March 17, 2005

Jalan-Jalan Ke Kota Raya

Hari ahad, aku dan anak2 dara (3 sahaja) bertolak dari rumah lebih kurang pukul 10.30 pagi. Sebelum tu sempat buat breakfast untuk hubby dan anak2 serta masak pajeri terung untuk emak dulu.
Singgah sekejap ambik kawan yang nak bersama ke KL tu. Dia ini akan kerja dengan aku kat KL office nanti, dan akan jadi co-driver jugak. Selalunya macam tu lah, dia akan drive sampai Tapah, aku akan drive selebih perjalanan ke KL.
Hari memang panas terik, kenderaan pun banyak dalam perjalanan sebab minggu ni cuti sekolah. Masa singgah kat Tapah pun nak cari tempat nak duduk minum pun susah, terpaksa lah menunggu orang lain bangun. Kebiasaan kami akan singgah kat R & R Bukit Gantang untuk beli buah-buahan dan akan singgah sekali lagi kat Tapah untuk sembahyang jamak zohor dan asar. Kawan aku tu Indian lady so dia selalu kena tunggu aku solat. Tak jadi masalah sebab dah kenal lama dan dah biasa dah dengan skedul aku.
Dekat nak sampai KL, hujan turun dengan lebatnya. Dengar kata kat KL pun lebat jugak hujan masa tu. Tapi bila masuk KL, hujan dah berhenti (sereyat kata orang utara), so tak lah susah nak drive ke hotel We reached the hotel just before 5.00 pm. Checked in then, went out again. Masa dalam perjalanan tu dah dok plan nak pi mana bila sampai KL. I said, let's go to Putrajaya sebab I haven't been there and since it was still daylight senang sikit nak cari jalan. Kami pun bertolak ke Putrajaya dan bila sampai just pergi window shopping ke Alamanda. Nak shopping tu masa ni tengah bulan, tahu tahu je lah kan.
Around 6.30 pm kami pun kluar dari Alamanda, round-round sikit keliling Putrajaya tu, then terus cari jalan nak balik KL. Ni ada appointment nak jumpa Xman kat KLCC pukul 8.00 malam. Masa nak masuk parking lot di KLCC, jam jugak so aku call Xman cakap kata lambat sikit baru nak park kereta. Dia pun kata OK lah, dia akan tunggu kat tempat yang dijanjikan. Lepas tu nak redah orang ramai nak jalan ke KLCC pulak, aku jalan punya lah cepat sampai anak2 aku kata, mama ni jalan cepat sangat macam dah tak sabar nak jumpa "boyfriend". Gelak lah aku, mana pulak "boyfriend", nanti marah girlfriend abang tu nanti kalau dia dengar. Lagi pun, mama ni kan pangkat aunty dah dengan abang tu.
Dah sampai, ada yang kata nak pergi toilet, jadi aku dengan anak sulong (Kak Long) ajelah pi jumpa Xman. Sampai kat tempat Xman tunggu, dok tengok Xman asyik dok tengok sebelah escalator, jadi agak this must be the man. I approached him directly, sampai terkejut jugaklah dia macam mana I can recognise him. Instinct I said. He was drinking a glass of juice, I told him that I had not taken my dinner so please come and have dinner with us. X, setuju sajalah not knowing he will be dining with 5 ladies. I introduced him to the others and we sat down to order. Xman ni bersopan santun orangnya, berkulit putih and mukanya manis aje. Tak tau lah apa perasaan X masa makan dengan 5 orang "dara2 pingitan" tu. I hope he enjoyed the experience.
Kami borak macam dah lama kenal, bagai nak rak kata orang, sampai dekat nak tutup KLCC tu baru terasa nak balik. I enjoyed talking to you, X, maybe we can meet again some other time and the dinner would be on you, hehehe..
Next day, I had to work and the girls will be staying at the hotel until lunch. Told them to be ready around 1.00 pm, when I will fetch them to lunch and they can lepak at KLCC until I fetched them again in the evening. We had lunch a nd I went back to office with my colleague.
Aroung 4.30 pm, the girls called me and told me that they have already had enough of KLCC. Suruh depa jalan mai office aku je lah since aku tak mau nak keluar masuk parking kat ofis tu. Depa pun setuju, bila dah sampai kat lobby aku turun pi ambik depa naik atas.
Kena lah tunggu sampai ofis hour habis baru nak boleh balik hotel. lepak je lah depa ni sambil baca buku and majalah yang depa beli tadi tu. Ramai jugak my KL colleagues yang interested to see them. Sebelum kami balik aku bawak depa ni round ofis kat bangunan tu, introduce depa ni kat the ladies in the office. Ada juga yang depa dah kenal sebab masa ada sport karnival kat Kulim dulu pernah dah jumpa. Yang lelaki tu biasalah, sempat lah nak ushar2 anak2 dara aku ni, hehehe, sampai siap ada yang bachelor tu panggil aku mak terus dah.
Malam, my friend had another dinner arrangement, anak2 aku dah tak larat nak tengok KLCC dah so kami naik LRT pi Pasar Seni je lah. Dah nak tutup so kedai pun tak berapa banyak yang masih bukak. Sempat jugak lah beli trinkets untuk ke-empat2 beradik ni. Satu untuk adik bongsu yang tak datang KL tu.
Esoknya lepas breakfas kami siap nak bertolak balik ke Penang. My friend nak cari kawan adik dia yang hantar duit untuk dia dari overseas. Pusing2 jugak lah mencari hotel tu. Lepas dah OK kami pun bertolak ke Penang. Dalam perjalanan, kami singgah di R & R Sungai Buloh untuk lunch dan solat. Kat situ jugalah kami tukar driver. Kami sekali lagi stop kat Bukit Gantang to stretch our legs, toilet call and have a drink before terus ke Penang.
Alhamdulillah perjalanan kami semuanya smooth saja dan kami selamat sampai ke destinasi kami lebih kurang pukul 6.30 petang.
Walaupun penat semalam sempat berchat jugak dengan MakAndeh sampai pukul 1.00 pagi.

9 comments:

alia said...

hahhah harus ada yg koyak seluar x pun x muat terus sbab arini kena puji..."bersopan santun"... :-)

atiza said...

awat tak habark mai KL..
kalau tak boleh meeting2 gitu at KLCC..

AuntyN said...

Bat : hahaha, dah betul, nak cakap apa lagi nanti kata dia lembut, orang salah faham lak.

Atiz : Bukan tak nak cakap tapi sebab terlalu sekejap takut nak kacau orang ada famili on Sunday nanti H marah kat aunty. Lain kali aunty take note, ok?

atenah said...

ish tak jeles ke cik abg kat penang bila aunty dating dgn truna trang tang tang kat KL?

JoeBangla said...

:-)

AuntyN said...

Puteri : Sebenarnya ada maksud tersirat puji pujian tu tau. Go figure out OK?

Tenah : Mana lak dating tu kan ramai tu, apa nak jeles melesnye. Anyway, X tu kan sama baya dengan anak sedara aunty lah.

Joe : terimakasih untuk senyuman tu, nape tak terkata?

Traveler said...

Test untuk post, semalam 3 kali menaip , dah taip panjang-panjang,.manjang dapat error bila nak post sini.


Naikla saham xmen lepas ni...selamat bergumbira hari ni Aunty N

Anonymous said...

Aunty N...

TQ,TQ,TQ pujian tu.. rasanye saya nie dah memang kembang orangnye.. hehhehehe :)

~xmen~

Anonymous said...

best regards, nice info What is ambien used for Camping domaine des bans