March 27, 2005

Out of Office (Blog)

Aku dah tak larat dah ni. Satu hari asyik buat kerja rumah, nak pegi baca blog kawan-kawan pun tak sempat. Ngantuk sangat dah ni. Esok nak bertolak ke KL, so hari ni kenalah buat banyak kerja rumah. Masak yang best2, gosok baju yang nak tinggal, dan pilih baju yang nak bawak. Pergi ambik kuih yang emak tempah, cari jeruk buah salak kat pasar malam lah. Ni sebab ada orang KL pesan, so kenalah cari jugak. Ngidam kut makcik tu, sebab tu suruh aku beli ni.

Anyway, masa kat KL nanti aku rasanya tak boleh langsung nak berinternet. Bukan sebab aku tak ada connection, ada, tapi aku mungkin tak boleh nak duduk kat satu tempat lama2 nanti kat KL office. Program kerja kali ini pack sangat. Selasa aku dah nak rush balik Penang. Rabu pun akan sibuk juga.

Aku pun nak uji diri aku jugak sama ada aku ni dah ke tahap ketagih ke pasal blogging ni. Bagus jugak lah kan.

Hari ni aku masak apa? Aku masak nasi tomato, ayam percik /ayam golek (sebab buat seekor2), daging serai lengkuas, air asam tomato, sayur bayam (biasa saja lah). Ada yang dah meleleh air liur ke?

Nak resepi ke? Sapa nak, tinggalkan komen kat sini. Agaknya mesti ada anak2 dara yang nak main tunjuk2 je tu. Cuba2 lah try masak sekali sekala, nanti tak payah dah nak intensive training dekat nak kawin.
Nanti lah lepas balik dari KL dan dah tak sibuk sikit aku tulis. Kalau lucky mungkin ada gambar sekali. Tak tau lagi lah tu.

So dah nak tido ni, esok takut masa drive ngantuk pulak, bahaya pulak kan, dah lah aku bawak emak dan Kak Long sekali.

Good Night and Sweet Dreams.

14 comments:

atenah said...

ok mai kita tengok dah sampai ke tahap penagih tegar or not :) have a safe trip, snap lots of pics and put up a pic of yrs too

CikNi said...

auntyN p shah alam tang mana? mai la jumpa cikni kat seksyen 10 (psstt.. bawa ayam golek tu sama)

CikNi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
stillconfuse said...

nasi tomato! air asam! arrrghhh!!!!boleh terasa keliurannya..

Puteri said...

anak dara main tunjuk2? hahahahhaha....adoiiii...lawakkkk....

mak buyung said...

memang terliuq dah ni!! daging serai lengkuas and ayam golek tuh memang sodappp... appreciate kalau akak boleh bagi resepi!! terima kasih!!!

Mutiara said...

AN
Masak nasik tomato tu macam masak 'spanish rice" ka? Dagin serai lengkuas tu camna? macam nak buat rendang ka? boleh substitute ngan ayam ka?
Kemarin I cooked sotong masak lemak nenas. best jugak, lama tak makan masam2 manih dan lemak.

shidah said...

drive elok-elok no , auntyN

msX said...

kalau sudi...buleh bagi resepi semua tu...he..he..baru nak belajar masak

Anak Dagang said...

AuntyN ni cerita masak-masak, memang selalu lapar lah. Moga selamat pergi dan pulang Penang - KL , KL - Penang.

Nak tahu macam mana nak buat ayam golek dengan dagin serai lengkuas.. ni meleleh-leleh dah air liur ni...
Nak tahu juga macam mana buat air asam tomato....

Tak ada anak dara nak tolong masak benda ni semua kat sini AuntyN.

Tunggulah nanti import Tenah dari Oregon tu minta tolong dia masak..hehehe

Mandu baik-baik AuntyN...

Om

hazwah said...

meleleh aaaa air lio dah ni...ayam golek sekoooo

AuntyN said...

Tenah : ada pusat serenti untuk bloggers atau Bloggers Anoynamous ke? Rasanya dah kena enrol dah ni.

cikni : Abang aunty duduk sekyen 8, dekat rasanya lah, lain kali ek, terimakasih atas undangan.

Anne : masak sendiri lah nanti Ok

Puteri : Gurau je OK?

makbuyung : nanti aunty tulis resepi tu, nanti OK?

Mutiara : tak tau pulak aunty Nasi Tomato tu sama ka tidak dgn Spanish rice.

AuntyN said...

msx : sabar ye, hari penat belum habis sebab baru je sampai ni kat rumah.

Om : amboi senang nye dia nak import anak dara orang pi tolong masak... amboi, amboi, amboi.. kang kena pelempang kang baru tau.

Hazwah : kena buka restoran dulu baru boleh ambik order ayam golek tu...

De Delaware House Cleaning said...

Awesome blog. I'm loving the site and I have to
return there soon! Going online, when I have the time,
I look for blogs close to your work!
I know that you love my work so, look up my home based computer business opportunity blog.