March 26, 2005

Pertemuan Yang Tak Menjadi

Bagai nak rak kami dok plan nak jumpa hari minggu ni. Kami tu ialah aku, Mak Andeh, Wynn, Kak Yan dan adalah lain-lain bloggers yang dah kata nak join sekali. Tapi malam ni bila masuk blog si Joe tu ternampak pulak announcemant kata tak jadi pulak. Teruslah lah online dengan wynn tanya dia apa pasal. Dia pun explain lah, then lepas tu Mak Andeh pulak call, cakap dia pun ada hal jugak. Aku pun faham lah, semuanya ada famili committment, famili mesti didahulukan. Lega jugak aku sebenarnya sebab mak aku kata nak ikut pergi KL tu. Dia dah lama nak pergi rumah abang aku yang ketiga di Shah Alam. Dia tak sure nak ikut sebab abang aku kata nak balik minggu ni. Lastly dah decide kata nak ikut saja aku ke Shah Alam. So mungkin akan lambat sampai sana nanti tertunggu pulak diorang tu. Belum ada jodoh lah tu nak jumpa dengan diorang kali ni. Lagipun diorang buat gathering ni pun ikut time aku ni, sebab aku akan ke KL minggu ni.Lain kali bila aku ke KL, mungkin boleh kami buat gathering lain pulak.

11 comments:

atenah said...

ish AN ni selalu jugak dok pi KL noo, kuatnya bawak kereta (em not you carrying the car ok) business trip lagi ka?

DeLinn said...

kalau ada jodoh.. tak kemana kan aunty... :D

kalau takde jodoh...depan mata pun belum tentu jugak dapat kan aunty...:)

:)

AuntyN said...

Tenah : Ni pun dah kurang dah a few years ago was like every month kena pi KL. I enjoy driving, so tak da lah masalah sangat. Lagipun nak buat camna boss ada kat sana.

Delinn : Itu lah kalau tak ada jodoh tak jumpa lah jugak. Yang paling ralat tu pasai nak jumpa snagat dengan Auntie Yan. Insyaallah berjumpa lah kita.

AuntyN said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mutiara said...

AuntyN
Kalau I balik penang lah..kita mesti jumpa..tah-tah kita sekampong.

Anonymous said...

Yesszerrr! no problem!.....:)

Auntie Yan

AuntyN said...

Mutiara : Insyaallah kita jumpa OK. Kalau nak balik, let me know, will arrange something.

Kak Yan : Lain kali OK?

Kak Teh said...

auntyN, mutiara, nanti kak teh balik kita jumpa kat kedai di transfer road tu. apa nama entah, tapi sedap.kalau dak pun di padang brown - mee goreng mamak. gerenti riuh!

AuntyN said...

Kak Teh : Boleh sangat lah tu.

Puteri said...

ada jodoh tak ke mana...

Start Home Based Business said...

Hot blog. When I get to seraching on the web for
blogs, its got to be like yours! And the site is off
the hook! I just kept coming back!
I'm looking at the possibility of checking your home based travel business blog.