March 26, 2005

Tak Dak Ayaq

Haghi ni aku nak cakap utagha. Sapa yang tak gheti pi lah caghi translator sendighi no.

Bangkit (atau mangkit, macam dalam kamuih Kak Teh) pagi tadi nak ambik wuduk, laki aku kata tak dak ayaq. La, awat pulak aku kata. Bil dah bayaq dah 2 minggu lepaih. Had baghu tak mai lagi pun. Ada paip pecah tang mana-mana kut.
Nasib baik ghumah aku tu ada tangki ayaq yang besaq. Lagipun kami ada simpan ayaq kat dalam tong plastik jugak la. Macam kata oghang putih "for the rainy day". Ni bukan untuk haghi hujan tapi haghi kerin.

Masa laki aku balik daghi hantaq anak2 pi sekolah dia habaq memang ada paip pecah. Tempat tu memang selalu jadi lagu tu. Depan ghumah mak dan arwah ayah aku lah tu. Depan sekolah ghendah tu. Tang tu selalu pecah. Awat pulak tak tau. Dulu-dulu bila pecah ayah aku lah yang dok buat repot. La ni dia dah tak dak ni tak tau pulak sapa nak repot. Abang Long satgi repot lah kut.

Tang tu memang selalu paip dia dok pecah. Jalan tu memang sibuk dengan lori-lori yang lalu nak pi aghah Sungai Petani. Pasai tu lah kut asyik pecah saja. Tapi kalu pecah selalu awat JBA ni tak tukaq paip yang tebai sikit. Gamak nya, tak buleh sambung kut no kalu tak sama saiz. Tapi sayang la ayaq dok melimpah banyak-banyak ataih jalan tu. Rughi sangat, dah la la ni musim kemaghau. Tak semena-mena depa kata kalu tak cukup ayaq dalam dam tu, depa kata nak kena catu ayaq. Nahaih la kalu macam tu. Pakat tak mandi satu haghi la nanti. Habih sangat tighu cagha P Ramlee, mandi mata saja!!!

Susah no kalu tak dak ayaq ni. Kalu tak dak letrik tak pa lagi. Buleh lagi dok kelitin kat luaq ghumah, sambil bagi derma daghah kat nyamuk-nyamuk. Kalu malam-malam tak dak lampu, buleh pasang lilin, romantik jugak la sekali sekala kan.

Haghu betui, kalu tak dak ayaq ni. Haghap-haghap sat saja la. Satni budak-budak balik sekolah nak makan tak buleh pulak pasai nak masak tak dak ayaq. Tapi nak buat lagu mana dah nak jadi lagu tu haghi ni.

Aku mandi tau haghi ni, jangan pulak hangpa mai sini dok tutup hidung hangpa tu.

Nampaknya ramai dah dok tegeliat lidah baca ceghita ni no.

30 comments:

JoePerantau said...

ayaq kopiaq cayaq satu!

AuntyN said...

Joe : Hahaha, salah kedai la, ni bukan kedai mamak Bat. Ayaq kopiaq cayaq tak juai kat sini.

DeLinn said...

kopiaq = kopiah

bukan kopi tu joe.. :D

Puteri said...

adeh..nak terkehel membaca entry nih...

faith said...

auntyn, awat joe tu terok sangat. Ada ka punya nak tiru loqat kita sampai dia pi sebut kopiaq. Cheh! Delinn pun 2 X 5 la jugak. Ada ka kopiaq=kopiah. Depa ni pi belajaq tapi tak abih kot?

AuntyN said...

Delinn : Salah gak tu, mana kopiah = kopiaq pun, nak tunjuk pandai konon. Camni tak leh nak bermentuakan orang utara lah ni.

Puteri : kata dok Penang, terkehel jugak ka? Takkan nak kena translate kut?

Faith : Depa tu memang camtu, kalau tak sakat menyakat mana depa buleh dok diam.

Kak Teh said...

auntyN, ni menurut kitab tata bahasa orghang utagha mana ada bangkit - mangkit! bangkit tu eksyen dah sikit.
depa kalau nak cakap macam kita mana boleh - tak kena idram!

AuntyN said...

Kak Teh : memang dok tunggu kak Teh mai pebetui, takut pulak sapa pun tak paham bila tulis mangkit tadi tu. Sat ni pi pebetui bubuh dalam kurungan no.

Batrisya88 said...

heheheh ni bukan tergeliat dah nih.. kena geleng2 pala campuq tangan angkat2 cam si Karam nih...

CN said...

aunty,
kelitin tu apa ek?

AuntyN said...

Bat : Hahaha Karam Singh kena ada peribahasa.

ChekNgah : Kelitin = jalan keliling. Reti ka baca tu?

Anonymous said...

Nak tosoliuh otak den bacho acikN ni punyo coghito pasal paip pochah.

kekeke...


Om

Puteri said...

AN- paham mmg paham...tp otak dok baca ikut slang png...jenuh...hahaha...bertambah la migrain gue....hehehe..

AuntyN said...

Om : iyo, pasal paip pocah, tak do air hari ni kat umah den.Itu jo lah.

Puteri : Baca dgn slang Perok ke?

At least buat korang use your brain kan?

wynn said...

Ish.. teghingat masa jadi menantu oghang kedah. hehe.. dah lama tak dengaq oghang cakap lagu ni.. dulu dok dera anak kalu sebut "ayaq.." kena pi caghik ayak tepung nu.. teruih tak cakap da.. hehe..

shidah said...

auntyN, kalau ngaku tak mandi pun tak pe ..... heheheh .....dalam computer tak berbau!

DeLinn said...

Aunty:
Saja memang nak bagi dakyah palsu kat joe tu. Sebab sokmo sebut kopiaq. So alang-alang DeLiNn bagilah dia kopiaq=kopiah. Hopefully lepas ni dia address kopiaq as kopiah ekekekekekeke...

:D

AuntyN said...

Wynn : baru nampak batang hidung aih, nostalgia cinta luka lah ni no, hehehe.

Shidah : saja je tu

Delinn : Joe tu tau saja lah nak acah tu. Dia dulu ada kawan duduk Aloq Staq.

mon said...

tolongg tolonggg.. kawaqqq kawaqqq hahahah

Kak Teh said...

ish auntyN ni, mai lah bergughru di pondok kak teh..mana ada keliling...kelilin! Kelitin tu bukan sja kelilin, tapi dok pi mai pi mai kelilin tak tentu pasai...
(saja nak kacau auntyN)

atenah said...

tak dak ayaq, beli nasik bungkuih ja la, kat pekan penanti tu kan banyak. (eee kalu i kat sana gamaknya hari2 makan nasik bungkuih, sini ada ka pulak dok makan burritos hari2)

AuntyN said...

mon : mana ada kawaq? jangan hang yang jadi kawaq sudah.. :-D

Kak Teh : terhaghu aih Kak Teh mai lagi sekali ni. Tu yang habaq kat ChekNgah kata kalu tak paham jugak kena sughuh KaK Teh teghang tu. Sekali sekala buat kecoh cakap utagha ni best jugak no Kak Teh.

Tenah : awat sampai depan tangga hang habaq kat depa ni? Satgi ada yang mai seghebu ghumah aunty pulak. Tak sampai pekan pun dah banyak kedai nasik bungkuih la ni. Balik la dulu baghu tau.

Mutiara said...

Dulu masa saya dok beghulang drive ikut Jalan Penanti via Ptg pauh to The Island, selalu nampak paip pecah dekat kg Serani atau Bukit Indera Muda. Tiap hari telephone PBA tapi esok dok macam tu jugak. Sayang tengok ayark dok buang saja. Kot belah tu kan banyak parit ban, mandi ayark parit tak leh ka?

Ewok said...

hahah.. lawaknya bila baca entry ni.. chek gelak sampai keluaq ayaq mata aih bila baca pasai kelitin tu. dulu kalau masa chek kecik, kalau ada paip pecah mesti chek pi mein ayaq punyalah. ciwi habih. rindu lah pulak nak balik kampung ni.

Kak Teh said...

auntyN, awat dak...lama tak cakap macam ni. Selalunya cakap dok kena pedo. Kemarin di debenhams, oxford street, jumpa bukan satu, tiga orang penang!!! Apa lagi, hingark satu kedai dok sembang. kak teh kalau online dengan mutiara macam ni lah dok cakap - sorang di oklahoma, sorang di london, pulun cakap macam dok sembang ataih tangga.

AuntyN said...

Mutiara : sekampung ka kita ni? Dekat snagt dah tu.

Ewok : Cek suka main ayaq no, tak takut demam ka?

Kak Teh : Bila pulak kita boleh YM cakap utagha ni. Cek duduk Penang Kak Teh duduk London.

Anonymous said...

http://www.365dayz.comOpen365dayz.com is now open. Click http://www.365dayz.com

Ut Utah House Cleaning said...

Fascinating blog. I loved the site you did a good
job on it, I will be back! I surf the net for blog
like this one.
Once you sign on, check for my blog.

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read » » »

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it I bontril 105mg internet gambling stock Pay my target bill farmacia comprar tamiflu Denver lasik eye surgeon Imitrex subcutaneously Used lexus ohio embaralhando no cassino gambling econimic statistic best online casino fastest payouts casino change what is klonopin for charter fishing florida fort lauderdale