Semalam aku cuti sebab nak settlekan penghantaran borang IPTA kak long (anak dara sulong aku tu). Aku terpaksa tunggu kak long balik dari "kerja" (dia tolong jaga business arwah ayah yang sekarang di ambil alih oleh Pak Long nya, iaitu abang ku yang sulong). Minggu ini, kerani abang long ambik cuti bawak anak2 dia makan angin sempena cuti sekolah. Sambil menunggu apa lagi puaslah aku berinternet dari pagi ke tengah hari tanpa di ganggu oleh orang2 kat ofis.
Sebelum pi KL dulu dah go through dah dengan Kak Long mana kursus pengajian yang sesuai dengan dia dan juga keputusan peperiksaan dia. Suruh dia tengok betul2, then malam semalam tu discuss dengan baba dia tentang all the options yang nak ambik tu. UPU allows 8 choices being made within the form. Budak2 ni sebelum habis SPM dah kasi duit kat cikgu kat sekolah suruh beli borang UPU ni. Bila dapat result hari tu dapat sekali borang UPU, prospektif kursus yang di tawarkan kat IPTA yang di bawah UPU tu. Borang bank simpanan nasional pun di sertakan juga. Efficient sungguh dan sangat menyenangkan.
Dah isi semua, baba dia suruh aku check balik lah. Masa tu aku dok mengadap PC, ramai pulak yang tegur aku malam tu. Mula tu Puteri, then Omar yang tak nak tidor2, then MakAndeh sekejap. Lepas tu Delinn pulak. Terimakasihlah pada semua kerana menceriakan malam aunty.
Bila Kak Long balik dia nak mandi pulak, sekarang ni panas so memanglah asyik rasa nak mandi je. Lagipun kata dia kawan dia, Su nak join sekali, kena tunggu jap. Dah siap kami pun keluarlah. Mula2 pi BSN bayar duit UPU then pi post office nak buat Post Laju nak hantar borang. Aku biarlah depa dua orang ni buat semuanya sebab nak latih sikit jadi independent. Asyik duduk bawah ke***k je budak2 ni sampai semua nak suruh mama buat. Tak boleh jadi macam ni. So bila Kak Long tanya, Kak Long ke kena buat ni, aku jawab ye lah sapa punya borang? Bukan mama punya kan? Dia senyum je lah.
Lepas dah habis tu dia ada cakap Su apply polytechnic jugak.
Aku tanya : *Tak nak apply ke?*
Dia tanya aku balik : * Nak apply jugak ke?*
Budak bertuah ni ada ke tanya gitu, so aku jawablah.
* Apply lah, kalau tak dapat yang ni nak mengaji mana, spare je lah*
Kak Long kata Su apply online tapi kena bayar RM6.00 kat BSN.
Dah kena pi BSN balik, awat la jadi lagu ni anak aku ni. Poor planner betul!!
Nasib baik semua within same area je.
Nanti malam kita carilah website dia untuk buat application.
Selesailah sudah bab borang2, terus aku kata nak pi wet market, nak beli ikan dan sayur2, yang tak jauh dari situ.
That wet market is opened between 3.00pm to 7.00 pm. Yang ni orang panggil market orang kaya. Aku ni bukan lah kaya tapi pasal convinient and things are fresh, jadi kadang2 shopping jugaklah kat sini. Dulu selalu sebab ianya dekat dengan office. After office singgah market then balik masak.
Kat situ selalu banyak ikan siakap yang dah diap disiang, yang sedang tu RM7.50 seekor, yang besar sikit RM9.00. Aku beli 2 ekor yang RM7.50. Then beli udang 1 kati, kat sini mahal udangnya, se kilo RM25 ringgit tak berapa besar, cukup lah nak masak untuk hari ini dan esok.
Beli sayur2 pun dah dekat RM20, ni untuk 2, 3 hari stock jugaklah. Kat rumah ramai kena beli banyak sikit. Dua jenis sayur yang selalu aku beli ialah bayam dan kangkung. These are my family favourite vegies. Tapi hari ni beli kangkung kegemaran Kak Long tu saja.
Balik rumah solat zuhur kemudian tunggu solat asar sekali baru nak masuk dapur. Sempatlah bibik cuci semua ikan2 dan udang dulu. Baru dok start masak hubby pulak call tanya masak ke, I said baru start, dia gelak dan kata, dah expect dah pun. So he said that he will buy some nasi lemak bungkus kegemaran dia tu. I said OK lah, but still masak jugaklah.
By the time hubby sampai gulai udang dah hampir masak cuma dok tunggu ubi kentang empuk je. Sempatlah sendukkan untuk hubby makan gulai udang dengan nasi lemak dia tu. Nasi lemak tu lauknya macam-macam, sebungkus RM1.00. Hubby kalau makan 2 bungkus sekali. Tapi memang sedap. Orang yang jual tu pun dah kenal hubby dah sebab setiap kali beli 10 bungkus, tak pun 12 bungkus kalau ada anak saudara yang datang ke rumah.
Ikan siakap aku goreng garing dan buat siakap bercili, kangkung pulak biasalah kangkung goreng belacan. Sedap kan?
Malam, lepas solat maghrib aku baca Yassin untuk arwah ayah, ibu dan bapa mertuaku, datuk2 dan nenek2 ku yang telah pulang ke Rahmatullah. Aku harap Allah mencuri rahmat ke atas roh mereka.
Kak Long lepas tu tolong adik dia yang nombor tiga buat folio kat computer, aku dah ngantuk maka tidur agak awal jugaklah.
Aku doakan Kak Long dapatlah masuk mana2 IPTA yang dia apply tu. Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
huhuh.. cuti mcm x cuti jer kan..biler dah jadi seorang Isteri dan Ibu nih...
Bat : bisalah macam MakAndeh cakap a mother's work is never done. Kat rumah jadi housewife sepenuh masa pulak kan walau apa pangkat pun kat ofis ni
Moga kak Long tu akan dapat mana-mana tempat untuk melanjutkan pelajarannya AuntyN.
Cerita bab-bab masak ni sungguh mengiurkan tekak bila duduk jauh-jauh di sini.....lapar balik ni lepas membaca cerita aunty masak berbagai sajian..
Om
setuju dgn oma,,, lauk tu memang terliur....mmmmmmmmmmmmmm
~xmen~
susah isi borang UPU tu sekarang. mcm2 kena isi tak macam dulu.
Om & X : Nasib lah korang terliur dengan cite aunty ni. Apa lagilah makcik2 nak cite kalau tak masak2 kan, hehehe.
Puteri : Mengata orang awak tu pun terliue jugak tu, macam aunty tak tahu, control ayu lah tu, hehehe.
CN : Sian ye, tapi tak pe jadikanlah udang tu sebagai pendorong nak balik cepat so that u work hard to finish your program.
Udang tu tak kemananye.
Iskandar : Selamat datang, itulah sekarang ni macam-macam ada...
hah wet market kat depan kuborq cina tu kan, ish ish ish, tempat jatuh lagi dikenang......
aii aunty,
dok cakap pasai masakan... bila nak masakkan utk kami-kami orang bujang ni. :D
aii aunty,
dok cakap pasai masakan... bila nak masakkan utk kami-kami orang bujang ni. :D
Ikan siakap tu susah sikit nak siang. tulang dia masya Allah keras.
Semoga Kak Long get where she wants to go.
I try gak bukak borang online Poly (for baby sitter punya anak) ..nak suruh pi BSN pulak dulu ambik pin number bayar RM6 leceh betul.
Tenah : Bukan yg tu, market tu bukak pagi saja ni kut jalan nak pi Butterworth ni.
AuntyN
Pi market orang kaya nu..Batu lancang ka? I shopped there too when I was in Penang. Very convenient, after work terus pi market. There are variety of fruits too. Oh, I forget, behind the fruit stall tu, ada kedai2 ikan kering. Best ikan kurau, bilis udang kering etc.
Mutiara, bukan kat Batu Lancang, sebab aunty kat Mainland. Ni kat Chai Leng Park
That's a great story. Waiting for more. Delta faucet riviera digital inkjet printing and its usage oil based digital canvas printing cra productions developer Does mixing acyclovir with alcohol cause liver da Xenical sale refinance http://www.beverly-hills-black-plastic-surgery.info/Digitalprinting.html Divorce lawyers london Muhammad christ buddha and moses tv Shopping yahoo coms car audio amplifier keyword digital picture printing is transfer from pda to cf memory digital printing Clomid repronex Tramadol cheap online digital photo printing tirs
Where did you find it? Interesting read
Post a Comment