pecah dah) masukkan santan pekat. Adjust kandungan kuah mengikut citarasa masing masing.
8. Masukkan sedikit lagi air untuk membuatkan kuah agak cair sedikit dan agak sejuk (tidak panas menggelegak)
9. Pecahkan telur ke dalam kuah tadi, sebiji demi sebiji. Jangan kacau kuah untuk mengelakkan dari telur menjadi hancur dan membuatkan kuah menjadi terlalu pekat.
10. Apabila sudah mendidih dan telur yang di masukkan sudah masak, tutup api dapur.

Cara-cara nak menumis kari di atas.
Cara ini di utara dipanggil tumisan darat (tak tau pulaklah kot mana mai term ni).
Hiris bawang merah, bawang putih nipis-nipis. Halia di hiris halus memanjang.
Panaskan minyak masak (3 atau 4 sudu). Lebih enak dan wangi sekiranya ditambah sedikit minyak sapi (ghee, marjerin atau butter).
Goreng hirisan bawang, halia, jintan manis dan daun kari sehingga garing.
Masukkan minyak yang mempunyai gorengan bawang tadi semuanya (dan panas-panas) ke dalam periuk kari parpu tadi.
Tutup periuk kari sekejap.

Dah boleh hidang dah kari ini untuk di makan bersam nasi atau roti canai atau roti paratha.

Tambah enak kalau ada ikan masin goreng yang dimakan bersama kari ini.

Selamat mencuba. Kalau sedap beritahu kawan, kalau tak sedap diam je lah OK?

Note : For those who are not familiar with parpu it is actually kacang dhall. Orang utara panggil kacang parpu.

13 comments:

Traveler said...

Tak pernah dengar la kacang parpu ni Aunty N, kacang kuda ke.

I wish I can try it sometimes ...

Om

alia said...

heheh sbab i x suka makan kacang parpu nih.. takpa resepi dah sedap tu cuma tanak taruk kparpu jer..

AuntyN said...

Nek_ct : Nanti aunty cuba try tokai cari2 k.

Om : kacang dhall pernah dengar? sama lah tu parou = dhall. Orang utara panggil parpu.

Bat : Try je lah kut tersedap lak boleh buat koleksi resepi ni

Mutiara said...

auntyN
I nak try lah...but minus the karepole tu.
Parpu = dhal = lentil for those yg tak tau apa dia parpu.

Anonymous said...

Ni meleleh air liur ni.. nanti nak try lah.. bahan dia pun simple aje.

Baru tu kacang dal rupanya ya..


Om

Anonymous said...

mmmmmm sedapnyeeeeee.... leh terliur dibuatnye...

~xmen~

Kak Teh said...

ok - boleh try..at least budak tak jemu dengan daging masak kicap and ayam tomato! Thanks!

NANI SHAHABUDIN said...

roti canai and roti paratha apa bezanya puan N?

AuntyN said...

X : Kau tengok resepi pun dah sedap, atau sebab aunty puji kau melambung hari tu? Kalau rajin try lah masak baru tahu sedap ke tak.

Mutiara : Karapole tu just untuk bagi bangkit bau je, tak ada pun tak pa. Selamat mencuba.

AuntyN said...

Puteri : Yang aunty tahu tak ada lagi masakan ni kat restoran yang terdekat yang kita makan dengan roti canai kak kedai mamak tu. Ini resepi mak mentua dan mak aunty ni. Cuba suruh mak masak kat kampung.

Kak Teh : Stay tune for other recipes from time to time, insyaallah.

Anne : Kena tanya P Ramlee lah soalan tu. :-)

atenah said...

tomeh ataih daghat la aunty...yum...yum but alas i dont cook, nanti balik msia i try

meandbaby said...

thanks for the recipe...hmm kalau aunty N nak tau kuah parpu ni feberet pak Long saya..anytime kalau kitorg pegi umah dia..dia akan suruh my mom atau la ni saya la yang kena masak untuk dia..pak long saya ni kalau hari-hari makan kuah parpu ni pun tak pe...resipi saya lebih kurang sama tapi saya tak letak kentang and daun kari..tak pe lepaih ni boleh cuba version Aunty...thanks

Unknown said...

auntyN. i am trying out your recipe. parpu telur.i am a penang borne but right now im living in selangor. i crave for penang food once a while, so i find your blog very very helpful indeed. thank u. i recently tried "rasum". rasum kalau makan dengan parpu ni, sedap.. mawu tambah dua tiga kali ;) thank u auntyN