Being in Penang, Hokkien is the main dialect. Aku kerja kat lab (QC & RnD lab masa tu) Sekarang dah dipanggil Technical Dept. Budak2 lab ni kalau disuruh ajar Hokkien, perkataan2 lucah lah dulu yang depa nak ajar. Aku tak lah suruh, cuma observe, dengar dan tanya apa meaning perkataan tu. Selama 10 tahun lebih aku kerja kat situ boleh lah faham sikit2 bahasa Hokkien. Nak kena faham jugak kalau tidak depa kutuk kita kat belakang kita tak tau. Mula tu memang lah depa ni Qua bei ki (pandang sebelahmata je, tak respect kita).
Lama2 tu Ok jugaklah. Sampai hari pun, kalau jumpa masih riuh rendah lagi lah bersembang.
Banyak dah yang aku lupa perkataan hokkien ni. Sebab dah tak dengar selalu dah.
Setakat nak tanya *an cua? ho bo? * Apa macam, sihat/Ok ke ? still boleh lah.
Dulu2 pun petrol pump attenden pun selalu cakap hokkien dengan aku, aku masa tu boleh still jawab balik. Tapi kalau aku rasa geram ke bengang ke, aku jawab balik, Aku Melayu lah!
Kilang ni banyak supplier dia dari Jepun. Dah jadi tugas aku kena dok interact dengan depa. Sebab bila depa hantar sample aku lah yang kena evaluate and report. Kebanyakkan akan datang tanya discuss pasal sampel atau kalau ada apa2 barang depa yang tak OK. Dulu2 tak ramai orang2 Jepun yang pandai bahasa Inggeris.
So, at one time the management did engage an old retired man to teach a few of us Japanese. Orang tua ni memang lah bahasa Jepun dia OK tapi teaching skill dia punya lah teruk.
Kami asyik diajar nyanyi lagu Jepun je. In the end bila we all dah "graduate" kami boleh lah berbahasa Jepun sebanyak ini saja:
Hajimemashite * Selamat berkenalan (camtulah)*
Watashi wa N des * Saya N*
Anata wa? * Awak?*
O genki des ka? * Sihat / apa kabar?*
Genki des * Sihat*
Nihon-go o wakarimas ka? * Faham bahasa jepun ka?*
Sukoci wakarimas ne * Sikit2 faham lah*
So des ne? * Ye ke?*
Arigato gozaimas-shita *Terimakasih*
Lain-lain tu yang common greetings macam good morning, dll.
Semasa aku kerja kat sana tu, syarikat pernah commission 2 mesin. Satu dari Jepun dan kemudiannya kerana nilai yen yang melambung beli satu lagi mesin dari Taiwan. I really admire the Japanese work ethic. They work with a system. Setiap pagi datang on time. Kerja set-up machine, trouble shoot etc. Lepas dah habis atau bila dah tak boleh nak solve problem, sit down for discussion. Discussion mesti ada at the end of the day. Selagi tak habis, tak balik lah depa tu ke hotel. They will review the day's progress, lepas tu plan untuk tomorrow's implementation. So everything went smoothly and on target.
Taiwanese pulak, mai kerja dah lambat. Orang masuk 8.30 depa 9.30 pagi baru nampak muka. Balik mesti on time, habis ke tak kerja mesti balik. Tak ada review discussion at the end of the day etc. Tapi itu dulu lah, sekarang tak tau pulak la.
The Japanese Engineers tu bukan pandai sangat cakap english. Susah jugak lah production manager tu nak communicate dengan depa tu. Banyak pakai sign language and what little Japanese yang dah belajar tu. Ada satu hari tu, depa punya Marketing Manager mai lawat depa ni di kilang. English dia ni suprisingly OK jugak, mungkin kerana dia ni banyak travel jual mesin rata tempat. One day, Production Manager kami cakap kat aku this Japanese guy ni nak berkenalan dengan aku. Awat tak pernah tengok perempuan Melayu putih melepak kut (cewah, puji diri pulak aku ni, hehehe...)
Pasai aku ni peramah (macam Atenah tu), curious pun sama, aku sembang lah dengan dia kat bawah mesin tu. Dia kata dia nak ajak aku pi dinner malam tu. Aku kata, aku dah ada tunang, dia kata tak apa cuma dinner saja, dia pun dah kawin dan dah ada anak 2. Ya Allah, gatai jugak Jepun ni no? Aku ni, duduk kampung manalah open minded macam depa ni kan, dok ingat apa mak aku kata nanti, dok ingat jugak lah satni tunang aku (yang kat KL masa tu) kalau dia tau mesti jelesnye. Aku pun kata lah terimakasih, bukan aku tak sudi, tapi aku terpaksa tolah lah. Nasib baik dia sporting, kata OK jugak lah. Not bad looking jugak dia ni tau.
So after many years, I left the company for another Chinese company, so Hokkien was still OK lah until I have joined the current company. So domani parlare Italiano, no? *Esok kita bercakap bahasa Italy pulak*
Bersambung......
12 comments:
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Sikit tak bagi tau Aunty N dah ada blog eh. Ni memang sah kena datang nak makan masakan Aunty N kat Penang nanti ni.. Way to go Aunty N!!!! Nice nice blog..Ni banyak experience Aunty boleh dibaca nanti ni.
Om
Om
I cuma tahu perkataan Italy :
Ciao.
Orang Italy:
Sophia Loren.
Om, saja nak suprise, nak tengok boleh cari dak? Tu yang dok senyum hari2 kat tag tu lah muslihatnya. Pasai makan tu no problem ok?
Mak Andeh, Sophia Loren je ke? Heronye tak de ke?
hi auntie, bahas hokkien kat m'sia memang unik sikit sebab dah rojak dengan bahasa melayu. Kalau tak paham bahasa hokkien pun cuba dengan betul2, boleh paham jugak lah....
bahasa hokkien ditutur oleh chinese di sebelah utara dan ada from johor tapi yang johor tu dialek dia ada beza sikit dari yang utara punya.
just 4 info.
Cikni, memang betul dah campur aduk dengan bahasa Melayu. Sebab tu pernah we all ada visitor dari China yg Hokkien lang (org Hokkien)tapi tak faham Hokkien Malaysia ni. Terimakasih sudi datang.
auntyN, Kam sia kamsia lu lai wa eh blog...(kena ke tak kena entah) Anyway, whati am trying to say is thank you for coming to my blog and leaving the comforting words.
watashiwa... Bat..
hehhehe... sama cam tinggal kat blog MA... Bon A Petit..
so des ka - untuk lelaki
so des ne - untuk pompuan
kan aunty kan?
ni macam nak tabur pasir kat periuk nasi mahathir loqman jer gayer nyer ni nih :-)
Kak Teh,
Pandai hokkien jugak lah ni. Kamsia lu, also. We console each other in time of trouble. Mana tau one day I will need a shoulder to cry on. That day will always come in our lives.
Bat : Pandai2 bat, sekali ajaq dah boleh dah. Bon A petite tu Italian tau.
Atiza : So des ka ? Bila kita tanya masa kita tak pasti jawapannya.
So des ne tu maksud dia macam "Oh ye ke? atau Oh, camtu?"
Joe: Tak lah sampai camtu. Tapi kan Mahadzir Lokman pandai cakap french & single lagi. Sesuai kan dengan ada sorang kawan kita tu
:-)
Keep up the good work Trading signals forex signals Mercedes oral Review samsung d357 phone Keychain porsche porshe key chains closed rhinoplasty delivery Gladmaster fishing boat Johnson city nissan tn Cartridge hp ink instructions refill ip based surveillance cameras gps car navigation Rental cars in chicago about fioricet Turntables and cartridges Mazda protege oil filter Spanking shirt
Post a Comment