March 30, 2005

Makan Angin Naik LRT

Perjalanan dari Penang ke KL smooth saja. Tidak ada apa2 kejadian yang tidak diingini berlaku. Cuma emak aku saja yang merasa agak loya dan dia muntah masa kami stop untuk beli buah2an kat R&R Bukit Gantang. Selepas tu dia tidur sampai KL. First half of the journey, PS kawan aku, yang pandu kereta. Kami selalu macam gitulah, drive half of the journey each. Oleh kerana emak aku ikut kami tak berhenti kat Tapah, tapi kami tukar driver kat Behrang saja.
Aku selalu drive the 2nd half sebab aku lebih familiar dengan jalan di KL. Tu pun selalu sesat jugak lah.

Semasa dalam perjalan tiba2 Wynn t elefon tanya boleh jumpa ke? Aku kata boleh lah tetapi kena hantar emak pergi Shah Alam dulu, dia kata OK dan dah contact the GLB (term si Wynn lah ni/Mak Andeh pakai supermodels hehehe) untuk beritahu. Plan tu nak lama sikit kat rumah abang aku di Shah Alam sebab dah lama tak lawat dia dan famili, tapi dek kerana dah janji duduk sekejap je lah kat Shah Alam tu. Lepas check-in kat Suitestay, aku, PS dan Kak Long pun drive ke KLCC. Cadang nak jalan kaki saja sebab dekat je Suitestay dari KLCC tapi hari hujan pulak. Bila sampai je, aku terus pegi jumpa the GLB yang lelain kat Warung. Yang kenal cuma Mak Andeh, Wynn tengok gambar dia kat blog dan YM, Kak Yan pulak walaupun dia senior aku kat JB dulu, dah lama aku tak jumpa (lebih 30 tahun). Kami dah tak kenal rupa masing2. Tapi aku tengok dia memang lain dari gambar masa remaja dulu. Rasanya sekarang dia lebih cun dari masa dia remaja dulu. Apa agaknya rahsia Kak Yan ni ye?
Riuh rendah kami seperti yang Mak Andeh cerita tu. Jadi aku tak payah cerita panjang kat sini dah. Terimakasih pada GLB yang lelain kerana memungkin kan pertemuan ini.
Untuk bloggers yang kami dah janji nak jumpa tu tapi last minit terkansel tu, mintak maaf lah. Bukan lah sengaja tak nak jumpa tapi belum diizinkan lagi tu. Insyaallah, bila aku ke KL lagi akan aku cuba jumpa dengan mereka sedikit demi sedikit. Jangan lah merajuk sampai nak terjun kolam pulak.

Esoknya hari Isnin, program aku memang pack. Aku langsung tak ada masa nak duduk mengadap PC/laptop. Mula tu server kami down, aku dah mula gelabah sebab hari tu aku memang memerlukan connection dari KL ke Kulim sebab kami ada external quality audit dan mungkin perlu pull out data dari network. Lepas aku dok ingat kalau aku dah senang sikit mungkin tak dapat nak surf internet pulak. Siap aku telefon IT manager kat Kulim tanya apa hal, dia kata Telekom's fault dan dia tak boleh buat apa2. Tak lama lepas tu OK lah server, lega aku. Memang aku tak ada time nak berinternet pun, cuma ada celah2 sikit masa petang, bila auditor2 tengah buat report. Sempat visit 2, 3 blog ajelah, blog aku langsung tak masuk pun. Audit in KL went well, but we they still need to audit Kulim tomorrow (Wednesday) to conclude the findings. Jadinya aku dengan PS masih belum free lagi lah.

Masa aku dan PS bekerja, Kak Long tinggal sorang kat hotel. Masa lunch aku ajak sekali dia pergi lunch dengan kami, dia jalan pergi jumpa aku, lepas lunch aku suruh lah dia pergi jalan2 kat Ampang Park. Bukan apa2 cuma nak latih dia bagi confident jalan sorang2, takut nanti bila dia masuk mana2 kolej tak reti nak jalan pulak. Tak kan awal2 dah nak cari boyfriend jadi bodygaurd. Kalau boyfriend baik tak pe lah, takut2 boyfriend makan diri pulak. Kalau dia independent sikit, tahu lah dia jaga diri dia tu, insyaallah.

Malam, kami plan nak makan nasi padang. Ada satu restoran nasi padang yang aku pernah makan masa aku kat Bali bersama arwah ayah dulu. Nama dia Natrabu, memang sedap masakan kat restoran tu, authentik dari Padang, Sumatra. Aku dan PS dah pernah pergi makan sekali tahun lepas, restoran tu just outside KL Sentral LRT stesyen. Hari hujan masa kami keluar dari bilik, jadi kena drive kereta ke KLCC, park kereta sana naik LRT pergi KL Sentral. Jalan keluar dari stesyen ke restoran, tup, tup, tengok dah tutup. Nampak macam dah tak beroperasi je. Frust betul lah kami. Dah pindah ke, tapikat mana ek?
Jadi kami pun ambik keputusan balik saja ke KLCC untuk cari makan. Dan dekat pukul 9.00 malam belum makan lagi. Jadinya kami ni jalan2 cari makan, makan angin, naik LRT sajalah malam tu. Kat KLCC, pi makan tomyam, punya lah pedas, sampai air mata dan air hidung pun keluar, telinga pun rasa berasap dah. Langsung tak habis makan. Aku memang tak tahan pedas sangat. Kami ingat nak minum teh tarik kat Boh Island tu tapi pasal dah lewat tutup dah. Lagi sekali frust.

Balik hotel, PS dengan aku dah tak tahan ngantuk, PS masuk tidur, aku pun masuk, solat lah dan lain2, siap untuk tidur. Kak Long masih tengok drama kat TV, syok jugak aku tengok tapi tak tahan mata, maka tertidurlah aku. Bangun subuh pagi tadi (selalsa), keluar kat hall tengok ada notis kat bawah pintu, aku ingat notis tu untuk susruh kami check-out awal sebab hotel fully book. Rupanya notis pasal gempa bumi. Aku terus on TV dengar berita. Kak Long beritahu aku memang dia semalam rasa hotel bergoyang, dia takut tapi tak kejut aku pun. Lepas tu tak rasa dah dia pun tidur lah. Bilik kami kat tingkat 11 jadi memang boleh rasa lah. Alhamdulillah tak jadi apa2, kalau tidak........

Kami sebenarnya dah plan nak naik sky bridge KLCC, pagi tadi. Semalam dah pergi check-out pukul berapa kaunter tiket bukak. Aku dan PS dah pernah dah naik sekali tapi saja bawak Kak Long naik je. Lepas breakfast kami pun jalan ke KLCC, sebelum pukul 9.00 pagi dah sampai kat tempat nak ambil tiket tu. Orang punya lah ramai, kebanyakan tourist, berbaris nak mengambil tiket, macam ular kena pukul pulak lah barisan tu. Tak kuasa lah nak join barisan tu, sebab kami kena balik Penang hari ni jugak. Lagipun aku kena singgah ke KL ofis sebab nak sign beberapa dokumen. Clerk kat Kulim dah pesan semalam suruh pi ofis sebelum travel balik around 10.00 pagi. Setiap hari ada courier document dari Kulim-KL, jadi tak kisah lah sangat kat mana ada boleh je sign. Katanya urgent tak boleh nak tunggu aku balik Kulim dulu.

Jadi lepas dah habis urusan, pump minyak penuh2 kat kedai minyak sebelah ofis tu, kami mulakan perjalanan balik ke Penang. Kami start perjalanan kami dari pukul 11.00 pagi, singgah kat Tapah beli buah Abiu kegemaran hubby aku ni dengan mangga 4 seasons (kata tauke tu lah). Kemudian terus jalan lagi sampai Bukit Gantang di mana aku dan Kak Long berhenti solat. PS ni berugama hindu tetapi aku dah kenal dia lebih 10 tahun dan kami respect each others needs. Kat Bukit Gantang aku beli mangga Okim 3.5 kg sebab hubby pesan. Hari hujan on and off, sepanjang perjalanan jadi tak lah berapa panas. Kami sampai rumah pukul 5.00 petang. Alhamdulillah sampai lah kami dengan selamat ke rumah

Aku apa lagi terus masuk bilik on PC, sebab Mak Andeh dah sms dia dah update dengan cite pertemuan tu. Tergelak aku baca dan tengok gambar tu. Namun kenangan manis bersama GLB tu tak akan dapat dilupakan.

29 comments:

Anonymous said...

jeles, jeles dgn GLB gathering. you guys are such a fun bunch. lucky ye, jumpa kat siber jaya pong boleh satu kapla

Zareda Norman said...

Zar datang lagi. Restoren natrabu kat brikfil tu dah tutup ker? alahai org kl pun tak tahu.. hik..hik..hik..

Zareda Norman said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

kena ban seminggu..

Arena said...

I read you blog and Mak Andeh's everyday. I like it because both of you have a very mature content and sound like a very wise lady. keep up your good work!

AuntyN said...

Anonymous1 : jangan jeles lah, semua dengan izin Allah. Insyaallah kita pun boleh jumpa. Mana tahu mungkin se kapla juga. Tapi kena lah perkenal diri dulu.

Zar : Haah, Natrabu dah tutup kut atau dah pindah, tapi kat mana tak tau pulak lah. Kalau nampak tolong beritahu OK?

Anoy2 : siapa ban siapa ni? :-)

AuntyN said...

Jade : Thank you for reading. Both of us just relate our daily live story as honest as possible. We are mature yes, but wise I'm not sure. We are still learning along the way.

ACIDMAISYA said...

assalamualaikum...seronoknye gathering mak cik2x semua...next time boleh join ke? anyway aunty ni umur brapa ek?

MA said...

AuntyN : It was very exciting, yes ! I am glad, we are able to make it despite all the "kekecohan" sebelum itu :-)

Woke up the next morning with a sakit tekak - mana tak sakit 6 jam bercakap non stop !

Ni said...

AuntyN, seronok no mai KL ni. Boleh mai lagi......

Anonymous said...

AuntyN....jeles jugak pasal AuntyN nyer meeting ngan Mak Andeh...Orang slalu baca blog dia, blog Aunty N blog Kak Teh...Pernah gak IM ngan K/Teh dan MA tapi tak dak pulak Aunty N nyer Yahoo ID.Orang nyer YahooId syamsyidar...Org budak Penang gak...

Skrg nih dah addict membaca blog blog org org lain....:)

AuntyN said...

acidsmaisya : w'kumusallam, insyaallah next time ada kesempatan boleh join. Nak tau umur? tengok kat profile tu lah.

MakAndeh : Memang hebat dan kecoh sgt ni. Next time kita buat lagi OK?

Cikni : Trip kali ni yg paling seronok for me. Memang selalu ke KL tu.

Syamsidar : Tak yah jeles lah, kami ni org biasa je, bukan selebriti pun. Terimakasih kerana sudi baca blog aunty. Insyaallah akan add to my YM. Tapi my YM kat rumah, so only after office hour sajelah.

puteri : Betul tu.

Arena said...

Thanx AuntyN for stopping by my blog. Banyak lagi kekurangan sebab baru lagi, dan belom dapat writing style yang best.

Take care people!

Pnut said...

ermmm nak tulis apa yer...
ermm ok teruskan merajuk kat sini pulak lah...
dah merajuk kat blog MA, tapi dia tak mau pujuk, tadi dah merajuk kat blog kak yan...skrng kak N pulak.....

merajuk..merajuk..merajuk...

AuntyN said...

Pnut : camna nak pujuk kalau Pnut merajuk ni hah? Nak timang tak larat, nak bagi coklat ke aiskrim ke satni bertambah montel.... so camna ni?

Anonymous said...

:)

Dah selamat aunty balik agaknye... alhamdulillah :)

betullah...bila ada jodoh...dalam sekelip mata pun DIA boleh mengizinkannya kan... :D

*lamalah tak bergurau senda ngan aunty* :)

AuntyN said...

Delinn : Bestnye ada orang rindu kat aunty ni. Nanti kita gurau senda lagi ok?

atenah said...

alamax the first comment by anonymous tu me lah AN, terlupa nak sign in

Anonymous said...

assalamu'alaikum

nampak gayanya last minute plan baru jadi! plan awal2x mmg susah nak menjadi :-)
moga nnt ada pula gathering mak bebudak & anak dara :-)

Kak Pah

Anonymous said...

AuntyN,
Nak tanya...GLB tu apa? hehehe..natrabu tu dah lama tutup sebab tak dapat sambutan..

Traveler said...

AuntyN ni had too much fun ni...
Jgn lupa tag me along for some fun as well when Im home in Malaysia :).

Anonymous said...

GLB = Gegadis Lembah Buana??
Gadis Ladang Bertam??
Gadis Ladang Berseri?>

:)

Om.. saja ngusik

Anonymous said...

Hey auntyn -- isn't this mangosteen juice fascinating? Since my wife, kids and had such wonderful personal health benefits, I got involved with xango business a few months ago. No turning back now! Unlimited success to you.

Webmaster said...

Read your blog on mangosteen review and thought you might want to review my blog which includes information on benefits of mangosteen. Thought you or your readers might be interested.

Anonymous said...

Bueno!! I was doing some research about xango juice and came across your blog. Was glad to see you writing about xango juice because I have been working on a site to help people who sell xango juice!! Gracias!

Anonymous said...

Hi auntyn: Interesting blog. I’ll save it in my favorites. I too have a blog about ENLIVEN. <. Just in case, you’re interested in, ENLIVEN check out my site. The company is endorsed by over 350 Pro Athletes. A good site for more information is http://www.xelr8-xelr8.com. Take Care

Anonymous said...

Hi auntyn: Interesting blog. I’ll save it in my favorites. I too have a blog about XOOMA. <. Just in case, you’re interested in, XOOMA check out my site. The company is endorsed by over 350 Pro Athletes. A good site for more information is http://www.xelr8-xelr8.com. Take Care

Anonymous said...

surfing around bloggers can get real boring, I came across this one and it helped me a littte thanks for the information andinteresting posts keep blogging ther fellow blogger.

Dallas Tooth Whitening

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on!
» » »